09 July 2008

Cuti-cuti Mesir.

Sinai.
Dua minggu yang lepas, kami di"offer" kawan-kawan utk pergi berjalan-jalan di Semenanjung Sinai. Sebelum ni selalunya dewang buat time winter, tapi disebabkan ada beberapa student dari UK dan Ireland yang cuti dewang tak berapa lama, jadi dewang ajak pergi walaupun summer dah melepasi stage pertama. Lagipun, senang utk Cik Nadiah sebab ada 2 student perempuan UK yg ikut bersama. Lepas ni bukan senang dah nak pergi, nak kena tunggu winter then nak kena cari group student perempuan ataupon PakDam ( yg dah berkahwin) baru dapat pergi. Next winter pon belum tentu kami kat Mesir...
Jadi, kami setuju utk pergi bersama. Mart Lanz, Aisam (sebagai Tourism Guide) Ammu Ali (Driver) Waqi (UK) Fahmey (Ireland) Mai (Southampton) Diana (Manchester) dan kami berdua. Kami pegi naik wagon yg best jugak la. Ribut pasir di tengah jalan pon tak terasa. Pergh!

Semenanjung Sinai merupakan sebuah dataran yg seakan-akan sebuah pulau. Diapit oleh dua teluk, iaitu Suez dan jugak Aqabah. Keluasanya 61 ribu Km dan terbahagi kepada dua, Sinai Utara dan Sinai Selatan. Daerah Sinai ini memang terkenal dengan tempat sejarah dan jugak laut dalamnya yg sangat indah seperti taman laut Syarm al-Syekh, Thaba dan Aqabah.

Hampir seluruh Semenanjung Sinai ini merupakan padang pasir dan gunang-ganang batu dengan pemandangan yg cukup indah dan mengesankan. Selain itu, Sinai juga kaya dengan sejarah peperanganya. Hampir 15 kali Sinai pernah dijajah sejak zaman Mesir Kuno. Terakhir dilakukan oleh Israel, yg akhirnya berjaya dibebaskan oleh Mesir sewaktu perang October 1973.
Di Dataran ini juga lah pernah terjadi berbagai peristiwa kenabian. Dari kisah perjalanan Nabi Ibrahim a.s ke Syam, kisah Nabi Musa a.s yang berbicara dengan Tuhan di Lembah Suci Sinai (Wadi Muqaddas Thuwa - Surah Taha : 12) Juga kisah Bani Israel yang dihukum sesat di tanah gersang (Al-Maidah : 20-26 dan Al-Araf : 138-162) sehinggalah ke Maqam Nabi Salleh dan Nabi Harun (Alaihimas Salam) ada disana. Dan banyak lagi tepat-tempat sejarah para-para anbiya dan sejarah-sejarah islam yg terdapat di kawasan segitiga Sinai ini.

Selain dari kisah-kisah Anbiya di dataran Sinai ini, penaklukan Mesir yg dipimpin oleh Amru Bin Asr r.a juga melalui tempat ni. Disamping itu juga, Sinai dikatakan tempt suci bagi agama Islam, Kristian dan Yahudi kerana selain tersebut didalam Al-Quran, Old Testamon dan New Testamon juga mengisahkan tentang perjalanan Nabi Ibrahim a.s dan Keluarga Suci (Holy Family).

Sinai diambil dari nama Tuhan Mesir Kuno, SIN yg bererti "Tuhan Bulan". Kawasan segitiga sinai ini terletak di tempat yg sangat strategik dimana ianya menghubungkan dua benua, Benua Afrika dan Benua Asia serta menghubungkan dua laut, Laut Tengah (Mediterrenean Sea) dan Laut Merah (Red Sea). Seluruh wilayahnya dikelilingi laut kecuali sebelah timur yg bersempadan dengan Palastine.

Antara tempat sejarah di Sinai :

Telaga Musa : Sesetengahnya berpendapat ianya 12 mata air yg dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya tetapi yg lebih tepat ianya telaga yg mana Nabi Musa a.s bertemu dengan bakal isterinya kerana 12 mata air Nabi Musa terletak di satu tempat lain di kawasan Sinai.

Mata Air Nabi Yaakub : Dikatakan tempat dimana Nabi Yaakub berubat dengan air yg keluar dari tanah bagi menyembuhkan penyakitnya.

Mata Air Nabi Musa : Tempat 12 mata air yg keluar dari batu yg dipukul Nabi Musa a.s utk minuman Bani Israel sebagaimana yg dikisahkan dalam Al-Quran (Al Baqarah : 60).

Wadi Al-Arbain : Tempat pertemuan 40 Wali. Sesetengahnya mengatakan tempat pertemuan 40 Nabi. Terletak berhampirah Mata Air Musa di St Catherine.

