01 March 2008
Tanta Al-Gharbiyyah, Egypt. March 2008
Dah lama tak update blog, kawan2 pun selalu tanya bile nak update. Sorry semua sebab lambat update. Internet di rumah kiteorg belum pulih sepenuhnya. Hari2 tanya baba (tuan rumah) tapi still tak boleh lagi. Baba pon penin...
So tadi, boring2 ajak Nadiah dtg cc utk update blog. Happy je dia. Nak update melalui hp boleh tapi susah la sikit kalau nak upload pic kan. Datang cc senang sikit.
Al- kisahnye...
Pagi tadi jam 10 kiteorg pegi Jawwazat (immigresen - betul ke ejaan tu?:P) utk tanya berkenaan visa kite org yg dah 2 bulan tak siap2 lagi. Kite pegi dengan Azril, jiran senegeri (Perlis) aku. Dia lagi la,dari bulan 11 lagi. Tapi tadi dia dah dapat stam. Cume kami yg belum lagi.
Seperti biase, arab tu kata "Ba'da usbu'".. bermakne seminggu lagi. Seminggu arab sebulan kite la jawapnye...
Lepas pegi jawazat, kite pegi cari kedai ikan utk beli oxigen utk anak2 ikan cik Nadiah tapi semua kedai ikan tutup. Esok2 la ye cik...:)
Then, pegi makan di Canaria, kedai pizza yg paling femes di Tanta. Murah dan sedap gile. Siap boleh order melalui YM! lagi. Best kan?
Balik2, rest and datang cc. Esok planye nak pegi jalan2. Maybe ke Port Said, salah satu dari port yg ade di Mesir. Kat sana banyak jual seafood dan pakaian second hand.
Itu la alkisahnye utk hari ini. jeng!
.......................................................
Semalam, kawan2 dtg rumah lagi. Kashfi, firdaus, zaki dan ust mat. Dewang ambik kursus di Cairo and now balik "kampung" jab. Jadi dewang datang la ziarah aku buat pertama kali selepas aku kawen. Seronok rase dapat jamu kawan2 makan. Dalam 2 bulan kami di sini, ramai yg datang ziarah kami. Alhamdulillah, dgn berkat semua harap Allah SWT permudahkan rezeki utk kami...Ameen!
Tanta seperti biase, now dah tak sejuk sangat dah. Siang memang tak pakai jaket dah sebab dah panas. Malam pon tak la sejuk sangat. Tapi rumah kite org memang naturally sejuk sebab rumah ardiah (rumah bawah sekali). Kiteorg sewa LE200 sebulan (lebih kurang RM130). Air LE10 (RM7)and letrik lebih kurang LE20 (RM15). And yg bestnye rumah kami paling dekat dengan kuliah AlAzhar. Bukak pintu je nampak gerbang Azhar. Pastu bas stop depan tu je. Kawan2 yg lepas balik kelas senang la nak dtg singgah minum di rumah aku dulu. mai jgn tak mai no!
Ha, kami dah tukar no hp. Sebelum ni pakai Vodaphone, tapi Voda wat hal sebab tak boleh guna internet melalui hp kami sebab katenye hp kami lates sgt. Hayya! so kami tukar ke syarikat hp baru yg lagi best, Ittisalat. So now, sape2 nak no hp kami ym @ email kami. Nak bagitau kat sini "bahaye" (kate ibrahim sayani) :P
(Semalam tgh filem Ayat-ayat cinta, bole la tahan)..
Sori kawan2 sebab tak dapat upload lagi pic kawen di blog atau di friendster. Nanti2 aku upload k?
Baru2 ni my wife buat laksa dan biryani pakistan utk kawan2. Memang best gile. Thanks to Kak Opin yg bagi resepi. Sape2 nak boleh order dulu sebelum dtg ye!
KPP ada buat hari keluarga 4-6 ni di Rumah Perlis. Dulu aku selalu pegi, tapi now bile dah berdua susah sikit sebab kat kaherah kena tumpang student2 di rumah perlis, kesian pulak kat dewang kan. Taktau lagi nak pegi ke tak.
Now, time to upload some pic utk tatapan semua!
Gambar kite org masa first day kat Cairo. Makan Hardes dengan cik Rafiz. yumyumyum!
Kat Stesen keretapi Tanta ondaway ke Alex.
Gambar kami di Maarad Kitab (Festival buku Cairo)
Main bowling di sarafg mall.
Thanks to mun and lan!
Ok. need to go! nanti upload lagi
Salam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment