30 April 2006

Assalammualaikum....
Bertemu kita sekali lagi. Kali ini saya nak berkongsi dengan Anda mengenai pekerjaan yang anda boleh lakukan secara sambilan di rumah. Saya paham, anda kini sedang berusaha mengumpul duit untuk perkahwinan anda. Dan semestinya anda tercari-cari.. apakah perkara yang anda boleh lakukan untuk menambahkan lagi pendapatan anda. Apa lagi kerja part time yang boleh anda buat? MLM dah join.. dah jual prepaid.. dah jual burger.. dah main kutu... apa lagi yer aku nak buat?

Ok.. disini saya bagi anda 100 idea bisnes yang boleh anda lakukan hanya dari rumah. Iaitu...

Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira Syarikat ( akaun )
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle ( kitar semula )
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan/jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru tari
Guru kompang
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman/mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab talipon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Multi level marketing
Jualan secara parti dirumah
Menjual melalui talipon
Perkhidmatan talipon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Menyewakan peralatan musik
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang , lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan perliharaan
Melukis pelan rumah/bangunan
Menulis buku/menulis skrip drama
Menulis novel / cerita seram / remaja
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas.
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Komedi
Penterjemah
Proofreading
Editor
DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN Oleh Yulpisman Asli

KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu.
Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang. ...

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Azlini. Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis.

Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama. Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut. Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak. Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.

=======================================

Setelah saya membaca berita ini saya menjadi agak bingung... saya tidak tahu sama ada hendak ketawa, menangis, tersenyum atau bersedih. Saya hanya mampu termenung panjang...

Apa yang sebenarnya berlaku?..Mengapa si bakal suami berbuat begitu? Tiada duit ke? Mengapa tidak berbincang sebelum perkahwinan? Adakah ia sudah berbincang tetapi tidak mendapat persetujuan keluarga bakal mertua? Bagaimana pula perasaan si isteri? Baru sahaja nikah tetapi si suami mungkin akan dipenjarakan? Apa pula perasaan kedua-dua buah keluarga? Malu? Marah? Kecewa?

Terlalu banyak tanda tanya di kepala saya... adakah semua ini berpunca daripada duit?

Oleh itu, jadikanlah kisah di atas sebagai iktibar... usahlah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar di dalam mencapai impian cinta anda, dan yang paling penting, usah biarkan duit menjadi penghalang mahligai perkahwinan anda.

23 April 2006

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...? guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan. pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut. maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....? pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya... maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan....... tamat....

==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

Wassalam

18 April 2006

Assalamualaikum....

Hari ni datang cc kejab sebab sebenarnye nak pegi beli barang..ni pon nak teman member je..
Malam ni sebenarnye kena masak takpi..takpe kot lewat2 sikit..ehehe..
Ni pon taktau lagi nak masak ape sebenarnye...ehehe...
Kejab lagi baru nak beli barang..ingat nak masak Pasta macam kakopin..tapi tak ingat pulak resepi dia..ehehe..
Kalau tak ingat resepi..bantal je laa kejab lagi...ehehe..

Malam ni rindu pulak kat org tu...

Last-last ni asyik pk nak balik pulak...memang dah selalu balik..tapi rasenye..nak balik kali ni..atas sebab yg paling best..tapi taktau lagi..nak kena bagitau mama dengan abah dulu..abah mama mesti suke tapi..macam banyak pulak yg nak kena buat lepas ni...kene kerje ke?kene cari rumah ke? kene kumpul duit ke? kene cepat ke? kene lambat ke? kene kene kene ke???...aku pun taktau...

Alamak!!..jelesnye aku..org sebelah tgk cite violet laa....pirate tapi macam best...next weeks kena dtg lagi nih..ehehe..
Dulu senang je nak tgk cite2 fresh mase kat karachi...tapi rasenye..tahun ni..boleh tgk kat wayang kot..maybe berdua..ehehe..macam best jee...tu pon kalau org tu tak sleep..ehehe..

Dah laa..nak tulis email pulak..

smelekom!!!!

16 April 2006

Smelekom!!

Malam ni ade LORT Retun to da king..tokleh duduk lame2 nih..ehehe..ni pon sebenarnye dah lame sangat dah nih..

best pulak fungkur.fm ni..aku nak jadi deejay ko boleh tak fungkur??ehehe...

Hp hadri hilang..kesian..aku tumpang kesian..kesian..memang kesian...

try nih!!

Sila lakukan dengan betul² untuk mendapat result yg benar benar mengejutkan anda dan jangan cuba menipu diri anda sendiri (ni bukan main2 ni, nanti korang nyesal)




Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat saje INGAT:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
























OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)






baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai? Scroll kebawah lagi ... ...









Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...




















otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN



Ajaib kan ?????

aku kire mule2 dapat 3
kedua dapat 3 jugak

rupe2nye 6 betol
pelik kan?

15 April 2006

assalamualaikum..

Hari ni datang lambat sebab ada kerje kat rumah..tapi nad dah offline..dapat baca email..thanks..
Minggu ni banyak sikit jalan..sebenarnye takut dengan xzam yg semakin dekat dan kitab banyak kena baca..bahas lagi, Quran lagi dan lain2..
Banyak benda yg aku baru belajar di Mesir..lain dari yg sebelumnye...
Ada beli 2 pokok..satu macam pokok krismes kecik dan satu lagi macam alor vera tapi ada belang2 putih macam ekor Godzilla..sebab tu beli tu..ehehe..gambar nanti ek..
Semalam beli bantal...first time tdo dengan "bantal" di Mesir..sebelum ni bantal jugak..tapi bantal yg di"pinjam" dari Qatar Airways..ehehe..paham2 laa..dah hampir 9 month...
25..25..25..
Chop dah dapat Minah Saleh UK...
Dia 18, masih kerje..masuk islam ketika umur dia 16, mak ayah dia tak islam lagi..Kakopin jumpa masak dia keluar Masturat baru2 ni..dia datang nusrah kakopin....seronok chop..
Now dewang tgh bercinta di MSN Mesengger...

Aku penin bile cakap bab kawen...help me!!

Penting ke M.A PhD??
Aku dah dapat maklumat sikit dari epol pasal nak sambung di UK..ingat tahun depan nak pegi jugak UK..
Tadi abah call...dia kata cuti nanti boleh keluar jemaah..tapi aku ingat nak masuk British Counsil...aku kena start plan lain sekarang...
Kesian jugak dekat family...sampai bila dewang kena support aku..aku kan dah 25..

taknak bincang dah..chow!!

08 April 2006

assalamualaikum...
Malam ni datang awal sikit. Tapi ngantok pulak rase sebab semalam tak tido. Semalam epol datang borak pasal dia nak pegi uk. Katenye awek dia nak support dia blajar kat UK. Katenye lagi awek dia ade syarikat kordial Nisaa. Awek dia nak pegi ireland bulan 9. Semoga bahagia engkau epol. Jangan lupe aku bile dah jadi manager syarikat kordial. nanti kena "beli satu percuma 10!!".ehehehe

Juz 6 tak abis lagi. Banyak lagi kena cover. Budak2 rumah pulak semua nye pelik2 sekarang. Masing2 dah naik syekh. Ajak buat laksa pon buat donno je. ehehe..budak2 yeh...sabar2 je la...nanti bile dah lama dah dewang kat mesir ni dewang tau la...

Aku rindu dengan kampung halaman di karachi. Rase nyesal jugak keluar dari NewTown. Tapi tu la...aku rase susah2 duduk dikarachi pon lebih senang dari duduk di mesir. Banyak beza member2 disini dengan member2 di karachi. Budak2 sini lebih kepada title ustaz. Baru belajar satu kitab turas kire dah habis hebat takde dah. Maklum la..kat kisdar dan tempat lain takde kitab turas..ade la satu dua kitab..sedangkan aku belajar 7 tahun kitab turas pon takde la nak tunjuk2..eheheh..terover geram pulak..

Aku taktau nak kongsi dengan sape kadang2..sorang kat putra..yg faiz pulak nun jauh di karachi..eheh..yg budak2 rumah ni pulak asyik bisingg je tak abis..over lagi...sabar2..ehehe..

minah: ada something happen.ari ni bebudak cuti sekolah.pastu pagi tadi nah bangun lewat ngn kak opin apa.kak opin x keja lagi.pastu.tepon bunyi.syameem angkat.pastu ada org laki omputih.kata nk ckp ngn sister.dia bg kat sabeera.pastu org tu dok ajak nk ajak saabeera sembg.pastu seif bg tepon lagi satu kat abg jamal kat atas.jd abg jamal dok dngr.org tu kata kat sabeera dia nk ajak p bowling la..sabeera tak tau sapa org tu.pastu kak opin heran abg dok dngr apa.dia ambik tepon dr abg jamal.dngr org tu dok ckp ngn sabeera.dia tnya sapa ni. pastu org tu kata: i want to take ur daughter.takut gak la.maybe org tu saja test tgk2 ada budak pompuan dak.maybe dia ingt sabeera besar kot.jdi ari ni kak opin hantar ngn ambik nah keja.kalo dak nah p sorang ja.tu la abg doa semua ok..yeh : abg jamal tak repot polis ka?

Hayya..takut pulak aku dengaq cerita nah..tapi takpa..abg jamal tau kot nak buat apa..org putih ni bukan boleh kira..banyak yg jenis otak tak betul..aku pon tak paham..tamadun dewang cap kipas udang kot..

Aku ingat aku kena balik dulu..maybe esok aku online lain..sori ek..

Doakan aku untuk xzam nanti...aku nak cepat2 balik msia dan cepat2 balik putra...tak sabar nak makan icekrim biru nih..ehehe..

ok..chow!!

( esok ade LORT : The Two Tower 11 KSA )