12 July 2008

Today, i post my blog from Bibliotheca Alexandrina di Iskandariah (Alex) . Datang dengan Rafiz and Fahmey. Plan kami, terus nak balik ke Kaherah lepas ni sebab nak ambik barang yg dihantar oleh mertua di Kaherah.

Semalam buat makan-makan sikit. Jemput Azril and gang datang. Then, kebetulan Datuk Firdaus dari Mansurah datang. Jadi ajak dia sekali, sekali dengan Shidin and Zul (berdua je korang kat rumah ek?).

Petang kelmarin, bawak Rafiz and Fahmey jalan-jalan Tanta. Pergi Masjid Badawi ziarah Maqam Syekh Badawi and tapak kaki Rasulullah s.a.w. Nadiah kat rumah buat Laksa. Balik-balik je dah siap. Rasenye tatau la nak cakap, punye la sedap. Semakin hari semakin sedap pulak dia masak. Baru-baru ni buat gulai rebung (My febret) and Sweet Sour. Beeestt!! Original Resepi punye lah! Even kat Mesir ni, seperti yang diketahui ramai, susah la nak dapatkan barang-barang masakkan atau rempah-rempah dari tempat kita Malaysia. Tapi cik Nad ni masak dah macam complete pulak segalanya. Ewah. Patut la tak turun-turun badan saye ni ha!. eheh....

(ada lagi setengah jam utk menggunakan internet free ini dengan secukup-cukupnya).

Now kat Library yg terbesar di Africa. Ramai student-student medic (Melayu) yg datang melawat Library ni utk pertama kali. Kebanyakkanya dari Tanta, merangkap kawan cik Nadiah. Seronok la dia dapat jumpa kawan-kawan dia. Ada jugak la yg bawak Mak dan Ayah dan keluarga yg datang dari Malaysia masuk library ni time ni. Siap tengah berposing lagi depan printer yg besarnye same besar dengan 3 kali peti sejuk. huh! Zaman dulu punye printer kan. Orang print atas kertas dewang print atas batu. Tapi cantik!

........................................................................................................

Nak cerita sikit..

Baru ni, masa kami pergi ke Sinai, singgah kejab di satu Pekan kecil ala-ala koboi. Keciknya pekan tu, kira duduk dari satu tempat boleh nampak hampir 80% pekan tu. Dan disekelilingnya hanyalah padang pasir batu dan bukit-bukit pasir yg luas terbentang. Kami berhenti setelah lebih kurang 2 jam perjalanan dari Terusan Suez (Suez Canal) untuk solat Subuh. Ada beberapa lagi arab yg balik atau baru nak pergi Umrah melalui Laut Merah berhenti berehat disini.

Semasa menunggu muazzin qamat, nampak ada seorang pakcik masuk dan solat 2 rakaat. Apa yg menarik perhatian ialah pakcik tu pakai serban 2 ekor, dengan 2 jubah (salah satu jubah tu hanya dipakai atas jubah seperti jaket). Nampak macam karkun. Bila tgk dia, teringat akan sahabat Baginda Rasulullah s.a.w. Taktau sebab apa.

Selepas solat, terus pakcik tadi bangun dan bercakap. "Tuan-tuan, ada perkara yg saya nak sampaikan, cume 5 minit saje. Mari kita duduk berapat-rapat.."

- Dari saat itu, baru saya tahu yg Singa Arab yg selama ini sedang tidur dengan nyenyaknya, kini telah bangun semula.-

Kini, apa yg kita usahakan selama ini, korbankan diri masa dan harta kita di jalanNya, telah pun Allah S.W.T tunjukkan cahayanya.

Ditengah padang pasir tandus, di tempat entah-di-mana, seseorang membicarakan tentang kebesaran Allah swt yg bukan hanya menggegarkan Sinai, malah seluruh negara-negara Arab.

Semua Arab duduk dan mendengar dengan rasa seronok. Selepas bersalaman dengan pakcik tu, dia tanya "dari Malaysia ka Indonesia?". "dari Malaysia". Beliau tersenyum dan kami bersembang sekejab. Seronoknya apabila dapat bertemu dengan orang-orang yg asalnya memperjuangkan agama dengan hanya iman didada. Orang arab yg membincangkan tentang bagaimana hendak mengejutkan seluruh ummah dari lena duniawi.

(saja ja nak bagi masa habis cepat. Ops! dah nak tamat!)

Ok. jangan lupa Dakwah and doa!

Wassalam!

3 comments:

Sofinee Harun said...

Yeh, sebelum ni abang ada jumpa orang arab karkun. Dia cerita sebelum ni dia tak suka orang tabligh ni. Sebab dia kata ni semua ikut orang2 India. Satu hari dia baca ayat quran(sorry tak tau ayat apa. May be yeh boleh cari kot dan pas kat kak opin) . Pasal akan tiba masa di mana kerja agama akan di sebabrkan oleh orang2 yang bukan arab. Kemudian barulah orang2 arab bangun kembali. Jadi dia kata betuilah ayat tu. Orang2 IPB ni lah yang di maksudkan orang2 bukan arab. Dan la ni kita tengok dah banyak orang2 arab yang dah start keluar. Kat sini pun dah banyak. Minggu depan ada jemaah arab saudi sampai di middlesbrough.

Tolong cari ayat apa tu boleh tak?

Anonymous said...

ghsgt count indecision replacement booming respondent exhibitor tues centralized vulnerable rebut
lolikneri havaqatsu

Anonymous said...

, tumblr 200 celebs, =-]]], jeanne tripplehorn nude, >:PP,