Dah lama tak update blog. Sejak 7 days sebelum kahwin. Termasuk harini, now we dah 2 bulan berkahwin. Alhamdulillah segalanya perfect. Thanks to everyone yg telah banyak membantu sejak sebelum kami kahwin sampai ke hari ni. Syukran Jazilan!
Now saya dan isteri saya tinggal di Sabar Bay, Tanta Al-Gharbiyah, Egypt. Rumah kami betul2 berdepan dengan pintu masuk Al-Azhar di sini. Senang la nak pegi kuliah. Rumah alhamdulillah ok. Sepatutnya dapat rumah dekat rumah Azril tapi arab buat hal taknak kuar. Tapi alhamdulillah la dapat rumah yg tak seberapa besar tapi ok la bagi kami dua. Nak kemas pun senang. And alhamdulillah we happy.
Selalu la kami jalan2 tanta. Kadang2 pegi alex dan kaherah. Lain rase dari mase bujang dulu. Kawan2, cepat2 la ye! eheh..
Nak di pendekkan cerita, kami akad nikah pada 15 Disember 2007. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Thanks tu all family yg datang dan membantu. Tak dapat nak digambarkan macamana gembiranya lepas akad...
Then kenduri di Dewan Perbadanan Putrajaya pada 16 Disember 2007. Memang tak terfikir langsung yg dewan tu begitu besar dan cantik. 1000 org dalam satu masa. Terima kasih yg tak terhingga kepada Mama and Abah (mertua), Pak njang n family, pakcik n family, paktam and family, Paksu (2-2 sekali)Pakteh makteh, kak lang dan semua keluarga yg terlibat.Thanks to azizi yg datang dan kepada semua yg dtg dan kasi hadiah. Syukria!
17 Disember 2007, kami terus pegi ke Langkawi, honeymoon. Seronok sangat sangat sangat! Thanks to mama and abah yg kasi pakej kat kami. Memang seronok sangat!
21 Disember 2007, kami balik ke perlis dari langkawi utk sambut kemduri di perlis pulak. 22 Disember kenduri. Thanks to Abah, mama,kakopin abg jamal, safiyah mahadi, nah and friend,Makteh yan yg jadi supervisor utk kenduri, makcik suzi and family, chop, semua saudara mara dan kawan2 abah yg datang tolong. Thanks to all!
24 Disember 2007, kami balik KL. Kami cuma bye-bye mama di Beseri saja. Kami naik flight dari penang terus ke KLIA.
31 Disember 2007, Kami terbang ke Mesir. Thanks to abah mama yg datang hantar kami masuk sampai ke dalam. Thanks to all family from Pahang yg datang menghantar. To Hawa and Shah, thanks to da flag! ehehe...
Now, kami di Tanta. And alhamduillah, semuanya perfect. Doakan kami bahagia abadan abada.
Tak dapat nak tulis panjang2 sebab kami ada di cc. Internet di seluruh mesir ada masaalah utk 1 bulan so kami terpaksa tunggu internet di rumah kami ok hingga 2/3 weeks lagi.
Sori sebab tak dapat post gambar lagi. InsyaAllah nanti internet dah ok kami post pic. Disini ada beberapa gambar akad nikah yg sempat di upload.
http://picasaweb.google.com/norllmaster/AkadNikah151207
Ok. Dah nak masuk maghrib. Winter tak habis lagi. Nanti blog lagi.
Wassalam!
No comments:
Post a Comment