30 October 2007

Al - Fatihah...

Kawan Kak Opin (my sister) meninggal semalam di coventry disebabkan penyakit cancer. Beliau seorang yg sangat baik dan sangat tabah. Meninggalkan 4 org anak dan seorang isteri.

Dari ape yg aku dengar, kebetulan hari kematian beliau bersamaan dengan harijadi beliau, dan jugak ayah dan abg ipar beliau nak dtg pada hari atau selepas hari tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan beliau di tempat tertinggi.

Blog isteri beliau...
http://pausetoreflect.blogspot.com/

28 October 2007

@n0therTriP2KEY_eL

Ha, tu la, kan dah kena marah...lambat sgt update. :P
Bukanye ape cik puan, bz memanjang ni ha. Maklum la, tak lame lagi nak bawak anak org. ehehe...

Malam ni sangat-sangat letih. Petang tadi lepas Mesyuarat Bulanan di Surau Madrasah Miftahul Hidayah, terus abah suruh ambik en. Wan Tarmizi. Dia datang dari Langkawi. Dia baru balik UK. Macam biase la, org UK kalau balik mesia mesti komplain care org kite memandu. Tak terkecuali aku la yg kene. huhu...

Bawak dia pegi ambik barang dia di Changloon. Kali ni aku jadikan abg Bob mangsa en.UK. Pedas jugak la dia kena. Sibbaik bukan aku yg memandu. Kalau tak aku pecut sampai di siam, tinggal dia kat siam sorang2. Tapi kesian jugak en Bob. Patut la org kat UK pon selalu komplain pasal en.Wan ni. Tapi sebenarnye en.Wan ni baik. Baik sebab dia bagi aku dengan Bob sorang 50. ehehe...

Abah kate petang ni nak pegi KL. Tapi sebab en.wan ni datang, terpakse ditangguhkan hingga ke malam. Malam pulak mama dah letih, so abah kate esok pagi pulak. Harap2 la jangan lepas subuh, letih tu!!

(nak pk jab nak tulis ape lagi..&*^#@!@$^)

Tadi kak opin call, dia tanye nak beli ape kat UK? aku pon tatau daa nak beli ape. Rasenye sume2 ade kat msia. Ade la pesan baju sejuk 2/3 untuk Nadiah. Sebab baju sejuk kat msia ni mahal sket. Choice pon tak banyak. Ade la mintak baju jersi atau t-shirt Arsenal. Tu pon kalau dewang pandai cari la. Maklum la, aku kan peminat setia Arsenal-Barca ( Walaupun kalah teruk jugak kekadang) eheh....

Fantasy aku turun ke tangga ke 5 setakat sekarang. Now bolton tengah lawan a.villa. Teringat dulu waktu aku pegi Aston Villa Stadium. Tengah2 taman perumahan ade stadium yg macam kilang. Unik woo!

Aku tersilap menjual si Pter Chech. Dia punye la ok. Disebabkan otak aku time tu cenderung kepada nak beli pemain mahal sket, maka aku pun jual dia. Tergantung la kejab kat tangga ke 5 tu. Dulu masa kat tangga ke 2 aku bz pulak sebab nak uruskan masaalah perkahwinan aku. Terlupe nak C kan Febregas aku. eheh...ni la bestnye fantasy. Masing2 tak tentu naik turun. Bestnye!

kepalabana kepalabana: klau ko wat open house aku kompom xdtg
kepalabana kepalabana: owh
yehMaster: takpe
yehMaster: tapi aku punye kenduri kawen
yehMaster: kau kena datang
kepalabana kepalabana: adeh
yehMaster: 22hb disember
kepalabana kepalabana: tu yg payah tu
yehMaster: di perlis
kepalabana kepalabana: huhuhu
yehMaster: ala
kepalabana kepalabana: ermm
yehMaster: payah apenye
kepalabana kepalabana: abg aku kawin pun blan 12 ar
kepalabana kepalabana: tp xtau bape aribulan
kepalabana kepalabana: tgk ar
yehMaster: laaaa
yehMaster: dia pun nak kawen jugak ke
kepalabana kepalabana: aku mne pnah smpai perlis
yehMaster: haaaaaaaaaaa
yehMaster: time2 ni la kau kena datang perlis
yehMaster: kalau tak disebab kan kenduri aku
kepalabana kepalabana: huhuhu
yehMaster: kau mesti tak datang
yehMaster: berkat kenduri aku
yehMaster: kau kena datang
yehMaster:
kepalabana kepalabana: xjanji bro
yehMaster: takpe la
yehMaster: aku tau
kepalabana kepalabana: aku nak tdo mne lak kang
kepalabana kepalabana: kekeke
yehMaster: kau tido la kat surah sebelah rumah aku ni
kepalabana kepalabana: mak aih
yehMaster: siap ade bilik semua
yehMaster: ramai yg tido kat surau ni
kepalabana kepalabana: seram la aku tdo sorg2
kepalabana kepalabana: owh
kepalabana kepalabana: ahahaha
kepalabana kepalabana: aku transport moto je bro
kepalabana kepalabana: kete ayah aku ade la
kepalabana kepalabana: kang bising lak die aku bwk kete
kepalabana kepalabana: ahahah
kepalabana kepalabana: naik train la
kepalabana kepalabana: xpun eroplane
yehMaster: kau kasila ayah kau 50 ringgit
yehMaster: nanti dia senyap la
yehMaster:
yehMaster: rasuah la sikit
kepalabana kepalabana: ekekeke

Kau kene datang jugak aaa!
( lupe plak nama budak ni ape. ehehe...)

Ok la, sampai disini dulu setakat ini. Di akhir kalam ini, sebelum saya mengangkat pena berwarna biru ini, ingin sekali saya memohan ampun dan maaf andainya tersalah kata dan bahasa. Akhir kata, selamat maju jaya. Makanlah roti dengan sekaya.

Chow!

17 October 2007

Selamat Hari Raya hari ke - 5

Mama tengah borak dengan Unti Liv di SMJ Jitra.

Abah, Datuk midun, Datuk Badarudin and friend at SMJ Alumni di Jitra, Kedah.

"Bile laa dewang nak kasi duit raye ni..dah mantok dah ni.."


"alaa..boleh la suhail...blanje duit minyak pegi Putrajaya je pon...suhail kan dapat duit raya banyak..alaa...bole laa...bole laa..."


" Ayah..nak cabut tiang rumah ni boleh tak??"


"Rasenye ni dah kali ke 45 kali dia berkawat pusing tiang rumah ni.." - Ayah
"Alamak, speed trap!" - Anak.


"Kiri kanan kiri kanan kiri kanan...." - Kapten Suhail
"Hai...raye-raye pon nak berkawat lagi..." - Ayah Suhail.


Ade gaye P.Ramlee tak??

Ini baru rayaa!!! - Suhail Al Mahdi.


Tengah makan ke temenung?




Gambar kat rumah Tok Yam di Kangar. Yg ada my family, family paktam, famili makcik, family makcik ilah and family paklang.

15 October 2007

Salam Aidilfitri!

Salam Aidilfitri!

Tahun ni dapat beraya di Malaysia lepas 2 raya aidilfitri yg lepas di Mesir. And, tahun ni jugak adalah ramadhan dan aidilfitri terakhir saya sebagai seorang bujang senang. ehehe. Tahun depan insyaAllah beraya berdua la!

Seronok jugak beraya tahun ni sebab banyak tempat berjalan. Ni pon esok mama nak buat mee kari dengan laksa lemak. Best woo.

Kelmarin pegi rumah tok Nadiah di Simpang Kuala, Alor Star. Niatnye asal nak hantar borang kebenaran berkahwin kepada nadiah yg balik kampung beraya di alor star. Kebetulan abah ade kawan dia meninggal di sana, dan mama nadiah pulak panggil satu family datang beraya, jadi kami pun datang la kecuali safiyah n family yg tibe2 nak balik ke perak pagi tu.

Thanks to nadiah and family yg penat melayan kami. Mee kuah tu pon sedap. Kek coklate makteh pon sedap. Paknjang pon baik. Memang rase senang dengan family dia. Everything going fine and dah rase macam satu family. ehehe..harap semua nya berkekalan hingga ke akhirnye...amin!!

Lepas raya ni memang kerja banyak sikit. Yg paling rumit sekali ialah pasal pendaftaran kuliah di Tanta. Kate shidin yg mustafa nak setiap pelajar dtg bawak passport masing-masing untuk pendaftaran. Pelik jugak aku. Sebelum ni tak penah ada macam tu. Kalau betul, memang susah la sikit. Kalau xzam start sebelum kenduri, memang aku kena pegi mesir sekejab la untuk buat pendaftaran dan cari rumah. Kalau kenduri dulu baru xzam, rasenye sempat. Tapi lepas kenduri memang kena chow terus la ke Mesir. Harap family nadiah beri keizinan untuk pergi mesir cepat.

Bagaimana pon, harap sahabat-sahabat semua dapat berdoa untuk saya. Saya harap dapat habiskan B.a saya tahun ni di Tanta dan dapat balik berkerja mencari rezeki untuk keluarga saya dengan baik. Tentang M.a yg ingin saya ambik tu, kalau ada rezeki baru saya sambung. Cuma sekarang ni nak focus untuk B.a tahun ni dulu yg tinggal 4 madah. harap2 la lepas. Amin!

Maybe 2/3 hari lagi nak pegi KL untuk beli kain utk buat baju kenduri nanti. Hati ni sebenarnye berdebar2 sangat la nak menghadapi Hari Besar nanti. Maklumla first time kan. eheh...

Ha, satu lagi cerita, semalam lepas balik dari melawat rumah tok nadiah di alor star dan rumah abg fuad di dato' kumbar, kiteorg pegi SMJ (Sekolah Menengah Jitra) di Jitra. Abah ada alumni disitu. Best jugak. Abah antara pelajar pertama belajar di situ. Class mate dia semua datuk2 belake. Tapi tak kisah la. Dewang bergelak berkaraoke sampai pukul 1 pagi la kot sebab saye dengan adik balik awal. Abah dapat cabutan bertuah, dapat hadiah bekas air panas satu. ehehe..

Ok lah. Nanti ape2 lagi tulis lain. Now nak masukkan gambar sket kat fotopages. Nanti usha2 la ek. Chow!

Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Kullu Aam Waantum Bikhair!

Wassalam.

05 October 2007

Kawen!

Hari ini ada dirumah Beseri. Kelmarin baru balik dari KL selepas selesai Kursus Pra-Perkahwinan di Pertama Kompleks, KL. Thanks to Nadiah yg banyak menyusahkan diri membantu.

Banyak jugak kerja perlu buat utk daftar kahwin. Kursus kawen, ujian HIV, tandatangan dan sign 2 org saksi dan imam kariah, angkat sumpah dan lain2. Jugak kena tempah kadi awal takut nanti dah ditempah org.

Pagi ni kerja nak kena settelkan semua borang permohonan berkahwin dan nak dapatkan segera Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Perlis. Lepas dapat tu nak kena send ke Putrajaya untuk Nadiah bawak buat borang dia pulak dan tempah Kadi. Harap semuanya berjalan lancar.

Plan selepas ni, raya then nak siapkan bilik pengantin dan kad perkahwinan sebelum november ni. Kemudian nak siapkan barang utk pergi kemesir sebelum awal Disember ni. Bila start Disember memang dah tak boleh nak buat ape2 dah. Cume nak tunggu hari "bersejarah" je la...Amin!

Nak sleep jab, nanti sambung lain.
Bestnye!