27 July 2007

Shukria Meherbani Karam...

Jamiatul Uloom Islamiah

Petang tadi hameed call. Thanks sebab walaupun dah hampir 3 tahun meninggalkan new town dewang masih ingat lagi kat aku. Thanks!

Memang sangat pelik bile dengar suare Hameed tadi. Memang tak sangka dia akan call. Ibrahim pun dah banyak kali call. Cume aku je yg tak penah call dewang. Teruk kan?

Bile cakap pasal Hameed dan New Town, kate hameed, semua memori datang balik. eheh...memang la. Kiteorg dah macam adik beradik. Susah senang bersame walaupun berlainan bangsa.
Rasenye lagi senang kot dari berkawan dengan org melayu. Rasenye la..eheh...

Selepas tamat pengajian Pakka selama hampir 2 tahun setengah (1997-1999) di Jamiah Darul Quran, cawangan kepada Baghwali Masjid Faisalabad, Pakistan, aku pun balik la msia.
Mase tu memang teruk la, macam baru kenal dunia. eheh..rase macam baru kaluar jail pun ade. Tapi alhamdulillah la dapat habis jugak Hafiz.Bukan senang woo nak habis pakka di
Darul Quran. Antara 12 budak yg datang 1 flight dengan aku mase mula masuk Darul Quran dulu, aku sorang je yang tamat. Yang lain semua berhenti. Tak tahan katenye..eheh..

Selepas habis di Faisalabad, ramai ajak masuk Raiwind. Tapi bile tgk keadaan rasenye aku tak sanggup sangat. Maklum la aku ni kan daif sket. And abah pun kata ok jugak kalau
masuk New Town di Karachi. And kebetulan Ali pun nak pindah Jamiah ke New Town. Sebelum ni Ali belajar di Jamiah Darul Uloom Faisalabad.

Jadi lepas bincang and buat plan, aku ali and naiz pun berpakat nak pegi New Town sekali. Memang takde mushrif, kire org kate "hentam" je. eheh...
Di airport kami jumpa dengan Adam kelantan, nasim dan beberapa budak yg bakal jadi classmate aku. Tapi mase tu tak kenal lagi dewang. Rupenye ade antara dewang senior New Town.
Memang rezeki kami la.

Ali tak dapat pergi sekali hari tu. dia delay flight sebab abg dia Umar ajak tido umah dia dulu. Masa tu Umar baru lepas kawen.

Masa kat Singapore, aku jumpa sorang pakistani yg nampak mcm org peshawar sket. Kulit putih mata kelabu. Siap bawak bekal lagi. tetibe semua budak2 salam dengan dia dan hormat dia.
Rupe-rupenye, itu Syekh Maulana Anwar Badakhshani. Naib Mudir Jamiatul Uloom New Town. Dia asal org rusia yg telah lama berhijrah ke pakistan. Dia bagaikan ayah aku semasa di New Town.
Sebab dia la aku dapat masuk New Town dan jasa belia sampai hari ni aku ingat. Dia sangat pakar dalam bidang Mantik, Fizik, Matematik dll. Orangnye suke senyum dan sangat sangat baik.
Aku tak penah tgk lagi dia naik angin atau marah2. Dia memang idola aku la..eheh..

Maulana Anwar tanya aku, mana aku nak pegi. Aku cakap la nak belajar di New Town karachi. Dia kata dia boleh kasi syafaat utk aku belajar (time tu masaalah visa, jadi kalau dapat syafaat
mudah la). Tapi katenye dengan 3 syarat. aku tak ingat yg pertama. yg kedua katenye naik flight dengan dia and memang aku naik flight dengan dia. ketiga katanya aku kena kasi dia makan
durian. tapi time tu aku tak bawak durian. Pastu dia gelak dia kate aku tokleh masuk New Town. ehehe....

Atas syafaat yg Maulana bagi kat aku, aku lineupkan nama kawan2 aku yg tak dapat masuk sebelum tu termasuk kekdin, najmi, nasuha, wah, syujaq dan banyak lagi. Secara Automatiknye semua dapat
masuk dan belajar di New Town. Shukran!

Belajar di New Town memang best.Senior2 atau "parana Sakhti" (dlm bahasa urdu) memang best2 termasuk abg kisaie, abg ilyas, morad, helmi, abg adli dan banyak lagi. Mehrbani kepada semua sebab
kasi tunjuk ajar masa di sana. Same jugak dengan kawan2 dari 40 negara yg lain mcm musab mozambique, songko, ahmad USA dan byk lagi.

Masa tahun 1-2 aku duduk sebilik dengan naiz, azmin, azam dan asad tajikistan. ada budak thai dan afrika yg lain. Then aku pindah duduk luar sebab tak best duduk asrama.

Banyak kenangan manis time duduk sana. Tapi yg paling best, Classmate aku la. dan yg paling rapat - hameed mulla (South Africa) Ibrahim (Mozambique) Mohammad (USA). yg lain2 pun rapat macam adil,
my boss abd karim somalia yg sekarang ni still kat djibouti. zack atau zakaria hanafi yg selalu senyum je memanjang. ehehe....

Bile boring2 aku pegi Tariq road. disana ada ad, nuzul, solah, abg yu dll. kat umah aku pun yg paling aku rapat dengan rifad la. dia memang baik dengan aku. Thanks rifad!
And time lain, aku banyak keluar dan borak dengan faiz xpdc dan nasuha. Nasuha now dah ke syiria. tah bile aku nak ke syiria pulak.hayya...

Aku keluar dari new town lepas Mufti Nizamuddin Syamzai Shahid. Aku emmang sedih sangat time tu. Keadaan Jamiah pun macam tak berapa ok. Visa pulak susah dapat. Jadi aku ambik keputusan utk
mengambara ketempat lain. Teringan nak cari pengalaman lain. Sebulan yg lps aku baru habis xzam akhir tahun di University Al Azhar Mesir.Now tengah tunggu result yg katenye next week akan keluar.

Tapi, walau kat mana pun belajar, kawan2 jangan la lupe. itu pesan Ustaz Atiq aku sebelum dia melarikan diri pada malam hari selepas dia mekhatam kan aku di darul Quran tahun 1999. eheh..
( aku jumpe balik ustat atiq masa ijtimaq di raiwind. dia dah bukak madrasah baru. bagusla!)

For all my friend...

"The most I can do for my friend is simply to be his friend. I have no wealth to bestow on him. If he knows that I am happy in loving him, he will want no other reward. Is not friendship divine in this?"

No comments: