Showing posts with label Tanta. Show all posts
Showing posts with label Tanta. Show all posts

13 November 2008

Byebye Tanta. iLaL Liqa'!

Hari ini kami bergerak dari Tanta ke Kaherah. Mr Mart Lanz datang ambik kami dari Kaherah. Terima kasih daun keladi encik Mart Lanz!

Thanks kepada encik ipin, amad, shidin and zul yg datang rumah mengambik barang-barang. Jangan lupa doa utk aku no! (taun depan kita jumpa kat M'sia tau!)

Thanks to encik Azril, are and keri yg "susah-susah je" cari rumah kat kami masa nak mai Tanta dulu (lepas kawen). Jasamu tetap dikenang!

................................................................................................................................

Baba pun nampak macam "rasa-sedih-jugak-laa" time kami nak berangkat petang tu. Dia bagi balik duit ta'min (deposit) yg lagi sebulan kat kami. Kalau arab lain (macam tuan rumah kami yg lama di Souq Gaban) jangan harap la nak bagi balik!

Rumah tu baba kata dah tak nak bagi kat sape-sape dah. Mungkin dia nak buat store kot. But rumah tu memang elok, murah, dekat dengan kuliah dan sebagainya walaupun agak tertutup.

Rindu..rindu. ehehe. Our first house lepas kawen tu!

Then, kuliah. And Tanta. Memang banyak cerita. Memang tak muat la blog kalau tulis. Takpe, entry lama-lama banyak. :D

Tadi last jalan-jalan kat kuliah. Kebetulan nak ambik cop utk Kashfu Natijah. Tengok budak-budak baru tengah sibuk menyalin jadual kuliah, rase best pulak. Aku dah habis belajar rupenye ye? ehehe.

Thanks to masyekh dan prof2 yg mengajar! Hafizahumullah!

.........................................................................................................................

For me, ada rasa "shahdu" jugak la time nak bergerak meninggalkan Tanta. Dari 2005 hingga 2008, lama jugak la rasanya. Macam-macam cerita ada disana.

Harap di hati, dapat datang lagi. InsyaAllah. Amin..

Ilal-liqa' Tanta!

..........................................................................................................................................................

20 October 2008

:: Alhamdulillah ::

Result dah keluar. Alhamdulillah pas.

Hari ni nak balik Kaherah sebab esok pagi (7:30) ada raptai untuk konvo PMRAM di Al-Azhar Conference (ACC). Mari kita balik ramai-ramai!

Lusa, 22hb ada Konvokesyen utk graduan Azhar sesi 2007-08 (kami la). Then malam tu ada pelancaran kamus dan termasuk yg membuat persembahan malam tu ialah Nazrey Ex-Raihan dan Daie Nada. Best best!
Selanjutnya mengenai konvo di : http://konvokesyen2008.blogspot.com/

......................................................

Semalam En. Are selamat pulang ke tanah air. Best la hg no!

Selepas bersalaman mintak ampun 0-0 dengan En. Are, kami terus pegi ke klinik Dr Duha utk chek-up baby. Dalam scan, kami dah nampak kepala, tangan and badan baby. Dia dah 11 weeks and dah hampir 3 inches CRL. Seronok sangat! Dr pun seronok tgk dan sgt excited. Kami lagi-lagi la! (Gambar baby scan tak dapat di upload disebabkan masaalah internet yg tiba-tiba menyerang).

Then kami pegi beli tiket keretaapi utk esok ke Kaherah. Keretaapi better than tramco utk org pregnant walaupun lambat sedikit. Then kami pegi ke kedai Pizza Champion utk meraikan baby kami yg sihat walafiat. eheh. Alhamdulillah.

Kami insyaAllah akan pulang ke Tanta sebelum 24hb sebab nak uruskan sijil muqataah dll. Harap dapat selesaikan sebelum end of October. Then boleh la balik ke Malaysia next month (before Aidil Adha).

Please make dua for us, semoga Allah SWT permudahkan kerja kita semua dalam semua perkara. Amin.

Im Graduated! :D

16 October 2008

Bila Mesir hujan...
























Kelmarin, Tanta hujan. Selepas beberapa bulan tak hujan. Hujan yg beberapa bulan yg lepas pun kejab je. Maybe 15-30 minit. Dan rintik-rintik je. So, bagi sesetengah penduduk Mesir, dewang ternanti-nanti bila akan hujan.

Lebih kurang Pakistan, Mesir tak selalu hujan. Selalunya bila nak bertukar musim sahaja. Macam now dah nak masuk winter, akan ada ribut pasir, hujan pasir dan bermacam-macam yg berkaitan dengan pasir. eheh.

Ada sesetengah tempat yg 7 tahun tak hujan seperti di beberapa tempat di Luxor. Penah sekali pegi satu tempat di utara Pakistan yg hujan selepas 40 tahun! Bile hujan, paham-paham je la kan....

Keadaan jalan yg naik air sebab tak ada sistem peparitan yg elok bila hujan.




Jadi dewang terpaksa sedut air bila air naik sebab tak ada sistem peparitan. Air dalam kok pun habis melimpah. Apela yg pakcik tu dok bertinggung tepi jalan tu?

Kami keluar jugak malam tu sebab nak pegi travel agency nak chek tiket. Sunyi je jalan. Masing-masing malas nak kuar. Kalau hari-hari yg tak hujan, macam semut je kat pekan Tanta. Tapi malam tu, semua tak kuar rumah. Kedai pun kebanyakkanya tutup. Macam ni la Mesir bila hujan...

Teringat time kat Pakistan bila hujan, time paling best sekali. Hujan bermakna "cutthi". Dalam bahasa melayu "cuti". Kelas kami cuti. Ustaz suruh keluar main hujan. Sebab bagi dewang hujan akan menghilangkan segala penyakit seperti ruam dan lain2. Memang terbukti berkesan! Tapi pelik, kat mesia bila main hujan je demam. huh.

Bukan setakat kami je chutti , sekolah-sekolah lain, kedai-kedai dan kebanyakkan tempat akan tutup sementara selagi hujan tak berhenti. Best kan? Bukan setakat budak-budak kecik, org tua-tua pun akan keluar rumah main hujan, menari-nari dalam hujan dan sebagainya. Budak melayu kita selalunya main takraw je dalam hujan.

Di Pakistan orang ternanti-nanti hujan. Bila dah lama tak hujan, dewang akan buat solat mintak hujan. Penah 2x kami buat solat hujan berhari-hari sehinggakan hujan turun time kami baca doa qunut. 

Tanta now dah sejuk sikit time malam dan pagi. Maybe lagi 2/3 weeks dah kena pakai jaket bila siang. UK macamana? ehehe. Tak sabar nak ke UK pulak nih :p

Kami asalnya plan nak buat Umrah sejak Ramadhan yg lepas. Tapi oleh kerana takdak satu agency pun yg buat utk umrah, kami terpaksa batalkan. Mengikut syarat utk pegi umrah dari Mesir ialah : 6 month visa yg hidup. Kami cuma ada 2 month visa je lagi. Even kalau nak pegi lepas raya haji pon tak boleh sebab tak ada visa. Nak sambung visa tak boleh sebab dah habis study and kuliah tak bagi surat. Visa tourism pun dapat 2/3 bulan je.

Maybe, bukan rezeki kami kali ni. InsyaAllah next time kami akan pegi.

Then dapat tawaran melanjutkan pengembaraan ke UK for 2/3 month. Seronoknya! Belum confirm lagi tapi seronok. Dapat berhari raya dengan my sister and family di sana. Lepas dah  balik msia, tak tau bila dapat ke sana lagi.

Now tengah sibuk menyetelkan kerja-kerja yg masih berbaki di Mesir. Amat la banyak.

Semoga Allah SWT memberi kemudahan dan taufik kepada kami dan kita semua. Ameen!

.......................................................................................................................

P/s : Pc utk dijual (sekali dengan hard disk). Call / email me!

14 October 2008

Akhirnya!

Akhirnya, im 99.99% pass! yea, 99.99% sebab tak secara rasmi lagi. Nanti result secara rasmi keluar, baru 100%. Tapi boleh pakai la. ehehe. Ceritanya :

First day kuliah syariah Universty Al-Azhar bukak, aku berjanji dengan daus utk jumpa di kuliah jam 10 sebab nak tgk "control". Control ialah : segala keputusan peperiksaan kuliah, sebelum dihantar ke ibu pejabat Azhar di Kaherah akan di proses di pejabat "control" (di kuliah Tanta) dan akan di "control" jugak oleh beberapa org bawab atau polis (kalau ada la). Oleh kerana result lambat sangat nak keluar, kite boleh mintak ustaz tgkkan kita punya result. And kalau ada satu atau dua subject yg fail tu boleh la mintak ustaz rafa'kan (naikkan) sikit. Kalau ikut betul tak boleh nak tgk control tu sebelum result secara rasmi keluar. Tapi ustaz tu baik la sikit. Kesian kat budak-budak Melayu yg tak sabar-sabar nak balik ke tanar air masing-masing. Dah la lame kat sini kan. Lagi pun final year. So, ustaz bagi la can.

Tunggu punya tunggu ustaz tak datang-datang. First day pun dah lambat ek? last-last kami turun breakfirst sikit sementara nak tunggu ustaz datang. Ramai student baru. Yg student arab baru (tahun 1) terkelip-kelip mata tgk kami. "fuyyo, ada budak-budak melayu la kat kuliah kiteee!" lebih kurang macam tu la dewang kate. Betapa popularnya pelajar kita kat University Al-Azhar ni bagi pelajar-pelajar tahun 1 itu. heh! Ada yg kate kami cina, ada yg kata kami korea/jepun. Dan macam-macam lagi. Macam hampeh!

Then jumpa shidin/zul and gang dtg kuliah nak ambik jadual. Daus pun dah blah dengan ustaz yie sebab nak report polis pasal passport yg hilang. So aku ambik keputusan teman zul/shidin/budak tooba/cain utk melihat jadual baru kuliah.

Lepas chek jadual, ingat nak naik jab tingkat 4 usha kot-kot ustaz dah dtg. Pintu pejabat terbukak sikit. Nak pegi dekat sgt pun, bawab ada kat situ. Hayya. Then tgk ada sorang budak keluar dari pejabat. Terus tanya dia "boleh tgk natijah?" "boleh!, bagi raqam julus".
Then dia mintak tolong tgkkan utk En Jadid. Aku call firdaus, dia kata dia ondaway. Jadi aku masuk dulu.

"Kau jawap elok-elok tak imtihan baru ni?" kate ustaz. "elok ustaz, siap buat corak-corak batik lagi kat kertas jawapan!" kate aku (ayat ke-2 hanya rekaan semata-mata, eheh). Then dia mintak raqam julus.

"Muhamad Elyas Harun?"
"Aiwah!"
"Enta maqbul" (pas!)

Hanya tuhan je yg tahu perasaan time tu. Pergh!

Then terus aku mintak ustaz tgkkan utk jadid. Dia jugak maqbul. Tahniah En Jadid!

Aku terus turun jumpa Zul and gang. Tak sedar pulak ada habuk kat mata. eheh. Dewang semua ucap tahniah kat aku. Takpe, tahun ni tahun aku, tahun depan tahun korang pulak yek! Cepat-cepat habiskan ye!

Then daus turun. Dia kata dia jugak maqbul. Alhamdulillah, Tahniah!

Oleh kerana aku seronok sangat, terus ajak geng-geng tu lunch. Sori la aku dapat belanja sikit saja. Nanti aku buat something spesial utk korang ok!
..........................................................................................................................

Firstly, syukria mehrebani karam buat isteri tercinta yg sudi menemani suaminya belajar sampai tamat pengajian sepanjang tahun ini. Tq and ILOVE YOU!

Shukran khairul Jaza dan terima kasih yg tidak terhingga kepada Ayahnda bonda serta keluarga, mertua dan keluarga dan semua yg telah membantu dan mendoakan kejayan kami disini. Tidak kami lupakan doa utk semua.

Kepada kawan-kawan yg banyak membantu dan belajar bersama, shukran!

Alhamdulillah, i've finish my degree. Tanggungjawap lebih besar selepas ini. Doakan utk kami!
.........................................................................................................................
Ps : tak sabar nak bakar udang galah kat UK nih! :D

10 October 2008

Malam Kami

Kami : Ar, Azril, Keri, Fizi, Aku and my waif.
Plan : Bakaq satey!
Tempat : Villa Sabarbay Amam Syariah, Tanta Egypt.
Santapan : Satey Mantap, Laksa Sedap, Nasi Impit, Kuah Kacang and Rendang Istimewa.



" cucuk dik cucuk!" - ghajin sungguh la depa ni. anak sapa ni?

Tu dia, punya la banyak satey, sampai tokey satey tetidoq dicelah-celah satey (nak habaq kata banyak) ehehe.

" ni aku bukak lagu arab bagi semangat sikit hangpa nak cucuk, aku nak pi relax kejab no" -kata encik Ar. Bukan aku kata. Aku tak kata apa-apa. :D

Hanya ini sahaja gambaq yg dapat diupload. Yg lain tak dapat diupload disebabkan oleh masaalah teknikal dan internet yg tak dapat dielakkan. Segala kesulitan amat dikesali. Yg penting satey kali ni memang best!

Ps : Jangan lupe Buzz kat bawah tu ye!

07 October 2008

Hari ini.

Pagi ini : Lepas tgk CSI Miami, mcm biasa, setiap hari selasa sebelum jam 945 pagi, kena buang sampah. Jabgi akan datang sebijik lori (macam lori biasa kat tempat kita tapi bukan lori sampah) yg mengangkut sampah. Bezanya dengan tempat kita, disini tak ada tong sampah - Langsung!

Then, pegi kuliah nak chek result dah kuar belum. Dah tensyen tunggu result yg tak keluar-keluar lagi. Selalunya dewang kate kejab je. Kali ni macam lama pulak. Ke aku sorang je yg rasa lame?

Jumpa Mustopa (ketua fakulti la kot), tanya "amacam? dah kuar ke?". Seperti biasa dia menjawab : "wallahu A'lam". Tensyennn je..

......................................................................

Now, Tanta rasa macam sejuk sikit time malam. Maknanya dah kena start keluarkan baju-baju sejuk dan segala-gala yang berkaitan dengan winter. Begitu jugak barang-barangan musim panas, dah boleh pack.

Kami still kena tunggu result sebelum dapat pack barang utk di poskan ke Malaysia. Tah la berapa kotak. Maybe 3. Try nak poskan yg penting sahaja.

Baba (tuan rumah) pun dah start tanya "kau nak sambung kontrek rumah ke atau nak keluar bulan 12 ni?". Sabaq la baba. Tunggu la result kami keluaq sat, nanti kami habaq la. That my answer. (ofkos la dlm bahasa arab kan. eheh). Mengikut kontrak, kami sewa sampai disember ni sahaja. And kalau kami nak sambung kontrek, kena sambung setahun. Kalau tak, kira sampai bulan 12 ni je. Leceh la baba ni. Sibbaik banyak rumah kosong kat Tanta ni. Hiksh.

....................................................................

Ok, make dua for us (and baby!).
Shukran!

06 October 2008

Sateyy!


(Kami tgk pun rasa lapaq! Klik utk besaqkan)

Dah beberapa hari "my little sunshine" nak makan satey. Hari-hari cakap satey, tido satey, pk satey. Pendek kate, semua satey. And lastly, dapat satu malam yg gilang gemilang utk buat satey ! Sile bace http://norllmaster.blogspot.com

40 batang lebih kiteorg buat malam tu, 2 org je mkn. Ditambah dengan nasi impit hari raya dan kuah kacang yg dibuat oleh my adinda yg sungguh sooodap sekali. Lepas ni boleh bukak kilang satey. :D

Rata-rata open house dan program hariraya pada kali ni, kebanyakkanya buat satey dan nasi impit. Rumah Perlis, Hayyu Asyir, DPMT dan byk lagi tempat-tempat lain pun buat satey dan nasi impit. Senang kot kan? Sebab senang tu la kami pun buat nasi impit dan satey jugak. Almaklumla, kat sini nak makan-makan raya macam kat M'sia tu susah sikit la kan (walaupun ada yg buat) :D

Kami pun dalam 4/5 hari raya ni ramai yg datang. Seronok sangat. Terima kasih yg datang! And jangan lupa nanti mai lagi no!

Nak bejalan-jalan beraya-raya tak boleh sangat sebab, paham-paham la jalan-raya di mesir ni susah utk org pregnant beraya. Belobang sana sini ditambah pemandu bas/tremco nya yg drive macam bawak kuda. Melompat sana sini. Lepas ni Mesir kena tukaq nama "jalan-tak-raya"!.

...................................................................................

Jab lagi nak pegi chek tengok kat kuliah result tasfiah yg tak keluar-keluar lagi. Haih..bile nak kuar ni. Tak sabar nak balik nih! ehehe.

