25 July 2008

Natijah

Kelmarin, kami (me n Nadiah) pegi Maktab Tansik (pejabat pengurusan pelajar University Al-Azhar) di kuliah Hayyu Sadis bersama akhawat-akhawat Perlis. Kawan-kawan cakap dah keluar di Maktab Tansik walaupon belum sampai di Tanta. Pada mulanya taknak tgk sebab takut nak tgk (boleh ke macam tu? - kata-kata cik Nadiah) eheh. Tapi dah semua nak pegi tgk, kire join sekali la.

Sampai di Maktab Tansik, ramai arab yg sedang mendaftarkan diri utk masuk Azhar. Ada 2-3 org budak melayu yg tengah tunggu kat pintu, tapi dewang macam tak dapat tgk je natijah. Geng-geng Akhawat suruh tanya, natijah budak-budak pompuan kat mana. Dia kata kat atas, tingkat tiga. Dewang pon naik. Kami tunggu dibawah.

Mula-mula tanya arab, nak tgk natijah. Tapi arab tu kata pukul 3. Leceh jugak la. Bawab pon macam tak boleh harap je. Kalau tak L.e 3 pon, mesti dia mintak L.e 5. Ceh.. sape la ajar dewang ni ambik-ambik duit nih. huh..

Then, lepas tgk semua akhawat tgk natijah, rasa macam tak puas hati pulak. Suruh Nadiah tunggu jab dengan dewang, try utk mencuba masuk ke pejabat pelajar. Sampai kat bawah, tgk bawab pegi mane tah, terus masuk jumpa shuun. Bagitau kata nak tgk natijah. Baik je dia. Terus dia suruh org bawah dia chekkan. " Khamsah da'ik" katanya. (5 minit).

Ramai budak kena halau dek bawab, tapi ana sorang je yg diberi "kebebasan" menunggu. Lastly, yg chek tu panggil. Dia bukak buku besar yg tertulis didepannya Kuliah Syariah Islamiah Far' Tanta Al Gharbiah. Berdebar-debar nih!

Terus dia cari Raqam Julus no 1338. Tertulis nama : Muhamad Elyas Harun Haj Ibrahim (dalam bahasa arab la :P ). Semua subject tahun akhir tertera kat sebelah nama. Ada yg muntaz, jayyid jiddan, jayyid and maqbul. Tapi ada 2 subject yg ditulis dengan pen merah...

Usul Fikh and Bahasa Arab. Dua subject yg "tasfiah" dan dibenarkan ambik pada September ni. Yg membuktikan plan dan doa sebelum berkahwin di Maqbulkan Tuhan. Alhamdulillah...

Macam Nadiah kata : " kenapa la doa kasi tasfiah, kalau doa kasi pas semua mesti di Maqbulkan". eheh.. Tu la, apalaa suami awak ni kan? ehehe..

Yg penting, tak rosib (fail). Insya-Allah, akan sedaya upaya utk menajahkan final xzam September nanti, Amin!

Seronok, memang seronok sangat la. Memang sebelum kahwin haritu pk, kalau kahwin hujung tahun nanti dah lambat utk ambik xzam di Mesir. Memang masa sem pertama, masa terlalu sempit sebab kami hanya dapat rumah seminggu sebelum xzam. Buku pon dapat baca 2/3 hari sebelum xzam. Ditambah pulak dengan bebanan kerja visa yg dah nak mati time tu. Memang fit. Tapi Alhamdulillah, berkat doa dari semua, Allah swt permudahkan utk kami. Doakan ana pas xzam Tasfiah nanti, Amin!

Ops, ada satu lagi. Natijah yg keluar di Maktab Tansik belum lagi 100% tepat. Sebab kebanyakkan student dapat lain result apabila dewang tgk di kuliah. Sebab bila dah sampai balik di kuliah, kadang-kadang ustaz bagi markah lebih. Maybe disebabkan ada subject-subject yg tinggi dan dapat memberi syafaat kepada madah-madah lain.

Harapan ana, bila result keluar dikuliah nanti, harap Ustaz beri sedikit syafaat utk 2 subject utk final nanti. Dan dengan itu, boleh la terus buat kenduri. Tak payah tunggu lepas xzam september nanti, Amin! :D

.......................................................................................................

Plan :

Mengikut plan, xzam Tasfiah pada September (Ramadhan). Result maybe keluar pada October dan kemungkinan juga Convo akan dibuat pada October (lepas raya). Insya-Allah. Then, Sijil Asliah Azhar (sijil original dari university Al-Azhar) akan keluar pada Febuari atau Mac 2009.

Dengan sijil asliah ni, boleh la nak mintak kerja dimana-mana di Malaysia atau luar. Sijil ni memang lambat sikit. Boleh kalau nak balik sebelum sijil asliah (original) keluar, tapi susah sikit la kalau nak mintak student atau kawan-kawan buatkan urusan utk ambik sijil utk kita walaupon boleh. Banyak urusan kena buat sebab takut orang lain ambik sijil kita dan menyalahgunakan sijil kita, jadi azhar ketatkan la sikit. Ramai student-student yg ada masaalah bila mintak kawan-kawan uruskan. Maklumla, dewang pon sibuk dengan study dan xzam, jadi kadang-kadang lambat atau tersilap borang dan lain-lain. Jadi, ingat nak tunggu sampai Sijil Asliah keluar. Balik dengan selesai semua kerja dan urusan di Azhar dan Mesir. Tak payah nak buat urusan lain.

Ini plan setakat sekarang. Belum ada lagi plan lain. Dimasa hadapan, hanya Allah swt yg tahu apa yg bakal dihadapi. " La ya'lamul ghaiba illa hu"... Kita hanya merancang. Dan harap dimaqbulkan, Amin.
...................................................................................................


Thanks to kakopin (my sis) yg buat web family kita (Hj Abdullah Family). Memang seronok sangat bila semua adik-beradik dapat syer dalam satu site. Dapat berjumpa dengan semua dan bersembang, tgk gambar-gambar lama pasal family, kenal satu sama lain yg kadang-kadang taktau anak sapa binti sapa dan saudara sapa. Dapat syer cerita yg seronok-seronok dan macam-macam lagi. Memang seronok sangat...!!

To ayahchik and sapa-sapa yg selalu online, selalu la update story pasal family atau pon upload gambar. Seronok sangat nak dengar cerita dari semua!

Yeh sekarang ada di Cairo, and insyaAllah 2/3 hari lagi nak balik ke Tanta. Internet dirumah pun ada problem lagi dan berharap dapat selesai bila balik nanti. InsyaAllah nanti bila dah boleh guna internet, harap dapat upload picture lama-lama yg yeh sempat scan masa di Beseri dulu.

Ok, nak kena pegi mengajar kuliah Bahasa Arab. InsyaAllah nanti ada masa yeh sambung lain.
Wassalam!

No comments: