28 May 2008

Missed Abortion..

Last night, Nadiah kena buat operation D+C (http://en.wikipedia.org/wiki/Dilation_and_curettage) sebab janin tak dapat membesar dalam sac (kantung). Sebelum ni Dr Sa'diah ada bagi kami pil Cytotex utk keluarkan janin (sebab janin terlalu kecil = 22x15x19 mm) tapi tak keluar habis. Selepas d+c alhamdulillah, semuanya ok. Harini Nadiah happy and ceria macam selalu, Alhamdulillah.

2 hari lepas, kami pegi buat Ultra Sound. Dr kate : A single not viable intrauterine gastational sac. Kami tak la faham sangat ape maknenye. Dr pon susah nak terangkan sebab english dia kurang sikit, but dia still try. Sebab dia nak terangkan utk Nadiah, so dia kena cakap english.

Dalam Ultra Sound report tulis, evidence of life : no pulsation. So we understand la. Semuanya Allah SWT dah rancang. Mungkin dia nak bagi yg lebih baik utk kami, Amin!

Thanks to Ust Anik, Ust Mat and Bro Azril yang datang tengah-tengah malam menemani kami di Tibah Hospital. Takde la rasa susah sangat. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik tuan-tuan, amin!

............................................

Dr Sa'diah, antara Dr arab yg best yg kami penah jumpe selepas Dr Duha. Walaupon bz and di luar waktu kerja, dia datang utk buat d+c utk Nadiah. Dia dah tempah
katil utk operation and wad. Masa kami sampai di Hospital, semua kawan-kawan dia dah tunggu. Semua seronok dan dewang semua layan Nadiah dengan baik. Hospital Tibah ni bestnya semua nurse dia pakai tudung labuh. Dr dia semua baik-baik, tak macam arab di Cairo (kebanyakkannya). Alhamdulillah, Semuanya berjalan dengan lancar.

And, orang yg paling best kami jumpe kat Hospital Tibah ialah Mama Huda, mak kepada Akhi Ahmad. Ahmad datang dengan mak dia ke Hospital sebab tangan dia patah. Dewang kena buat operatian. Ahmad nampak relak je sedangkan aku ni yg penin memikirkan ape yg Dr buat kat Nadiah di dalam bilik Opt. Mama Huda lepas tahu yg nadiah tgh buat d+c, terus nak masuk bilik opt nak pegi tgk, tapi Dr tak bagi masuk. Then dia terus turun bawah (dari tingat 5) pegi kedai and belikan jus kotak yg sangat banyak utk kami. Dia doakan utk kami banyak-banyak dan suruh semua org kat luar tu doa sama-sama. Aku pon Confuse...:) Sedangkan D+c tu bukan ade ape sangat pon.

Then, lepas Nadiah selesai, dia tolong bawakkan Nadiah ke Wad. Masa tu memang nadiah tak sedar ape pun. Mata terbukak, bile panggil nama tak tau. Silap tak bawak camre :p

Then, lepas rest semua, Mama Huda turun tgk anak dia then dia naik atas balik utk tgk Nadiah. Dia sangat-sangat happy tgk nadiah dah senyum and ok. Terus dia keluarkan duit keping L.E 100 and bagi kat kami suruh kami beli daging and ayam banyak-banyak utk bagi Nadiah makan. Memang terharu tatau nak cakap. Makin bertambah happy dia bile Nadiah panggil dia Mama...

...........................................

Alhamdulillah, kami bersyukur atas apa yg Allah Swt tetap kan utk kami. Lagipon, ini first pregnancy kami. Ada banyak sangat hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ketentuanNya. Cuma diatas kita utk mencari Hikmah dariNya...






....................................

Last xzam hari Sabtu ni. Madah/Subject Fikh Syafie. Harap-harap dapat jawab dengan mudah dan terang. Bab Nazar dan Jihad-Fil-Islam yg paling perlu ditumpukan. Doakan utk kami..

Baba kata next month akan ada internet di rumah kami. Insya Allah nanti post lagi.

Wassalam.

18 May 2008

HAPPY BIRTHDAY!!

Happy birthday buat isteri tersayang. Semoga apa yg dipinta dimakbulkanNya..amin!

------
Alfatihah utk Allahyarham ayah kepada YDP KPP, Zainureen.

14 May 2008

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Kami baru balik dari Cairo 2 hari yang lepas. Bawak Kak Minah shopping utk rumah baru dia di Shah Alam.

Kak Minah hanya duduk 3 hari di Cairo, jadi tak sempat sangat nak beli barang lain. Hanya sempat beli beberapa barang di Asfur Crystal, batu and silver di Khan Al Khalili dan beberapa helai jubah di Geneena Mall.

Shipping pun tak sempat diuruskan segera sebab Kak Minah cuma ada 2 hari di Cairo. Tambahan pulak semua syarikat cargo yg yg berurusan dengan student kita semuanya tak dapat hantar sebelum ogos. And student yg buat cargo pon tengah xzam. Jadi lebih senang anak Kak Minah, Amar, akan bawak balik barang tu Ogos nanti InsyaAllah...

Terima Kasih yg tak terhingga kepada Encik Rafiz dan Encik Aisam yg walaupun tengah2 xzam pon sempat nak bantu kami. Uruskan bab rumah, uruskan bab kad kena telan dek atm dan lain-lain. Mintak maap noo...!! Ana doakan kita semua pas dengan cemerlang imtihan nanti InsyaAllah! (Nanti mai rumah kami buat nasi kabsah) ehehe...

............................................................

And yes, Alhamdulillah, kami baru saje mendapat tahu yg Nadiah pregnant last week. Punye la hepi sampai tatau nak cakap. Terus kiteorg (termasuk Azril) pegi Mu'min (one of best restaurant in Egypt, yg ala-ala macd tapi lagi best) lepas buat blood test di Lab Al Mukhtabar. Pekerja kat lab tu pun semuanya nampak hepi. bestnye kan?

Now, nadiah dah kena jaga banyak bende seperti yg diketahui oleh orang-orang yg pregnant. Dr Duha, dr kami, suruh datang after 2 weeks selepas tak nampak lagi baby dalam scan. Kecik lagi tu. Dalam internet kate setengah dari huruf ni -> " O ". Memang kecik la kan?

Alhamdulillah, setakat sekarang semuanya berjalan lancar. Harapan kami, semoga Allah Swt permudahkan perjalanan hidup kami dan keluarga kami, dunia dan akhirat selamanya. Amin..

..............................................................

03 May 2008

May 2008




Pic of da day. Location : SabayBay St, Tanta Egypt.

Dah hampir 5 bulan rupenye sejak kami melangsungkan hari perkahwinan, tapi dia punye tempias-tempias tu still ade lagi. Sejuk seram seronok semua ada.Video kahwin pon tengok sikit-sikit je. huhu..

Alhamdulillah, hari ni dapat upload sikit lagi picture masa kenduri hari tu yg ramai suruh upload. Nanti chek kat picasaweb ok!

Semalam Nadiah buatkan Arabian Kabsah atau Nasi Kabsah, nasi arab yg ala-ala nasi biryani Pakistan. Hai, untung la aku ha, nasi pakistan boleh, arab pon boleh. Lepas ni nasi negara mana pulak dia nak buat. yumyumyum!

........................

Utk perhatian kawan-kawan yg tak dapat lagi jadual xzam Syariah Tahun 4, xzam start 17hb. Aku ambik 2 subject je. Last subject utk aku pada 31hb. Jadual xzam tak dapat tulis kat sini sebab tetinggal kat rumah. Tasbiah pada 7 September kalau tak silap. Semua xzam start jam 10 pagi. Get ready no! Hp tak boleh bawak macam dulu.

Aku ingat nanti nak buat study group dengan shidin, sapa-sapa nak join boleh saja! lagi best!

.......................

Chop, you punya gambar-gambar hensem banyakkk. Nanti la i uploadkan sebab internet kat rumah buat hal. Buat bisnes elok-elok, nanti boleh terbang datang Mesir. Pesanan utk awak :




Ok, Chow dulu. Make doa for Us!