
Best gile!!
Firstly, nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tersayang dan Adam yang tersangat hensem itu :D kerana hadiah yang sangat-sangat-sangat indah dan istimewa ini..cewah! :D
Thanks!
Tadi (selepas meeting tengahari), ada org call dari company mane tah, tanye ofis kat mane. Ingatkan customer, jadi bagitau je la yang kat Maybank Cyberjaya. Lepas solat Zohor, ade org tengah dok kat pintu HDC tanye:
"Kenal Muhd Elyas tak? saya nak jumpa dia"
"Kenal. Ni dari siape ni?" sambil melihat bunga-bunga dan se-beg hadiah.
"Encik ni Elyas ke?"
"Ha'a, saye la Elyas!!"
"Ha! Sile sign sini.."
Semua customer tgk pelikkk je. Budak ni dapat bunge dan hadiah ke?
:D
Bile tgk tulisan Love.com.my, dah tau dah sape punye kerje (walaupun firstly ingatkan awek mane yang bagi :D )
" To: Dearest Abi,
Happy Birthday!!
P/s: Terkejut tak? hihi
From: Ummi + Adam"
Semua budak opis terkejut sambil menjerit-jerit "bestnyee!".
Thanks!
.........................................................................................................
Opisku akan berpindah ke Damansara dalam masa terdekat. Lepas ni dah tak jadi Auditor Halal. Tatau nak Transform jadi ape pulak lepas ni!
babay!

Olympus PEN E-P1. Idamanku Seeelalu!! :D
(Bila laa mampu nak beli bende alah ni. Kalau la jatuh dari langit kan best!!) :D
.........................................................................................................
Last week banyak berjalan. Audit sana sini. Then kena join MUI (Majles Ulama Indonesia) buat audit untuk flavor. Gile susah. Kimia + Sains sana-sini! Letih....
Then, there is Transformers. Malam (setelah mengetahui tak payah kerja hari sabtu), terus book Transformers online. Dapat la kat Berjaya Time Square, 1030 pagi tuuu!. GSC lain, semuanya full!!
...........................................................................................................
Thanks to all yang bagi hadiah time Fathers Day haritu terutama hadiah Helikopter Control yang best gile tapi tak sempat-sempat nak try kat luar lagi! :D Thanks my wife!!
Ha, kepada sesiapa yang nak chek Halal, boleh la ke laman web ini :
http://www.hdcglobal.com/portal/mainpage.php?module=Maklumat&kategori=52&id=300&papar=1&id2=7&menu=179
atau
http://www.knowledge.hdcglobal.com/hdc/search.php?from=hdc_search&id_topic=1&query=tgi+fridays&id_size=0&id_state=0
Boleh la chek restoran mana yang ada sijil halal, produk mana dan rumah sembelih mana. Tapi yang ada sijil halal HDC saje la. Yang sijil halal negeri boleh terus menghubungi dewang. Satu lagi boleh chek di link ini:
http://e-halal.hdcglobal.com/directory/index.php?lang=BM
Ok, C-ya!
Alhamdulillah, hari ni boleh rilek sikit. Kelmarin sempat habiskan 2 kilang utk diaudit. kilang-kilang lain dah masuk ke Panel Meeting. Boleh la bernafas sikit hari ni. (Mesti ramai tak faham kan?) :D
Esok ada sedikit jamuan kat ofis. Sebagai setiausaha majlis berkenaan, saya taktau nak buat apa-apa! :D (jangan terkejut dengan hadiah-hadiah misteri ye!).
.........................................................................................................
Muhammad Adam, baru ni pegi Az-Zahra jumpe dokter-nye : Dr Nazim. Dr bagi dia cucuk 2 bulan. "weeeekkk", kejab je dia nangis, pastu tido. Esok tu jenuh la dok pujuk dia. Baru dia rasa kebas gamaknya.
Dr kata dia dah 3.9 Kgs. Dalam 2 bulan dia naik hampir2 2Kgs. Dr kata normal. Pipi dia pun dah nampak naik. Makin active pulak sekarang. Dah pandai merajuk bila mak dia nak keluar tak bawak dia :D
Yup, hari tu buat kenduri aqiqah Adam. Kepala dia pun dah cukur. Gambar tak dapat diupload lagi.
.........................................................................................................
Okeh. Jom lunch!