15 February 2008

Me, Nadiah and Tanta.

Dah lama tak update blog. Sejak 7 days sebelum kahwin. Termasuk harini, now we dah 2 bulan berkahwin. Alhamdulillah segalanya perfect. Thanks to everyone yg telah banyak membantu sejak sebelum kami kahwin sampai ke hari ni. Syukran Jazilan!

Now saya dan isteri saya tinggal di Sabar Bay, Tanta Al-Gharbiyah, Egypt. Rumah kami betul2 berdepan dengan pintu masuk Al-Azhar di sini. Senang la nak pegi kuliah. Rumah alhamdulillah ok. Sepatutnya dapat rumah dekat rumah Azril tapi arab buat hal taknak kuar. Tapi alhamdulillah la dapat rumah yg tak seberapa besar tapi ok la bagi kami dua. Nak kemas pun senang. And alhamdulillah we happy.

Selalu la kami jalan2 tanta. Kadang2 pegi alex dan kaherah. Lain rase dari mase bujang dulu. Kawan2, cepat2 la ye! eheh..

Nak di pendekkan cerita, kami akad nikah pada 15 Disember 2007. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Thanks tu all family yg datang dan membantu. Tak dapat nak digambarkan macamana gembiranya lepas akad...

Then kenduri di Dewan Perbadanan Putrajaya pada 16 Disember 2007. Memang tak terfikir langsung yg dewan tu begitu besar dan cantik. 1000 org dalam satu masa. Terima kasih yg tak terhingga kepada Mama and Abah (mertua), Pak njang n family, pakcik n family, paktam and family, Paksu (2-2 sekali)Pakteh makteh, kak lang dan semua keluarga yg terlibat.Thanks to azizi yg datang dan kepada semua yg dtg dan kasi hadiah. Syukria!

17 Disember 2007, kami terus pegi ke Langkawi, honeymoon. Seronok sangat sangat sangat! Thanks to mama and abah yg kasi pakej kat kami. Memang seronok sangat!

21 Disember 2007, kami balik ke perlis dari langkawi utk sambut kemduri di perlis pulak. 22 Disember kenduri. Thanks to Abah, mama,kakopin abg jamal, safiyah mahadi, nah and friend,Makteh yan yg jadi supervisor utk kenduri, makcik suzi and family, chop, semua saudara mara dan kawan2 abah yg datang tolong. Thanks to all!

24 Disember 2007, kami balik KL. Kami cuma bye-bye mama di Beseri saja. Kami naik flight dari penang terus ke KLIA.

31 Disember 2007, Kami terbang ke Mesir. Thanks to abah mama yg datang hantar kami masuk sampai ke dalam. Thanks to all family from Pahang yg datang menghantar. To Hawa and Shah, thanks to da flag! ehehe...

Now, kami di Tanta. And alhamduillah, semuanya perfect. Doakan kami bahagia abadan abada.

Tak dapat nak tulis panjang2 sebab kami ada di cc. Internet di seluruh mesir ada masaalah utk 1 bulan so kami terpaksa tunggu internet di rumah kami ok hingga 2/3 weeks lagi.

Sori sebab tak dapat post gambar lagi. InsyaAllah nanti internet dah ok kami post pic. Disini ada beberapa gambar akad nikah yg sempat di upload.

http://picasaweb.google.com/norllmaster/AkadNikah151207

Ok. Dah nak masuk maghrib. Winter tak habis lagi. Nanti blog lagi.
Wassalam!

07 December 2007

7 Days To Go!

Takutnyeee! ehehe...

Lagi 7 hari lagi nak sampai ke hari yg dinanti2. Buat masa sekarang alhadulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Bilik pengantin dah siap 70%. Wallpaper dah aku lekatkan, ekon katil meja dan lain2 semua dah ada. Tadi baru lepas beli rolling utk keten bilik. Baju pengantin esok baru nak ambik. songkok esok nak beli. Lembu tadi che mid dah bagi duit. Ustaz Mat Said kata nak bagi sekor lagi. Shukran banyak2!

Kakopin dengan abg jamal pun dah balik. Nah ada di perlis. Boleh la tolong temankan aku buat keje sikit. Pasal facial ni aku pun taktau la kena buat ke tak. Tgk semuanya girl je yg buat :p aku kene ke? komen pls!

Hari isnin 10hb Dis nak pegi KL dah. And lepas tu memang bz dah la. Aku tak sabar nak jumpa anak2 buah aku. Aku pon takot jugak la nak menghadapi 15hb nanti. Sape2 takde petua ke? :P

Tadi Hadi msg bagitau yg xza di kaherah start 5hb. Takhaluf 26hb disember. Di Tanta tatau la, tapi selalunye di tanta awal. Harap sempat la nak ambik xzam nanti...

Sori to nadiah n mun sebab terlambat sket bayaran fotograpy...

Nak tgk cite Senario jab.

02 December 2007

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan.

Saya dengan sagala hormatnya menjemput semua kawan-kawan, blogger dan pembaca ke majlis perkahwinan saya pada :

Hari Sabtu 22hb Disember 2007. Hari raya ke 3 kalau tak silap.

Bertempat di Dataran Madrasah Miftahul Hidayah, Kilometer 11.6, Jalan Kaki Bukit (Dari Kangar ke Padang besar) 02400 Beseri Perlis.

Datang la bawak keluarga sekali. Majlis bermula jam 1230 tgh hingga 530 ptg. Kepada karkun2, bawak sleeping bag sekali sebab malam tu malam markaz!

Untuk pengetahun, majlis akad nikah saya pada 15 Disember 2007 di Putrajaya. 16 Disember kenduri di Putrajaya holding, Putrajaya. (sebelah perempuan).

Untuk pertanyaan lanjut dan no talifon, boleh tanya di chatbox sebelah atau email atau ym! di yehmaster@yahoo.com.

Lepas ni sibuk dah nak buat persiapan, jadi maybe takde mase sangat utk nak post blog. Harap sampaikan kepada semua rakan2 berkenaan majlis ini.

Kepada manager2 di Pling-pling, jangan potong jauh2 sangat ek, kesiannn la kat org yg tak dapat nak tukar player ni. huh...:p

Doakan kebahagiaan saya dan bakal isteri.
Wassalam.

P/S : kami bertolak ke Mesir pada 28 Disember jam 2 pagi dan sampai di Cairo Int Airport jam 11 pagi 29Hb.

Welcome Disember, goodbye bujang times...



Walking Disaster by Sum 41.
...........................................

Hari ini, 1 disember, antara hari-hari terakhir hidup aku di zaman bujang. Selepas lebih dari 25 tahun hidup sebagai lelaki bujang yang tau nak happy je. Bile teringat balik ape yg aku dah buat dalam 25 tahun ni,nak tegelak pon ade.ehehe. Tambah2 bile cerita di sekolah dulu, di madrasah, di negara org, di tempat org dll. Banyak cerita hitam putih ade. Colourfull pon ade. Dan macam-macam cerita bagi seorang yg belum berkahwin. Lepas ni dah tak boleh dah nak happy macam zaman dulu. Happy lepas kawen happy lain. Happy bersama. 4ever insyaAllah...:P

Aku rasa, dah byk aku buat utk sampai ke hari ni. Start dari aku belajar di Tadika TDG, Seri indra Kangar, SSAT jitra, SRAZ pulau nyor, Yala, MTALA jitra, Ihya Ulumudin langgar and pendang, Darul Quran Faisalabad Pakistan, Jamiatul uloom islamiah Karachi pakistan, MINDA sungai petani sampai la sekarang di Azhar Tanta, Egypt. Aku pon taktau ape yg aku belajar. Rasenye bende yg same je. Yg banyak aku dapat cume pengalaman je.huhu...

Masa di Pakistan dulu, susang senang sorang2. Nak bagitau kawan-kawan pon susah. Takut jadi gunting dalam lipatan. Thanks kepada kawan-kawan yg membantu masa susah senang dulu. Masa masuk hospital dulu (tah berapa kali). Masa kesempitan hidup dan lain2. Maklum la, keluarga jauh. Dulu nak sms pon bukanye senang. Nak call lagi2 la. Kate ustat, dia lah bapa kite. ape2 masaalah bagitau kat dia... Senang la dia cakap kan, hari2 dia pukul kite, takkan nak bagitau masaalah kat dia pulak kan, lagi la kena pukul :p.

Tu la antara resam hidup belajar hafiz di Pakistan. Dah la kite cakap pon kadang2 dia tak faham. Sakit patah tangan pun kena masuk belajar. Demam lagi2 la. Aku pun tak ingat, dalam 3 tahun kat faisalabad, hari ape yg aku tak kena rotan. ehehe...

Tak penah la aku cerita kat org bab ni, sebab taknak org sangka buruk kepada ustaz yg mengajar hafiz. Tapi bende ni terjadi di beberapa negara saje. Macam di tempat kite tak byk yg macam tu, alhamdulillah. Bukanya perlu sangat rotan org hari2 disebabkan hafal quran..

Aku teringat lagi, aku tak penah pun pakai kasut selipar kat Faizalabad. Sebab dah biasa ikut org sana. Sampaikan mufti pon marah sebab tak pakai selipar. Bila ingat2 balik, memang teruk keadaan aku time tu. Bahasa melayu dah jadi bahasa ke2 aku time tu (now pon aku tak berapa fasih, abah selalu suruh baca buku melayu sebab nak elokkan balik bacaan aku, heh!)

Dalam 8 org yg pegi sekali dengan aku time tu, aku sorang je yg tamat hafiz disitu. yg lain semuanya lari, sebab tak tahan. Aku pon tak tahan. Hanya Tuhan je yg tahu derita aku time tu, tapi alhamdulillah, last2 aku fariq (tamat dalam bahasa urdu) jugak...

Hidup di negara org, makan makanan diaorg, kena buli dengan diaorg, kena pukul, denda, cuci pinggan dengan air dan tanah, berdiri tengah malam musim sejuk sambil baca 2 juz dalam 4 rakaat, bangun seawal 2 jam sebelum subuh sambil menghafal dan kena rotan, belajar lebih dari 18 jam sehari dll semuanya dah jadi asam garam. dah berapa tahun hidup dalam keadaan macam tu.

Alhamdulillah, lepas tamat di Faisalabad, Aku terbukak minda nak belajar di Karachi. Belajar Alim (theology). Dalam 5 tahun di karachi, minda aku mula terbuka pada dunia luar. Banyak yg aku belajar. Banyak tempat yg aku pegi. Banyak kenangan yg aku dapat. dan di situ jugak la aku mula berkenalan dengan bakal isteri aku, heh! lamenyee!

............................

Mule berkenalan dalam mirc pada 2001 kalau tak silap, lepas raya puasa. Maklum la, keje budak2 time2 boring kat sana berchatting la. Internet Cafe tu dah macam rumah ke 2 utk semua student melepaskan tensyen. Dan termasuk dalam org2 yg nak lepas tensyen tu, aku la. :P

Masuk cc, full. Biase la, hujung minggu. Ade sorang kawan dia baru nak kuar, dia suruh masuk tempat dia. Tetibe, ade sorang awek msg dia, tanye "ingat saye lagi tak?"
(aku tak pasti perkataan sebenar yg girl tu tanye :p). Kwn aku yg baru nak kuar tu pulak, disebab kan beribu awek chatting yg dia ade, dia tak ingat ni awek dia yg keberape ke atau kawan biase je, so dia suruh aku sambung chat sebab dia kena balik cepat. Aku pon duduk la..

Aku yg baru duduk, menyamar sebagai kawan aku tadi. Chat punye la lame, bergelak ketawa, bersenda gurau dan lain2. ehehe...jangan mawah ye! :p

Last2, aku pun nak kuar, aku bagitau kat dia perkara sebenar. Memang teruk la aku kena marah. termasuk yg marah tu, budak2 chat yg lain. tah sebab ape. Aku seronok je. Dah memang kacau org keje aku time tu. :P

Aku tak ingat what happen lepas tu, tapi lepas tu aku dan girl tu selalu chat.:p

16 september 06, kiteorg bertunang. and now, tinggal lagi 2 weeks sebelum hari perkahwinan kami. Are you ready? ehehe...

Ops, dah azan asar. Nanti sambung balik. Chow!