10 September 2008


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, imtihan tasfiah telah pun tamat hari ni. Fikh Mazhab cuma ada 4 orang saja yg bawak. 2 ghaib dan tinggal aku sorang yg ambik Syafie dan sorang lagi budak arab yg ambik Hanafi. Kire macam ustaz buat soalan utk aku sorang je. ok x? :D

Kami terpaksa join bebudak arab yg ambik Usul Fikh. Seperti biasa, ada budak kena halau keluar sebab meniru. Arab kan..

Budak melayu ada 3/4 orang lagi. Dewang ambik usul. Sebenarnya, tak pasti pulak dewang melayu ke atau Thailand. ehehe..

Masa keluar kuliah, nampak ustaz tengah melepak kat depan pintu masuk Syariah. Tu pun aku dah jauh ke depan baru nampak dia. Nampak relax je dia ha. Tak jadi nak pegi salam dengan dia takut nanti dia tanya lagi soalan yg takde dalam kertas soalan. :P
...............................................................................................................

Hari ni rasa sedikit kurang sihat. Maybe disebabkan perubahan cuaca yg semakin nak masuk winter. Pagi and malam pun dah terasa sejuk-sejuk sedap. Lepas ni kena sedia Flurest la bebanyak.

Sebenarnya baru lepas tengok The Dark Knight. Memang best! Ade-ade je idea sijoker tu. Lagu and bunyi dia pulak buat suspen je banyak. Patut la dewang takut nak bawak anak-anak tgk Dark Knight ek? Tabik joker!

.............................................................................................................

Terima Kasih buat isteri tersayang yang bersusah payah menyediakan sajian berbuka dan bersahur utk suaminye yg tengah sibuk menghafal dan memahami isi kandungan kitab sepanjang minggu berimtihan ini. Pahalanya hanya Tuhan yg tahu. Sedapnye dia masak (terutama sekali kuih keria) memang tiada tandingan. Macam nak suruh hari-hari dia buat kuih keria. ehehe.

.............................................................................................................

Ok, Thats all for today. InsyaAllah selepas ni banyak cerita menarik menanti.
Make doa for my xzam!

No comments: