07 June 2008

Ahla Kalaam...

Baba ketuk pintu rumah 2-3 hari lepas, lepas buke je pintu, baba (tuan rumah) dah naik atas (rumah dia). Jadi aku pun terus pegi rumah dia, maybe ade something important dia nak bagitau. Dia nak balik kampung ke, nak pegi jalan-jalan Alex ke semperna cuti sekolah ni atau dia nak bagi kami banglo sebijik bla bla bla... Macam-macam spekulasi la yg aku dan isteri buat.huhu.

Sampai kat atas, baba jemput masuk sambil tersenyum. Dia kata internet dah ada di seluruh kawasan SabarBay ni (budak melayu panggil CyberBay). Alhmdulillah, takde la susah-susah nak pegi cc nak call rumah ke, update blog atau chek email. And senang la bagi Madam Nadiah nak online sementara tengah have fun dalam ber"pantang". ehehe...:D

..................................

Minggu lepas, aku dan bro Azril pegi ke Masjid Ar Rahman Maarod setelah mendapat sms dari Ust Mat yg mengatakan ada org nak kasi zakat. Azril tak dapat sms tu, tapi aku ajak jugak pegi. Mana la tau kan. Dalam utubis@bas (korang kena belajar ni bahasa ammi ni, best!) bro azril kate : "dapat minyak sebotol pon jadi laaa..". Maklum la, sekarang kan zaman "jimat cermat jiwa selamat"!!

Sampai di Maarod, kami terus ke Masjid Ar Rahman, tempat Maidah Rahman utk budak luar. (Maidah Rahman ialah tempat berbuka puasa pada bulan Ramadhan secara percuma di kebanyakkan tepat di seluruh Mesir). Memang betul la apa yg kami teka, budak-budak Indonesia, Thailand dan Malaysia penuh dari dalam sampai ke luar Masjid macam org pegi semayang Jumaat. Semua dah tunggu siap. Mengikut kata seorang kawan, memang selalu baba ni kasi zakat kat budak-budak kita. Beberapa bulan lepas dia bagi buku, diari dan banyak lagi. Baiknye la ha. Bagi zakat kat budak yg belajar agama di perantauan. Org persendirian pulak tu. Dan bukan setakat budak Malaysia saje yg dapat, Thailand dengan Indon pon dapat. Dan aku rase dewang lagi ramai.

Selesai solat Isya, baba panggil budak-budak Thailand beratur dulu. Sekampit beras 5kg dengan minyak masak 1 liter. Setiap sorang dapat. Aku rasa semua dalam 500-600 budak. Tu pun ramai lagi yang tak datang.

Last sekali dia panggil budak-budak Malaysia. Seperti jangkaan bro Azril, sampai je kat line kami, beras habis. Maka, kami bawak balik minyak sebotol je la. eheh. Tapi alhamdulillah la. Minyak seliter kat sini paling murah pun dah Rm10 wo!

..........................................

Sekarang summer dah masuk sesi ke-2. Panasnye waktu siang diluar rumah boleh la tahan. Aku jarang keluar rumah tengahari kecuali ada kerja penting. Alhamdulillah, rumah kami sejuk sikit sebab ardiyah. Time malam di Tanta memang meriah la sekarang. Di "taman tengah jalan" penuh la family-family berkelah sampai ke subuh. Best! Kalau keluar malam-malam di pekan takde la nak takut-takut (bagi yg takut keluar malam-malam la). Ramai org kat luar. Siang semua duduk dalam rumah depan kipas/ac.

Ok then, nak buat kerje sikit.
Nanti blog lagi.

Ilal Liqa'!

2 comments:

Sofinee Harun said...

yeh..lawalah...eee...jelous..jelous..

Muhamad Elyas Harun said...

Ehehe..tak siap lagi. Dalam proses. nad la dok tolong buatkan. :D