28 March 2008

Selamat Datang!

2 hari lepas adalah hari paling ramai tetamu datang.Alhamdulillah rasa seronok sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yg datang. Minta maaf banyak2 sebab tak dapat memberikan layanan yang sempurna. Kami sangat-sangat berharap kawan-kawan semua datang lagi nanti. insyaAllah.

Start pagi, kawan-kawan dari MINDA dtg. Memang seronok sangat-sangat dapat berjumpa Abd Rahman Indonesia, Hassan, Osman Thailand dan Payal. Abd Rahman dah lama tak jumpa sejak kenduri perkahwinan dia tahun lepas. Dia dah berkahwin dan ada anak sorang anak. Now dia bukak restoran Thailand di Mansurah. Semoga perniagaan kamu mendatagkan banyak keuntungan. Amin!

Hassan sebelum ni pegi Uk, abg jamal yg uruskan kerja dia di sana. Osman sebenarnya duduk di SabarBay jugak tapi kami tak penah berjumpa sebab "lost contact". Alhamdulillah berkat Abd Rahman dtg kami dapat jugak la berjumpa!

Terima kasih banyak-banyak la sebab datang rumah. Lepas ni kita buat perjumpaan di restoran Abd Rahman di Mansurah ok!



MINDA - Hassan, Faizal, Osman, Abd Rahman and Ana! Nanti datang lagi ya!

-----------------------------------------------------------------------------

2nd tetamu.

Lepas geng-geng MINDA nak balik, Exco HEWI Perlis datang. Seronok la Nadiah. Sebenarnya Exco Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) buat jauhlah ke seluruh Muhafazah (Negeri) yg ada student Perlis utk buat perjumpaan dan ramah mesra. Satu idea yg sangat baik sebab student Muhafazah atau Furuq tak selalu dapat balik ke Kaherah disebabkan masaalah pengajian, perjalanan yg jauh dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak sebab datang.

Perjumpaan di buat di rumah ana. Termasuk yg datang ialah Exco KPP dan HEWI, Pengerusi DPM Tanta, student medic perlis dan ahli KPP di Tanta. Semua sekali lebih kurang 25 orang. Minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat masak lebih sebab tak dapat sediakan periuk yg besar utk semua. Kami pun 2 org saja dirumah jadi tak dapat sediakan makanan yg berat-berat. Hanya dapat buat Caremel dan Custad pisang saja. InsyaAllah nanti kami akan buat persediaan yg lebih di lain kali.


Antara Exco yg datang...




Wakil DPMT yang datang.


Gambar beramai2.


HEWI dan tetamu yg dtg.







--------------------------------------------------------

Coming Soon...

YM! Voice. Call dimana sahaja di seluruh dunia menggunakan Yahoo Mesengger Voice dengan harga 5LE untuk 1USD. Lebih senang, murah, jimat dan cakap lebih lama!

11 March 2008

Tag!

Kena tag dengan kakopin (my sister). Sori lambat!

The rules is :
1. Pick up the nearest book (of at least 123 pages)
2. Open the book to page 123
3. Find the 5th Sentence.
4. Post the next 3 sentences
5. Tag 5 people

Masa baca tag ni melalui hp, buku paling dekat ialah Muntakhab Ahadis (himpunan hadis-hadis). Jadi terus ambik dan bukak mukasurat 123. Barisan ke 6-8 ialah hadith:

"...Adakah kamu mahu supaya aku tambahkan sesuatu kurniaan yg khas untukmu? ahli-ahli syurga berkata : tidakkah engkau telah memutihkan wajah wajah kami? tidakkah engkau memasukkan kami kedalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?Kemudian Allah telah menyingkap hijjab ( yg mana mereka dapat melihat wajah Allah) maka tidak ada sesuatu dari pemberian yg lebih disukai daripada melihat wajah tuhan mereka Yang Maha Agung..."

Hadith riwayat Imam Muslim dari Shuaib R.A dari Baginda S.A.W. Thanks to kakopin!
Lepas ni nak tag : nadiah, shidin, shy and kakct!

........................................................................

Story.

Kelmarin rehat dirumah satu hari setelah penat bershopping di Carefour Alex utk barang2 rumah 2 hari lepas. Sebelum tu pegi Kedutaan Malaysia di Mohandesen Kaherah utk terjemah tasdiq dan chop borang zakat utk tahun depan. (Harap2 la zakat naik lagi tahun depan disebabkan tsunami politik yg best ni!)


Gambar di Mohandeseen, Giza Egypt.

Baru2 ni belajar buat roti canai, tapi agak tak jadi. So kami try pulak buat karipap, alhamdulillah jadi. Cume bentuk dia je yg agak ketara sikit. :P Kalau jadi ingat nak buat karipap frozen. Boleh la buat bisnes sikit2. Boring2 kan.

Sori kepada member-member sebab tak dapat balik ke kaherah utk sambut hari keluarga, tak berapa sihat haritu. Lagipun 3 hari dikaherah, susah sikit la bagi kami yg dah kawen kan. InsyaAllah nanti kami turun ziarah kaherah lagi.

Nak upload sikit pic kawen kat picasaweb. Nak tgk klik kat slideshow atas tu k! Chow! Wassalam.

04 March 2008

Nasi Biryani Pilau Nadiah.

Yesterday, nadiah watkan biryani pilau (Pakistani) utk tetamu yg dtg rumah. Shukran kpd Ustaz Aisam n Ustaz Rafiz yg dtg jauh2 dari Kaherah ke kampung Tanta utk menziarahi kami dan melepaskn tensyen. Lenkali nak mkn yg lain pulak dtg la lagi ye!

Ptg kemarin kiteorg beli oxigen dan 2 ekor ikan lagi utk Nadiah. Now ikan dah nampak hepi. Nadiah pun slalu baca dlm internet mcmana nak jaga ikan. thax to kakct yg kasi komen!

Ok. Mkn jab!

01 March 2008

Tanta Al-Gharbiyyah, Egypt. March 2008


Dah lama tak update blog, kawan2 pun selalu tanya bile nak update. Sorry semua sebab lambat update. Internet di rumah kiteorg belum pulih sepenuhnya. Hari2 tanya baba (tuan rumah) tapi still tak boleh lagi. Baba pon penin...

So tadi, boring2 ajak Nadiah dtg cc utk update blog. Happy je dia. Nak update melalui hp boleh tapi susah la sikit kalau nak upload pic kan. Datang cc senang sikit.

Al- kisahnye...

Pagi tadi jam 10 kiteorg pegi Jawwazat (immigresen - betul ke ejaan tu?:P) utk tanya berkenaan visa kite org yg dah 2 bulan tak siap2 lagi. Kite pegi dengan Azril, jiran senegeri (Perlis) aku. Dia lagi la,dari bulan 11 lagi. Tapi tadi dia dah dapat stam. Cume kami yg belum lagi.

Seperti biase, arab tu kata "Ba'da usbu'".. bermakne seminggu lagi. Seminggu arab sebulan kite la jawapnye...

Lepas pegi jawazat, kite pegi cari kedai ikan utk beli oxigen utk anak2 ikan cik Nadiah tapi semua kedai ikan tutup. Esok2 la ye cik...:)

Then, pegi makan di Canaria, kedai pizza yg paling femes di Tanta. Murah dan sedap gile. Siap boleh order melalui YM! lagi. Best kan?

Balik2, rest and datang cc. Esok planye nak pegi jalan2. Maybe ke Port Said, salah satu dari port yg ade di Mesir. Kat sana banyak jual seafood dan pakaian second hand.

Itu la alkisahnye utk hari ini. jeng!
.......................................................

Semalam, kawan2 dtg rumah lagi. Kashfi, firdaus, zaki dan ust mat. Dewang ambik kursus di Cairo and now balik "kampung" jab. Jadi dewang datang la ziarah aku buat pertama kali selepas aku kawen. Seronok rase dapat jamu kawan2 makan. Dalam 2 bulan kami di sini, ramai yg datang ziarah kami. Alhamdulillah, dgn berkat semua harap Allah SWT permudahkan rezeki utk kami...Ameen!

Tanta seperti biase, now dah tak sejuk sangat dah. Siang memang tak pakai jaket dah sebab dah panas. Malam pon tak la sejuk sangat. Tapi rumah kite org memang naturally sejuk sebab rumah ardiah (rumah bawah sekali). Kiteorg sewa LE200 sebulan (lebih kurang RM130). Air LE10 (RM7)and letrik lebih kurang LE20 (RM15). And yg bestnye rumah kami paling dekat dengan kuliah AlAzhar. Bukak pintu je nampak gerbang Azhar. Pastu bas stop depan tu je. Kawan2 yg lepas balik kelas senang la nak dtg singgah minum di rumah aku dulu. mai jgn tak mai no!

Ha, kami dah tukar no hp. Sebelum ni pakai Vodaphone, tapi Voda wat hal sebab tak boleh guna internet melalui hp kami sebab katenye hp kami lates sgt. Hayya! so kami tukar ke syarikat hp baru yg lagi best, Ittisalat. So now, sape2 nak no hp kami ym @ email kami. Nak bagitau kat sini "bahaye" (kate ibrahim sayani) :P

(Semalam tgh filem Ayat-ayat cinta, bole la tahan)..

Sori kawan2 sebab tak dapat upload lagi pic kawen di blog atau di friendster. Nanti2 aku upload k?

Baru2 ni my wife buat laksa dan biryani pakistan utk kawan2. Memang best gile. Thanks to Kak Opin yg bagi resepi. Sape2 nak boleh order dulu sebelum dtg ye!

KPP ada buat hari keluarga 4-6 ni di Rumah Perlis. Dulu aku selalu pegi, tapi now bile dah berdua susah sikit sebab kat kaherah kena tumpang student2 di rumah perlis, kesian pulak kat dewang kan. Taktau lagi nak pegi ke tak.

Now, time to upload some pic utk tatapan semua!


Gambar kite org masa first day kat Cairo. Makan Hardes dengan cik Rafiz. yumyumyum!


Kat Stesen keretapi Tanta ondaway ke Alex.


Gambar kami di Maarad Kitab (Festival buku Cairo)


Main bowling di sarafg mall.


Thanks to mun and lan!

Ok. need to go! nanti upload lagi
Salam!