Jabal Thur Sina dan St Catherine : Tempat suci di Sinai. Di lembah inilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah s.w.t ( Al A'raf : 142 -155). Kawasan ini terletak 2.500 meter dari permukaan laut menyebabkan tempatnya sangat sejuk sehingga kadang-kadang turun salji ketika dipuncak musim sejuk. Pendakian ke puncaknya mengambil masa 3 jam pendakian. Dilembah ini jugak dibangun sebuah biara yg diberi nama Saint Catherine, diambil dari nama salah seorang anak pemimpin Iskandariah yg memeluk agama Masihi sehingga didera akibatnya. Di sekitar kawasan ini jua terdapat Maqam Nabi Salleh, Maqam Nabi Harun, patung 'ijil (anak patung yg disembah Samiri dan pengikutnya ketika Nabi Musa a.s bermunajat dipuncak Jabal Thur Sinautk menerima wahyu/ Ten Commendment) dan juga pohon yg disebut dalam AlQuran sebagai Syajarah Mubarakah (Al-Mu'min : 20).

Thaba : Kota yg terletak di telok Aqabah. Disitu terletak Qal"ah atau Kubu Kuat peninggalan Salahuddin Al-Ayyubi. Berada di sempadan antara empat negara : Mesir, Israel, Jordan dan Saudi. Anda dapat melihat empat negara dari satu tempat. Lautnya sangat cantik dan jernih.

Disini juga terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yg menarik seperti Syam Al Syekh (yg menjadi tempat pertemuan antarabangsa dengan pemimpin Mesir) Ra'su Sidr, Ra'su Muhammad, Dahab dan lain-lain.

Gambar akan diupload kemudian. Sila lawati http://norllmaster.blogspot.com/ .

Sumber:

Panduan Ke Mesir dan Azhar oleh Keluarga Mahasiswa Aceh Mesir - KMA.
Al-Quran.

....................................................................................................................................

Cairo City.

Selepas balik dari Sinai, kami lepak kejab di Cairo City. Dah lama tak berjalan-jalan dikota Kaherah. And ada beberapa kerja yg perlu diselesaikan diKaherah. Jadi kami bermukim lebih kurang seminggu lebih sejak balik dari Sinai. Alhamdulillah, seronok!

Thanks to En.Rafiz yg hensem sebab bawak kami pegi Langgara, Indonesia utk makan Bakso. Ops! sebenarnya kami tak pegi pon indonesia, kami cuma pegi makan bakso di Restoran Langgara di Musallas, dekat dengan Hayyu Asyir. Kesedapannya hanya Tuhan sahaja yg tahu. Maklumla, first time try Bakso Indonesia di Mesir. Lepas je makan bakso di Restoran Langgara, kami terus pergi ke restoran indonesia yg berdekatan utk try sekali lagi bakso. Huyyo, memang tak cukup satu!

Sebelum pulang ke Tanta, kami pergi melawat Al-Azhar Park yg bersebelahan dengan University Al-Azhar, Kaherah. Rasa macam berada di sebuah pulau yg cantik yg tiba-tiba ada di tengah-tengah kota Kaherah. Memang cadangan yg terbaik bagi Al-Azhar yg menubuhkan taman yg sangat cantik ditengah-tengah kota. Sungai-sungai kecil dan kawasan yg segar memang sangat baik bagi melepaskan tension kesibukkan kota Kaherah. Dari bukit Al Azhar Park ni juga kita boleh melihat Kota Kaherah dari sebuah taman yg indah. Masuk LE 5 utk student. Thanks to Mr.Firdaus aka Peron yg membawak kami menjelajahi pergunungan Al-Azhar Park yg sgt cantik. ( Macam Azhar Park tu besar gile kan peron?) ehehe....

Perempuan kalau shopping...! Cik Nadiah dengan dua kawannya dari UK tgh pilih jubah sambil bermesyuarat macamana nak minta kurang dari pakcik penjual jubah. Pandai dah mintak kurang sendiri ek??



Lepak-lepak di AlAzhar Park. Gambar selebihnya akan diupload lain. Harap Maklum!

...........................................................................................................



Sekadar gambar hiasan. Gambar seorang pemuda melayu dengan kekasih arabnya sedang berduet ala Ayat-Ayat Cinta dihadapan Rumah Perlis. Kekasihnya ialah anak kepada bawwabah jiran kepada Rumah Perlis Kaherah. Harap Maklum.

Internet kat rumah buat hal bagi kali seterusnya. Dah hampir seminggu tak ada langsung internet dirumah. Jadi kami terpaksa datang cc utk menggunakan Internet. Jadi tak sempat nak upload banyak-banyak pic di cc.

Doakan kejayaan kami dunia dan akhirat. Amin!

1 comment:

Anonymous said...

Salam wbt

Ustaz, nk komen 1 je. gamba ayat2 cinta tu klaka.

n yg kedua, xdelah semue pompuan typical, tu bincang sbb xreti nk mtk kurang dlm bhs arab, kalau bhs melayu kejap je tu . *(boleh ke mcm tu - ayat kak nad . hehe )

okes, selamat, bittaufeeq fi imtihan ya~

Wslm