16 October 2008

Bila Mesir hujan...
























Kelmarin, Tanta hujan. Selepas beberapa bulan tak hujan. Hujan yg beberapa bulan yg lepas pun kejab je. Maybe 15-30 minit. Dan rintik-rintik je. So, bagi sesetengah penduduk Mesir, dewang ternanti-nanti bila akan hujan.

Lebih kurang Pakistan, Mesir tak selalu hujan. Selalunya bila nak bertukar musim sahaja. Macam now dah nak masuk winter, akan ada ribut pasir, hujan pasir dan bermacam-macam yg berkaitan dengan pasir. eheh.

Ada sesetengah tempat yg 7 tahun tak hujan seperti di beberapa tempat di Luxor. Penah sekali pegi satu tempat di utara Pakistan yg hujan selepas 40 tahun! Bile hujan, paham-paham je la kan....

Keadaan jalan yg naik air sebab tak ada sistem peparitan yg elok bila hujan.




Jadi dewang terpaksa sedut air bila air naik sebab tak ada sistem peparitan. Air dalam kok pun habis melimpah. Apela yg pakcik tu dok bertinggung tepi jalan tu?

Kami keluar jugak malam tu sebab nak pegi travel agency nak chek tiket. Sunyi je jalan. Masing-masing malas nak kuar. Kalau hari-hari yg tak hujan, macam semut je kat pekan Tanta. Tapi malam tu, semua tak kuar rumah. Kedai pun kebanyakkanya tutup. Macam ni la Mesir bila hujan...

Teringat time kat Pakistan bila hujan, time paling best sekali. Hujan bermakna "cutthi". Dalam bahasa melayu "cuti". Kelas kami cuti. Ustaz suruh keluar main hujan. Sebab bagi dewang hujan akan menghilangkan segala penyakit seperti ruam dan lain2. Memang terbukti berkesan! Tapi pelik, kat mesia bila main hujan je demam. huh.

Bukan setakat kami je chutti , sekolah-sekolah lain, kedai-kedai dan kebanyakkan tempat akan tutup sementara selagi hujan tak berhenti. Best kan? Bukan setakat budak-budak kecik, org tua-tua pun akan keluar rumah main hujan, menari-nari dalam hujan dan sebagainya. Budak melayu kita selalunya main takraw je dalam hujan.

Di Pakistan orang ternanti-nanti hujan. Bila dah lama tak hujan, dewang akan buat solat mintak hujan. Penah 2x kami buat solat hujan berhari-hari sehinggakan hujan turun time kami baca doa qunut. 

Tanta now dah sejuk sikit time malam dan pagi. Maybe lagi 2/3 weeks dah kena pakai jaket bila siang. UK macamana? ehehe. Tak sabar nak ke UK pulak nih :p

Kami asalnya plan nak buat Umrah sejak Ramadhan yg lepas. Tapi oleh kerana takdak satu agency pun yg buat utk umrah, kami terpaksa batalkan. Mengikut syarat utk pegi umrah dari Mesir ialah : 6 month visa yg hidup. Kami cuma ada 2 month visa je lagi. Even kalau nak pegi lepas raya haji pon tak boleh sebab tak ada visa. Nak sambung visa tak boleh sebab dah habis study and kuliah tak bagi surat. Visa tourism pun dapat 2/3 bulan je.

Maybe, bukan rezeki kami kali ni. InsyaAllah next time kami akan pegi.

Then dapat tawaran melanjutkan pengembaraan ke UK for 2/3 month. Seronoknya! Belum confirm lagi tapi seronok. Dapat berhari raya dengan my sister and family di sana. Lepas dah  balik msia, tak tau bila dapat ke sana lagi.

Now tengah sibuk menyetelkan kerja-kerja yg masih berbaki di Mesir. Amat la banyak.

Semoga Allah SWT memberi kemudahan dan taufik kepada kami dan kita semua. Ameen!

.......................................................................................................................

P/s : Pc utk dijual (sekali dengan hard disk). Call / email me!

2 comments:

13may said...

sini ujan tak benti benti :D

Anonymous said...

sebab org kat malaysia jarang mandi kot? ehehehehe