15 September 2008

Lord Of Ramadhan.



Lord Of Ramadhan from Cotu. A song which has english, turkish, german and arabic lyrics. I really like this song. Thanks!

Ramadhan di Tanta Egypt, seperti hari-hari ramadhan yang lepas. Kebanyakkan masjid ketika solat subuh agak ramai dari hari biasa. Macam di masjid kami, budak-budak pun datang ke masjid time subuh. Oleh kerana malam yg tak berapa panjang (disebabkan musim panas) ditambah pulak dengan cuti sekolah (tak lama lagi nak bukak dah) jadi kebanyakkanya tak tido malam sampai ke sahur. Jadi selepas sahur semua boleh datang solat berjamaah di masjid. Best kan?

Baru-baru ni kami keluar ke bandar Tanta utk mencari Fanoos (lampu ramadhan bagi orang arab mesir, gambarnya ada di post yg lepas). Memang teringin sangatnak beli bawak balik ke Malaysia. Tak kisah la walaupun kecik, tapi kenangan kan. Nak bawak balik yg besar memang tak muat la. Kalau di hotel-hotel atau kedai-kedai selalunya dewang letak lampu yg lebih besar dari kami berdua!

(Gambar tak dapat nak diupload disebabkan masaalah internet yg "taktau-kenapa-jadi-begitu". ) ehehe.

Satu kedai ke satu kedai kami pegi cari lampu fanoos di sekitar Tanta sampai la ke mane tah yg kami sampai. Tapi, rupe-rupenye fanoos ni hanya dijual sebelum ramadhan sahaja. Dan paling last dewang jual pun sampai 10 ramadhan sahaja. Now, tak ada walau satu kedai pun yang jual fanoss di Tanta ni. Tensyen jugak la kan. :(

Ade la yg jual pelita yg kecik dan cantik. Di perbuat dari besi tembaga. Yg original la katakan. Tak boleh letak lampu, cuma lilin je (kata pelita kan). Harganya? satu tu LE50. Memang mahal melampau la kan. Tu pun kecik je, besar tapak tangan je. Hiks!
Kat hussain pun jual LE 25 tau!

Last-last balik dengan tangan kosong. Rasanya di Hussain (Cairo) ada lagi kot fanoos lebih-lebih. Tempat tu tempat pelancong, selalunya ada lampu-lampu macam tu. Memang la mahal sikit, tapi situ je yg ade. Bile tanya arab kat Tanta ni mana boleh dapat? dia kata : " sanah gai insyaAllah ". ( Tahun depan dengan izin Allah! ). huh!

........................................................................

Hari ni tak berapa sihat sikit. Demam dan selsema. Maybe sebab pertukaran musim. Sekarang pun takde la panas sangat. Kami pun keluar rumah petang atau lepas tarawikh saja.

Bazar-bazar di Tanta pun semakin rancak bulan ramadhan ni. Kedai-kedai di sekeliling Masjid Badawi yg menjadi tumpuan penduduk Tanta ni memang penuh sesak. Baju-baju utk sambut Aidil fitri, kasut-kasut utk anak-anak, coklate-coklate yg berkilo-kilo (kalau kat tempat kita, kita buat kuih raya. Kat sini coklate, manisan dan gula-gula ni la kuih raya dewang) dan macam-macam lagi makanan dijual ditepi-tepi dan tengah-tengah jalan. Memang betul-betul tengah-tengah sampaikan orangnak berjalan kena berjalan di tepi jalan. :P

Bila time nak berbuka, ramai la yg jual air tamarhind dan sobia. 2 kaler air ni je yg selalunya dijual di bulan puasa ni dengan berleluasa. kale lain tu, ada tapi tak banyak. Macam kat tempat kami ni (syariah) memang penuh la orang membeli kat pakcik jual air tu. Kaya la pakcik tu.

Mama atas rumah kami ni pun baik. dibaginye ayam, kurma, beras, gula, kuih manisan dan lain-lain. Best sungguh berjiran dengan mama ni. yumyum.

Kami, macam biasa. Selalu pk nak masak apa hari ni utk berbuka. Kalau kat Malaysia, ada 30 hari ramadhan, ada 300 jenis lauk pauk boleh pilih nak makan. Kat sini takde choice. Kena mencuba resepi baru baru ada kelainan. Kat kedai luar ada makanan tuuuu je. eheh.

Bagi pelajar Malaysia Indonesia Thailand, kat sini ada Maidah Rahman utk mereka. Maidah Rahman adalah tempat orang-orang arab yg budiman menjamu mereka yg ingin berbuka puasa. Pendek kata makan free la. Baik sungguh arab ni ye. Yg di Tanta ni selalu dia bagi zakat kat pelajar-pelajar asia ni. Berapa banyak la pahala dia dapat. Bestnye..

Setakat sekarang kami tak pegi lagi. Dengar kata ada ayam panggang. Kadang-kadang ikan dan daging. Siap boleh tambah. InsyaAllah nanti free kami pegi.

...............................................................

Lastly, thanks to bro cotu dengan lagunya yg best. Jom kite tgk konsert dewang kat Frankfurt.

1 comment:

Anonymous said...

elehh kunun cantik aa tuh hehehehe