28 May 2008

Missed Abortion..

Last night, Nadiah kena buat operation D+C (http://en.wikipedia.org/wiki/Dilation_and_curettage) sebab janin tak dapat membesar dalam sac (kantung). Sebelum ni Dr Sa'diah ada bagi kami pil Cytotex utk keluarkan janin (sebab janin terlalu kecil = 22x15x19 mm) tapi tak keluar habis. Selepas d+c alhamdulillah, semuanya ok. Harini Nadiah happy and ceria macam selalu, Alhamdulillah.

2 hari lepas, kami pegi buat Ultra Sound. Dr kate : A single not viable intrauterine gastational sac. Kami tak la faham sangat ape maknenye. Dr pon susah nak terangkan sebab english dia kurang sikit, but dia still try. Sebab dia nak terangkan utk Nadiah, so dia kena cakap english.

Dalam Ultra Sound report tulis, evidence of life : no pulsation. So we understand la. Semuanya Allah SWT dah rancang. Mungkin dia nak bagi yg lebih baik utk kami, Amin!

Thanks to Ust Anik, Ust Mat and Bro Azril yang datang tengah-tengah malam menemani kami di Tibah Hospital. Takde la rasa susah sangat. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik tuan-tuan, amin!

............................................

Dr Sa'diah, antara Dr arab yg best yg kami penah jumpe selepas Dr Duha. Walaupon bz and di luar waktu kerja, dia datang utk buat d+c utk Nadiah. Dia dah tempah
katil utk operation and wad. Masa kami sampai di Hospital, semua kawan-kawan dia dah tunggu. Semua seronok dan dewang semua layan Nadiah dengan baik. Hospital Tibah ni bestnya semua nurse dia pakai tudung labuh. Dr dia semua baik-baik, tak macam arab di Cairo (kebanyakkannya). Alhamdulillah, Semuanya berjalan dengan lancar.

And, orang yg paling best kami jumpe kat Hospital Tibah ialah Mama Huda, mak kepada Akhi Ahmad. Ahmad datang dengan mak dia ke Hospital sebab tangan dia patah. Dewang kena buat operatian. Ahmad nampak relak je sedangkan aku ni yg penin memikirkan ape yg Dr buat kat Nadiah di dalam bilik Opt. Mama Huda lepas tahu yg nadiah tgh buat d+c, terus nak masuk bilik opt nak pegi tgk, tapi Dr tak bagi masuk. Then dia terus turun bawah (dari tingat 5) pegi kedai and belikan jus kotak yg sangat banyak utk kami. Dia doakan utk kami banyak-banyak dan suruh semua org kat luar tu doa sama-sama. Aku pon Confuse...:) Sedangkan D+c tu bukan ade ape sangat pon.

Then, lepas Nadiah selesai, dia tolong bawakkan Nadiah ke Wad. Masa tu memang nadiah tak sedar ape pun. Mata terbukak, bile panggil nama tak tau. Silap tak bawak camre :p

Then, lepas rest semua, Mama Huda turun tgk anak dia then dia naik atas balik utk tgk Nadiah. Dia sangat-sangat happy tgk nadiah dah senyum and ok. Terus dia keluarkan duit keping L.E 100 and bagi kat kami suruh kami beli daging and ayam banyak-banyak utk bagi Nadiah makan. Memang terharu tatau nak cakap. Makin bertambah happy dia bile Nadiah panggil dia Mama...

...........................................

Alhamdulillah, kami bersyukur atas apa yg Allah Swt tetap kan utk kami. Lagipon, ini first pregnancy kami. Ada banyak sangat hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ketentuanNya. Cuma diatas kita utk mencari Hikmah dariNya...






....................................

Last xzam hari Sabtu ni. Madah/Subject Fikh Syafie. Harap-harap dapat jawab dengan mudah dan terang. Bab Nazar dan Jihad-Fil-Islam yg paling perlu ditumpukan. Doakan utk kami..

Baba kata next month akan ada internet di rumah kami. Insya Allah nanti post lagi.

Wassalam.

No comments: