22 July 2008

Picture Day!

Salam!

Hari ni free sikit, so ambik masa nak upload beberapa gambar yg kami ambik semasa jaulah dalam sebulan dua ni. Tak semua, sikit saja.

..............................................................................................

Alexandria day!
-------------------------------------

Selepas seminggu balik dari Sinai, kami pun balik Tanta. Lagipon student-student medic nak dtg rumah ziarah sebelum dewang semua balik ke Malaysia. Kami sampai pagi di Tanta and dewang datang petang. Then, mama (nadiah) bagitau yg dia ada kirim Goodie bag melalui kawan abah (mertua). So, kami terus balik ke ke Cairo. Sebelum tu berjalan-jalan dulu di Alexandria bersama Rafiz and Fahimi. Best!. Then sebelah petang dapat berjumpa dengan Mat lanz, Ummi, Aisam, D and Mai di Muntazah. Sorry tak sempat post gambar kami suami-isteri sebab pic kami semua ada di dalam Hard Disk lain. Antara pic yg sempat di upload :


Suke dengan benda alah ni. Cantik! Benda ni ada kat Libry Alexandria. Banyak lagi yg pelik-pelik tapi banyak sgt nak upload. :P

Cak! Peace! ehehehe.... sempat lagi dia kacau budak tu nak solo ha.:P


. Smile . Think . Mad .



Batu yg tertulis diatasnya ayat suci Al-Quran dari kurun ke-6 Hijrah. Antara yg terawal ditulis.

. Sea . Feel . Story .
Laut Tengah di Iskandariah, Mesir.


Terer sungguh jurugambar ni. Lepas ni mun, kau kena ambik jurugambar ni keje dengan kau la!

Selepas berjumpa dengan geng Ummi di Alex, kami sama-sama mengambil kesempatan utk menghayati keindahan laut di Muntazah. Memang besh la!

Ini sahaja gambar alex yg sempat diupload. Then, sebelah malam kami balik ke Kaherah naik peugot sebab bas lambat and train dah habis (sebab lewat malam). Kami turun di Giza, naik van ke Ramsis and terus ke Sabeik. Letih tapi best. Keesokkan harinya kami pergi ke Le Passage Hotel utk berjumpa dengan kawan abah and ambik Goodie Bag. Thanks Mama and Abah! memang banyak dan Nadiah seronok sangat.


Our Goodie Bag!

......................................................................................................

Uncle Imtiaz Day!
-------------------

Selepas dapat bag, kami terus balik ke Tanta, Banyak benda tak settel di Tanta. Sewa, Internet, ikan dan lain-lain. Tapi, kami sempat duduk satu malam sahaja di Tanta sebab dapat call dari Uncle Imtiaz yg dia ada di Giza, Cairo and memerlukan kami segera utk bawak dewang berjalan-jalan disekitar Kaherah dan Alexandria. Beberapa bulan lepas dia penah datang tapi tak sempat ke banyak tempat sebab dewang demam dan tak tahan dengan keadaan dan makanan Mesir. So, esoknya kami terus balik Kaherah semula buat kali seterusnya. Semua org terkejut. Baru je balik semalam dah datang balik. ehehe..

Then, me and Nadiah sewa van dan terus ke Giza. Dewang ajak ke Pyramid dulu jadi kami bawak ke Pyramid. Dewang masuk ke dalam Pyramid. Tiketnya L.E 100 utk dewasa dan L.E 50 utk kanak-kanak. Kami memang tak masuk la kan.

Then bawak dewang ke Masjid Amru bin As, Maqam Imam Syafie dan Imam Waqi, Kubu Salahuddin Al Ayubi and Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha and last, Al Azhar Park. Semuanya atas permintaan dewang. Pada mulanya nak bawak 3 tempat sahaja sebab now kan summer, panas sangat. Then jem dari Giza ke DownTown. Maghrib pun jam 8 jadi panasnya "berpanjangan". Tapi dewang nak jugak berjalan. Tapi sempat sampai Azhar Park shj. Tempat-tempat lain yg di request tak dapat pergi sebab semua dah start muntah-muntah, pening dan demam. Beli makanan tapi dewang tak boleh makan. Then, pada malamnya Uncle Imtiaz call and bagitau dia suruh cancel semua program ke Alexandria dll sebab semua tak tahan dengan panas. Yes, memang dewang silap datang tengah-tengah summer!

Antara gambar yg ada :


Gambar ni diambil dari tingkap rumah yg Uncle Imtiaz duduk di Giza. Rumah dia ok. Besar. Cume takde talifon and AC.


Pyramid dari tingkap rumah Uncle Imtiaz.



Aunty Amar and family.

We.
.........................................................................


Fayyum Day!
---------------

Selepas bawak Uncle Imtiaz berjalan-jalan di Kaherah, kami rehat sekejab di Rumah Perlis. Lagipon Rumah Perlis dah hampir kosong sebab kebanyakkan student balik ke Malaysia. Jadi, kami rehat di sini sambil menemani kawan-kawan yg dah taktau nak buat apa kat Rumah Perlis. Then, geng-geng HEWI KPP (Akhawat Perlis) buat program jauhlah ke Fayyum, Egypt. Jadi kami pon join. Best jugak!. Dapat hadiah and dapat makan nasi lemak di Mata air Ain Sillin. Then beli mempelam (fayyum memang terkenal dengan mempelamnya). Then bergambar di Tasik Qarun, tengok kincik air yg berusia hampir 2000 tahun dan lain-lain. Kami tak sempat masuk ke istana dan air terjun sebab kena bayar L.E 17.50 dan tak ada apa pon kat situ. Lagipun panasnya boleh tahan!

Sedikit tentang Fayyum :

Nama Fayyum asalnya diambil dari perkataan Bayyum (dari zaman firaun) yg bermaksud danau atau air. Terletak lebih kurang 150Km dari selatan Kota Kaherah, bandar ini sangat terkenal dengan pertanianya yg subur termasuk magga atau mempelam. Dari kota inilah lahirnya peradapan Mesir kuno dan kota Menif (ibu negara pertama Mesir dizaman Firaun) berada di sebelah utaranya. Puncak kejayaan kota ini terjadi di zaman dinasti Firaun 3 dan 4. Selain itu, di fayyum juga terdapat Pyramid kecil iaitu pyramid Hawarah dan Lahun. Dan dikota inilah Allah s.w.t meneggelamkan Qarun bersama seluruh hartanya. Wallahu Alam.

Di Tasik Qarun. Yg ketiga terbesar di Mesir. Dengan kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat, tasik ini adalah sebahagian dari tasik Moris kuno yg pernah dikunjungi Herodotus pada tahun 450 SM. Keluasanya 18.900 henktar. Ditengah tasik ini terdapat pulau yg diberi nama Qam Al-Zahabi. Menurut lagenda yg masyur di daerah ini, tasik ini pada mulanya merupakan tempat istana Qarun dan seluruh hartanya yg kemudianya ditenggelamkan Allah s.w.t sehingga dinamakan Tasik Qarun.

Program Pesona Wanita ke Fayyum. Di belakang ialah Tasik Qarun.

Antara jejaka yg pergi bersama. Me as teman isteri, Ustaz Rafiz wakil exco KPP, Mukhlis menemani Umminya dan Razeman yg menemani isteri.


Geng-geng HEWI di kebun matahari di Fayyum, Mesir. Peace!!

Nak balik bukak kebun bunga matahari jugaklah! :P

Mata Air Ain Sillin. Mengikut apa yg tertulis di dinding mata air ni oleh beberapa saintis, mata air ni mempunyai calcium dan beberapa protien yg tak dapat kat tempat lain dan dikatakan dapat mengubat beberapa penyakit seperti darah tinggi tahap kritikal, sopak, penyakit kulit yg lain dan beberapa penyakit lagi. Wallahu A'lam. Ada ramai arab datang bawak botol untuk ambik air disini.

" thalatah bikilo, thalatah bikilo!! ". (L.e 3 sekilo.) kira ok la. (RM 1.50). Buah mempelam yg memang menjadi buah kegemaran arab dimusim panas.

Posted by Picasa

Di kincir angin lama.

Kincir Angin Al Sawaqi, salah satu bukti tingginya peradaban Mesir kuno yg dapat diketahui dari kemajuan pertanianya yg memanfaatkan hampir 200 kincir utk mengairi ke kawasan pertanian. Salah satu kincir yg masih kuat ini masih dapat dilihat sehingga sekarang di tengah kota Fayyum, Mesir.

Me and Rafiz.

Gambar yg sempat diambil dari salah satu jambatan Sungai Nil, Kaherah.

.......................................................................................................................

Asfour Crystal
---------------
Kelmarin pagi, Nadiah and friend ajak pegi Crystal Asfour di Shubra Khemah, kilang pembuat crystal yg ke- 2 terbesar di dunia selepas Austri. Pekerjanya lebih dari 10 ribu orang. Web : www.asfourcrystal.com


On the way ke kilang Asfour Crystal, kami naik tut-tut ataupun rekshaw (panggilan di Pakistan). Seronok la dewang. Boleh kata semua first time naik. ehehe...Syok la tu ustazah kecik tu. :P



Kereta kebal crystal.




Tasbih crystal.

Antara lampu crystal yg terdapat di showroom.

Ok, that all for today. InsyaAllah ada masa post lagi. Ni pon taktau lagi bila nak balik Tanta. Doakan utk kejayaan dalam peperiksaan lepas, Amin!

No comments: