Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

13 November 2008

Byebye Tanta. iLaL Liqa'!

Hari ini kami bergerak dari Tanta ke Kaherah. Mr Mart Lanz datang ambik kami dari Kaherah. Terima kasih daun keladi encik Mart Lanz!

Thanks kepada encik ipin, amad, shidin and zul yg datang rumah mengambik barang-barang. Jangan lupa doa utk aku no! (taun depan kita jumpa kat M'sia tau!)

Thanks to encik Azril, are and keri yg "susah-susah je" cari rumah kat kami masa nak mai Tanta dulu (lepas kawen). Jasamu tetap dikenang!

................................................................................................................................

Baba pun nampak macam "rasa-sedih-jugak-laa" time kami nak berangkat petang tu. Dia bagi balik duit ta'min (deposit) yg lagi sebulan kat kami. Kalau arab lain (macam tuan rumah kami yg lama di Souq Gaban) jangan harap la nak bagi balik!

Rumah tu baba kata dah tak nak bagi kat sape-sape dah. Mungkin dia nak buat store kot. But rumah tu memang elok, murah, dekat dengan kuliah dan sebagainya walaupun agak tertutup.

Rindu..rindu. ehehe. Our first house lepas kawen tu!

Then, kuliah. And Tanta. Memang banyak cerita. Memang tak muat la blog kalau tulis. Takpe, entry lama-lama banyak. :D

Tadi last jalan-jalan kat kuliah. Kebetulan nak ambik cop utk Kashfu Natijah. Tengok budak-budak baru tengah sibuk menyalin jadual kuliah, rase best pulak. Aku dah habis belajar rupenye ye? ehehe.

Thanks to masyekh dan prof2 yg mengajar! Hafizahumullah!

.........................................................................................................................

For me, ada rasa "shahdu" jugak la time nak bergerak meninggalkan Tanta. Dari 2005 hingga 2008, lama jugak la rasanya. Macam-macam cerita ada disana.

Harap di hati, dapat datang lagi. InsyaAllah. Amin..

Ilal-liqa' Tanta!

..........................................................................................................................................................

30 October 2008

Mari berkonvo!

2x konvokesyen. 1- anjuran Kedutaan dan 1 lagi anjuran PMRAM. Ada satu lagi hari ni tapi tak larat nak pegi. :D


Konvo anjuran kedutaan Malaysia.




Konvo anjuran PMRAM
More picture at :
http://www.facebook.com/album.php?aid=38989&l=cfcff&id=780667402


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak la menamatkan pelajaran di University Al-Azhar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri yang tersayang yang bersusah-payah menjaga suaminya ini hingga ke saat penerimaan sijil dari Al-Azhar. Shakartuka Shukran! Love you!
............................................................................................................................

Tadi baru balik dari hussain / khan al khalili market utk beli kitab dan beberapa barang. Ingat nak poskan sikit lagi kitab sebelum 1hb november ni. Maybe, just maybe, end of november kami akan pulang ke tanah air. Now dah masuk winter and dah sejuk sikit-sikit. Nanti dah sejuk sangat susah sikit. Baik balik cepat boleh menghidup udara segar sambil makan satey (cik nadiah kate) eheh.

Now sibuk dengan urusan tawkil, sijil muaqatah dan beberapa perkara kuliah. Sijil terpaksa ditaukilkan disebabkan ianya mengambil masa yg terlalu lama and kami tak dapat nak tunggu disebabkan visa yg hanya sampai bulan Disember.

Ok, its all for now. Nanti updated lagi InsyaAllah.
Balik kampung! wowowow balik kampung! eheh

20 October 2008

:: Alhamdulillah ::

Result dah keluar. Alhamdulillah pas.

Hari ni nak balik Kaherah sebab esok pagi (7:30) ada raptai untuk konvo PMRAM di Al-Azhar Conference (ACC). Mari kita balik ramai-ramai!

Lusa, 22hb ada Konvokesyen utk graduan Azhar sesi 2007-08 (kami la). Then malam tu ada pelancaran kamus dan termasuk yg membuat persembahan malam tu ialah Nazrey Ex-Raihan dan Daie Nada. Best best!
Selanjutnya mengenai konvo di : http://konvokesyen2008.blogspot.com/

......................................................

Semalam En. Are selamat pulang ke tanah air. Best la hg no!

Selepas bersalaman mintak ampun 0-0 dengan En. Are, kami terus pegi ke klinik Dr Duha utk chek-up baby. Dalam scan, kami dah nampak kepala, tangan and badan baby. Dia dah 11 weeks and dah hampir 3 inches CRL. Seronok sangat! Dr pun seronok tgk dan sgt excited. Kami lagi-lagi la! (Gambar baby scan tak dapat di upload disebabkan masaalah internet yg tiba-tiba menyerang).

Then kami pegi beli tiket keretaapi utk esok ke Kaherah. Keretaapi better than tramco utk org pregnant walaupun lambat sedikit. Then kami pegi ke kedai Pizza Champion utk meraikan baby kami yg sihat walafiat. eheh. Alhamdulillah.

Kami insyaAllah akan pulang ke Tanta sebelum 24hb sebab nak uruskan sijil muqataah dll. Harap dapat selesaikan sebelum end of October. Then boleh la balik ke Malaysia next month (before Aidil Adha).

Please make dua for us, semoga Allah SWT permudahkan kerja kita semua dalam semua perkara. Amin.

Im Graduated! :D

19 October 2008

Mansurah

Baru-baru ni kami pegi Mansurah (lebih kurang 50-60 Km) utk melawat sepupu Pn Nadiah, Hanan yg baru datang tak sampai seminggu disamping nak ambik goodiebag yg dikirim dari Putrajaya. Thanks!
Cerita selanjutnya : http://norllmaster.blogspot.com







Minum icekrim biskut boria di Mansurah. Tak penah jumpa lagi ni kat tempat lain di Mesir!




Pemandangan sungai Nil di Mansurah dari tingkap keretaapi.




Makan-makan bersama Hanan di Mo'men. Peace!


We are happy sebab dapat barang yg sangat banyak dari Putrajaya. Sampai je rumah hanan, Nadiah terus bukak asam yg dia kempunan nak makan sejak sekian lama, ehehe. Ada banyak barang-barang yg lain (gambar di http://norllmaster.blogspot.com). Thanks semua!

Hanan sihat, and tempat dia pun ok. Ada bermacam-macam restoran termasuk KFC and Pizza Hut selain bermacam-macam kedai berdekatan. Kire tak susah la. Rumah pun elok. Semua elok. Alhamdulillah.

Bank HSBC pun dekat dengan tempat dia (only 5 - 8 minit taksi). Kire tak susah la. Bank-bank lain yg boleh guna pun banyak. Kami yg di Tanta terpaksa naik taksi 2 jam utk pegi HSBC!
.................................................................................................................

Tadi pegi kulaih jab, chek kot-kot natijah tasfiah dah keluar, tapi tak keluar lagi. Yg keluar cuma Qanun.

Pc dah pun selamat dijual. Selesai satu kerja. Ada byk lagi kerja lain nih!

En Are pun akan berangkat pada malam ini utk kembali ke tanah air. Seronok la hg. Jumpa di sana no! kalau aku sempat balik sebelum hg kenduri aku pi ok!

Kami maybe akan terus balik ke Malaysia. Maybe bulan depan (tengok keadaan urusan sijil dan lain-lain).

Salam jejak kasih utk En Aznil (Ex Langgar) yg dah 13 tahun tak jumpa aku. Hg takdak ka gambaq-gambaq yg aku boleh tgk. Gambaq dulu-dulu ka kalau ada. Ehehe. Tak sangka hang boleh jumpa aku melalui blog aku ni. Cayala! Banyak cerita budak-budak langgaq yg lain yg aku nak dengaq nih!

Okeh! Salam utk semua!
Doa utk kami!

14 October 2008

Akhirnya!

Akhirnya, im 99.99% pass! yea, 99.99% sebab tak secara rasmi lagi. Nanti result secara rasmi keluar, baru 100%. Tapi boleh pakai la. ehehe. Ceritanya :

First day kuliah syariah Universty Al-Azhar bukak, aku berjanji dengan daus utk jumpa di kuliah jam 10 sebab nak tgk "control". Control ialah : segala keputusan peperiksaan kuliah, sebelum dihantar ke ibu pejabat Azhar di Kaherah akan di proses di pejabat "control" (di kuliah Tanta) dan akan di "control" jugak oleh beberapa org bawab atau polis (kalau ada la). Oleh kerana result lambat sangat nak keluar, kite boleh mintak ustaz tgkkan kita punya result. And kalau ada satu atau dua subject yg fail tu boleh la mintak ustaz rafa'kan (naikkan) sikit. Kalau ikut betul tak boleh nak tgk control tu sebelum result secara rasmi keluar. Tapi ustaz tu baik la sikit. Kesian kat budak-budak Melayu yg tak sabar-sabar nak balik ke tanar air masing-masing. Dah la lame kat sini kan. Lagi pun final year. So, ustaz bagi la can.

Tunggu punya tunggu ustaz tak datang-datang. First day pun dah lambat ek? last-last kami turun breakfirst sikit sementara nak tunggu ustaz datang. Ramai student baru. Yg student arab baru (tahun 1) terkelip-kelip mata tgk kami. "fuyyo, ada budak-budak melayu la kat kuliah kiteee!" lebih kurang macam tu la dewang kate. Betapa popularnya pelajar kita kat University Al-Azhar ni bagi pelajar-pelajar tahun 1 itu. heh! Ada yg kate kami cina, ada yg kata kami korea/jepun. Dan macam-macam lagi. Macam hampeh!

Then jumpa shidin/zul and gang dtg kuliah nak ambik jadual. Daus pun dah blah dengan ustaz yie sebab nak report polis pasal passport yg hilang. So aku ambik keputusan teman zul/shidin/budak tooba/cain utk melihat jadual baru kuliah.

Lepas chek jadual, ingat nak naik jab tingkat 4 usha kot-kot ustaz dah dtg. Pintu pejabat terbukak sikit. Nak pegi dekat sgt pun, bawab ada kat situ. Hayya. Then tgk ada sorang budak keluar dari pejabat. Terus tanya dia "boleh tgk natijah?" "boleh!, bagi raqam julus".
Then dia mintak tolong tgkkan utk En Jadid. Aku call firdaus, dia kata dia ondaway. Jadi aku masuk dulu.

"Kau jawap elok-elok tak imtihan baru ni?" kate ustaz. "elok ustaz, siap buat corak-corak batik lagi kat kertas jawapan!" kate aku (ayat ke-2 hanya rekaan semata-mata, eheh). Then dia mintak raqam julus.

"Muhamad Elyas Harun?"
"Aiwah!"
"Enta maqbul" (pas!)

Hanya tuhan je yg tahu perasaan time tu. Pergh!

Then terus aku mintak ustaz tgkkan utk jadid. Dia jugak maqbul. Tahniah En Jadid!

Aku terus turun jumpa Zul and gang. Tak sedar pulak ada habuk kat mata. eheh. Dewang semua ucap tahniah kat aku. Takpe, tahun ni tahun aku, tahun depan tahun korang pulak yek! Cepat-cepat habiskan ye!

Then daus turun. Dia kata dia jugak maqbul. Alhamdulillah, Tahniah!

Oleh kerana aku seronok sangat, terus ajak geng-geng tu lunch. Sori la aku dapat belanja sikit saja. Nanti aku buat something spesial utk korang ok!
..........................................................................................................................

Firstly, syukria mehrebani karam buat isteri tercinta yg sudi menemani suaminya belajar sampai tamat pengajian sepanjang tahun ini. Tq and ILOVE YOU!

Shukran khairul Jaza dan terima kasih yg tidak terhingga kepada Ayahnda bonda serta keluarga, mertua dan keluarga dan semua yg telah membantu dan mendoakan kejayan kami disini. Tidak kami lupakan doa utk semua.

Kepada kawan-kawan yg banyak membantu dan belajar bersama, shukran!

Alhamdulillah, i've finish my degree. Tanggungjawap lebih besar selepas ini. Doakan utk kami!
.........................................................................................................................
Ps : tak sabar nak bakar udang galah kat UK nih! :D