PMRAm pun dah keluaqkan borang konvo yg tarikh tutupnya pada 07hb Oct nih. Iksh, takdan tunggu natijah ni. Borang pun tak ambik lagi.

Apa-apa, doakan kamii najah dengan cemerlang.
Salam Aidil Fitri utk semua!

02 October 2008

Pagi di Hari Raya!

From Drop Box
(Selepas solat aidil fitri di Stadium Istad, Tanta Mesir)


Firstly, Salam Aidilfitri kepada ayahnda dan bonda di Perlis serta mertua yg sekarang berada di Kedah. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung jari. Ampunnnn!

Keduanya : kepada isteri tercinta lagi dicintai dan lagi lagi lagi ... Mohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yg amat dikesali (ayat bini sendiri). eheh. I LOVE YOU! (you punye rendang sodap laa!!)

Then, to my family (kakopin+family, apiah+family, chop nah) and family-in-law (aiman anisah ehsan) dan semua sanak saudara dimana jua anda berada (cewah! macam dalam radio).

Pastu, kepada ustat2, kawan2 blogger2 dan semua muslimin dan muslimat. Selamat Hari Raya. Makan ingat kat kami. Kami kadang2 ja lupa kat hangpa. eheh.

Terima kasih laa kepada depa yang mai beraya kat rumah kami. Syok laaa, meriah! Kepada encik EG and da gang, shidin zul and pirdaus : nanti mai la lagi no!

Akhir kata, tgk gambaq jejaka mana tah mintak duit raya kat budak kecit. Tauladaaan!

28 September 2008

Ramadhan ne chal raha hai...



Tak berapa hari je lagi, ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Bagi kami, kenangan berbulan puasa di Tanta Mesir ni insyaAllah tak akan dilupakan. Ini adalah ramadhan pertama kami bersama selepas berkahwin. Puasa dan sahur bersama memang seronok. Hari-hari keje pk nak makan apa utk berbuka :D

Then, kadang-kadang kami pegi Maidah Rahman utk berbuka. Maidah Rahman adalah tempat berbuka puasa percuma yang di sponser oleh orang-orang arab yg budiman disini. Di Tanta ni ada satu Maidah Rahman yg dikhususkan utk pelajar Malaysia Indonesia Thailand. Seghonok jugak bila dapat berbuka bersama. Kadang-kadang ada ikan goreng, daging dan ayam panggang. Semoga Allah SWT membalas jasa baik mereka yg "mensponser" Maidah Rahman utk kami, amin!
.....................................................................................................

Teringat time ramadhan di Jamiah Darul Quran, Faisalabad Pakistan. Time tu belajar hafiz (ambik pakka). Kami bersahur dengan roti capati dicicah dengan yogurt satu pinggan. Kadang-kadang ada apple, kadang-kadang ada icekrim (makan icekrim time sahur ditengah-tengah musim sejuk). Dah ada orang sponser, makan je la kan? eheh.

Setiap kali sahur, kami dikejutkan dengan naat (semacam puisi atau nasyid) mengenai Ramadan dan kelebihannya. Budak kecik je bace, best! Terjemahan naat dia lebih kurang macam ni :

Kuch kar li er musalma, Ramadhan ne ara ha hai...
( Bangun lah wahai orang-orang islam, sesunguhnya Ramadhan telah datang..)

Malam selepas tarawikh kami akan membaca 2 juzuk berdiri (lebih kurang 1 jam berdiri) di tengah-tengah padang di pertengahan winter. Kata ustat, tu utk praktis supaya tak takut membaca didepan orang. Wallahu A'lam.

Selepas tu pulak, kami kena habiskan 15 juzuk satu malam sampai ke pagi. Jugak dalam sembahyang (sunat Mutlak, 1 juz 2 rakaat). Maknanya 2 hari 30 juzuk. Tu tak campor imam tarawikh lagi (27 hari 30 juzuk). Banyak kan?

Memang letih, tapi bila teringat balik rase seronok pulak time tu. ehehe.

Tak ingat sangat berpuasa di New Town Karachi, Pakistan. Maybe sebab time tu balik berpuasa di Malaysia kot. ehehe. But 8 years kat Pakistan, memang banyak cerita ;)
.........................................................................................................

Tak tahu la bile pulak nak datang ke perlembahan nil ni, tambahan pulak di bulan ramadhan. And lepas ni, tah dimana pulak kami time ramadhan. Maybe di korea? jepun? spanyol? Makkah atau di semenanjung Malaysia? eheh.

Wallahu Alam!

23 September 2008

Maidah Rahman


Yesterday we bukak puasa at Maidah Rahman again. Memang sedap, and thats why we pegi lagi and maybe akan pegi lagi. Shukran utk pakcik yg sponser iftar.

Di mesir, tak seperti di tempat kita yang punya la banyak makanan yg pelbagai jenis. Bazar Ramadhan yg bertebaran di seluruh pelusuk bumi di negara kita memang la cukup banyak. Dalam 30 hari Ramadhan kita boleh makan 30 hingga 300 jenis lauk pauk (takde la banyak macam tu, tu saje je nak tunjuk kate banyak, ehehe). Memang kami rindu nak berjalan-jalan di bazar ramadhan di Malaysia. Di mesir ni tak ada bazar ramadhan macam yang kat tempat kita. Makanan dewang pulak hanya ada beberapa jenis shj. Seronok merasa dan makan di tempat orang, tapi kadang-kadang boring jugak la kan. :D

And yesterday jugak, kami pegi jumpa Dr Duha. Dia lambat datang, kami terpaksa tunggu hampir 2 jam di klinik. Dr buat scan and chek my little sunshine punye blood/urine test and dia kata "very good result". Alhamdulillah. Our baby is now 2 month old. Semoga Allah swt permudahkan segalanya bagi kami. Amin..

Seorang kawan bagitau yang control dah keluar. Rasanya natijah pun tak lama lagi. Berdebar jugak la nak tunggu natijah ni. Hope everythings fine and dapat najah dengan mumtaz, amin!

Ok, that all for today. Akhir kata :


;) Selamat berpuasa!

15 September 2008

Lord Of Ramadhan.



Lord Of Ramadhan from Cotu. A song which has english, turkish, german and arabic lyrics. I really like this song. Thanks!

Ramadhan di Tanta Egypt, seperti hari-hari ramadhan yang lepas. Kebanyakkan masjid ketika solat subuh agak ramai dari hari biasa. Macam di masjid kami, budak-budak pun datang ke masjid time subuh. Oleh kerana malam yg tak berapa panjang (disebabkan musim panas) ditambah pulak dengan cuti sekolah (tak lama lagi nak bukak dah) jadi kebanyakkanya tak tido malam sampai ke sahur. Jadi selepas sahur semua boleh datang solat berjamaah di masjid. Best kan?

Baru-baru ni kami keluar ke bandar Tanta utk mencari Fanoos (lampu ramadhan bagi orang arab mesir, gambarnya ada di post yg lepas). Memang teringin sangatnak beli bawak balik ke Malaysia. Tak kisah la walaupun kecik, tapi kenangan kan. Nak bawak balik yg besar memang tak muat la. Kalau di hotel-hotel atau kedai-kedai selalunya dewang letak lampu yg lebih besar dari kami berdua!

(Gambar tak dapat nak diupload disebabkan masaalah internet yg "taktau-kenapa-jadi-begitu". ) ehehe.

Satu kedai ke satu kedai kami pegi cari lampu fanoos di sekitar Tanta sampai la ke mane tah yg kami sampai. Tapi, rupe-rupenye fanoos ni hanya dijual sebelum ramadhan sahaja. Dan paling last dewang jual pun sampai 10 ramadhan sahaja. Now, tak ada walau satu kedai pun yang jual fanoss di Tanta ni. Tensyen jugak la kan. :(

Ade la yg jual pelita yg kecik dan cantik. Di perbuat dari besi tembaga. Yg original la katakan. Tak boleh letak lampu, cuma lilin je (kata pelita kan). Harganya? satu tu LE50. Memang mahal melampau la kan. Tu pun kecik je, besar tapak tangan je. Hiks!
Kat hussain pun jual LE 25 tau!

Last-last balik dengan tangan kosong. Rasanya di Hussain (Cairo) ada lagi kot fanoos lebih-lebih. Tempat tu tempat pelancong, selalunya ada lampu-lampu macam tu. Memang la mahal sikit, tapi situ je yg ade. Bile tanya arab kat Tanta ni mana boleh dapat? dia kata : " sanah gai insyaAllah ". ( Tahun depan dengan izin Allah! ). huh!

........................................................................

Hari ni tak berapa sihat sikit. Demam dan selsema. Maybe sebab pertukaran musim. Sekarang pun takde la panas sangat. Kami pun keluar rumah petang atau lepas tarawikh saja.

Bazar-bazar di Tanta pun semakin rancak bulan ramadhan ni. Kedai-kedai di sekeliling Masjid Badawi yg menjadi tumpuan penduduk Tanta ni memang penuh sesak. Baju-baju utk sambut Aidil fitri, kasut-kasut utk anak-anak, coklate-coklate yg berkilo-kilo (kalau kat tempat kita, kita buat kuih raya. Kat sini coklate, manisan dan gula-gula ni la kuih raya dewang) dan macam-macam lagi makanan dijual ditepi-tepi dan tengah-tengah jalan. Memang betul-betul tengah-tengah sampaikan orangnak berjalan kena berjalan di tepi jalan. :P

Bila time nak berbuka, ramai la yg jual air tamarhind dan sobia. 2 kaler air ni je yg selalunya dijual di bulan puasa ni dengan berleluasa. kale lain tu, ada tapi tak banyak. Macam kat tempat kami ni (syariah) memang penuh la orang membeli kat pakcik jual air tu. Kaya la pakcik tu.

Mama atas rumah kami ni pun baik. dibaginye ayam, kurma, beras, gula, kuih manisan dan lain-lain. Best sungguh berjiran dengan mama ni. yumyum.

Kami, macam biasa. Selalu pk nak masak apa hari ni utk berbuka. Kalau kat Malaysia, ada 30 hari ramadhan, ada 300 jenis lauk pauk boleh pilih nak makan. Kat sini takde choice. Kena mencuba resepi baru baru ada kelainan. Kat kedai luar ada makanan tuuuu je. eheh.

Bagi pelajar Malaysia Indonesia Thailand, kat sini ada Maidah Rahman utk mereka. Maidah Rahman adalah tempat orang-orang arab yg budiman menjamu mereka yg ingin berbuka puasa. Pendek kata makan free la. Baik sungguh arab ni ye. Yg di Tanta ni selalu dia bagi zakat kat pelajar-pelajar asia ni. Berapa banyak la pahala dia dapat. Bestnye..

Setakat sekarang kami tak pegi lagi. Dengar kata ada ayam panggang. Kadang-kadang ikan dan daging. Siap boleh tambah. InsyaAllah nanti free kami pegi.

...............................................................

Lastly, thanks to bro cotu dengan lagunya yg best. Jom kite tgk konsert dewang kat Frankfurt.

16 August 2008


Fanoos - lampu yg dipasang dibulan ramadhan. Nanti dah masuk ramadhan baru upload gambar lagik!
...................................................................


Hari ni datang cc lagi. Internet di rumah belum settel. Baba (tuan rumah) travel baru balik tadi. Petang nanti baru boleh bincang pasal internet.
Kedutaan Malaysia Kaherah baru buat pengumuman tentang konvo. Dengar kata hujung bulan ni. Last-last minit baru dewang cakap. Dah dewang sibuk-sibuk dengan program Merdeka sempat lagi buat konvo kat tengah-tengah tu. Kami budak-budak tasfiah pon kena join walaupon xzam belum habis lagi. Nampaknya nak kena pulang ke Kaherah lagi. Taktau lagi dewang buat kat mana. Petang ni baru kawan nak inform.

Tahun ni rasanya summer tak sepanas tahun lepas. Maybe sebab rumah kami yg tak berapa panas sebab "ardiyah". Bulan depan dah tukar jam. Tanda yg summer pon nak habis. Buah mempelam pun dah kurang dari 7.50 Le ke 6.50 Le (di Tanta). Lepas ni boleh turun sampai 3/4 Le. Boleh la buat jus mempelam banyak-banyak!.
Buah anggur, tin, delima, tembikai dan banyak lagi buah-buahan musim panas yg sedikit-sedikit dah turun harga. Tambahan sekolah pon nak start, Ramadhan dan Eid. Kain-kain rentang pon banyak yg dah pasang bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Lampu-lampu Ramadhan pon dah ada yg pasang. Ingat nak beli satu yg kat hussain tu. Cantik!

Ok. That all for today. Nanti post lagi.
Wassalam!