28 September 2008

Ramadhan ne chal raha hai...



Tak berapa hari je lagi, ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Bagi kami, kenangan berbulan puasa di Tanta Mesir ni insyaAllah tak akan dilupakan. Ini adalah ramadhan pertama kami bersama selepas berkahwin. Puasa dan sahur bersama memang seronok. Hari-hari keje pk nak makan apa utk berbuka :D

Then, kadang-kadang kami pegi Maidah Rahman utk berbuka. Maidah Rahman adalah tempat berbuka puasa percuma yang di sponser oleh orang-orang arab yg budiman disini. Di Tanta ni ada satu Maidah Rahman yg dikhususkan utk pelajar Malaysia Indonesia Thailand. Seghonok jugak bila dapat berbuka bersama. Kadang-kadang ada ikan goreng, daging dan ayam panggang. Semoga Allah SWT membalas jasa baik mereka yg "mensponser" Maidah Rahman utk kami, amin!
.....................................................................................................

Teringat time ramadhan di Jamiah Darul Quran, Faisalabad Pakistan. Time tu belajar hafiz (ambik pakka). Kami bersahur dengan roti capati dicicah dengan yogurt satu pinggan. Kadang-kadang ada apple, kadang-kadang ada icekrim (makan icekrim time sahur ditengah-tengah musim sejuk). Dah ada orang sponser, makan je la kan? eheh.

Setiap kali sahur, kami dikejutkan dengan naat (semacam puisi atau nasyid) mengenai Ramadan dan kelebihannya. Budak kecik je bace, best! Terjemahan naat dia lebih kurang macam ni :

Kuch kar li er musalma, Ramadhan ne ara ha hai...
( Bangun lah wahai orang-orang islam, sesunguhnya Ramadhan telah datang..)

Malam selepas tarawikh kami akan membaca 2 juzuk berdiri (lebih kurang 1 jam berdiri) di tengah-tengah padang di pertengahan winter. Kata ustat, tu utk praktis supaya tak takut membaca didepan orang. Wallahu A'lam.

Selepas tu pulak, kami kena habiskan 15 juzuk satu malam sampai ke pagi. Jugak dalam sembahyang (sunat Mutlak, 1 juz 2 rakaat). Maknanya 2 hari 30 juzuk. Tu tak campor imam tarawikh lagi (27 hari 30 juzuk). Banyak kan?

Memang letih, tapi bila teringat balik rase seronok pulak time tu. ehehe.

Tak ingat sangat berpuasa di New Town Karachi, Pakistan. Maybe sebab time tu balik berpuasa di Malaysia kot. ehehe. But 8 years kat Pakistan, memang banyak cerita ;)
.........................................................................................................

Tak tahu la bile pulak nak datang ke perlembahan nil ni, tambahan pulak di bulan ramadhan. And lepas ni, tah dimana pulak kami time ramadhan. Maybe di korea? jepun? spanyol? Makkah atau di semenanjung Malaysia? eheh.

Wallahu Alam!

5 comments:

Zyraz Technology Group said...

Ingat den 14 tahun di luar negara..UK, US dan sebagainya.... dan bersyukur kerana ...Bulan Puasa penuh fadilat...tak aku berlanja seboros borosnya...seperti mana di bandar raya kita nih.

Taqwa...dan syukur atas aku di rantauan....dapat lebih aku beramal dan beribadat, tarawih dan sebagainya. Makan pon ada yang sponsor.


Salam Aidil Fitri.

Azrin @ www.azrin.net

Sofinee Harun said...

Posa kat UK pulak kot???

Anonymous said...

Azrin : Salam Aidil Fitri dan Salam ziarah. Di Mesir ni pun tak ada apa yg nak diboroskan. Raya pun macam biasa saja. Ada kawan-kawan melayu ok la sikit. Boleh tumpang seronok beraya.

Ummi : Nanti kami pi terbang posa kat sana! ehehe.

azlansalim said...

ya akhi...terima kasih banyak banyak...insyallah...makan ketupat rendang sini tak lupa jugak orang yang sana..syok jugak eh kalau pegi egypt "tenyok" pyramid!

Anonymous said...

Ehehe..nanti datang la sini, banyak gambar cantik-cantik boleh ambik! Yg lagi best dari pyramid pun ade!

Selamat hari raya!