27 April 2008

Assalamualaikum Wrbt.

Tadi pakwan call, tanya ikan kami apa khabar. Dia kata ikan dia sekor mati sebab dia tertumpahkan syampu ke dalam balang ikan dia! (Gulp!)

Kami ada jiran baru, dewang duduk atas rumah Azril (rumah yg sepatutnya kami dapat, tapi sebab arab yg duduk sebelum ni taknak keluar jadi kami cari rumah lain). Azril kata budak2 tu dari Shubro, dewang dapat kuliah Quran Tanta. Lepas ni ada la geng nak tgk and main bola!

Baru ni ada jumpa dengan Ahmed, budak yg baru buat bisnes internet dikawasan kami. Dah tanya dia, macamana kalau kami nak pasang internet di rumah? tapi dia pulak ada problem dengan Baba (tuan rumah) kami. Dia call baba and tah ape yg dewang bergaduh. Last2 baba suruh ishtirak (syer) dengan modem baba. Tatau la bile lagi internet nak masuk ke Sabar Bay ni...

(tak dapat nak upload pic lagi kat cc ni..huh)
............................

(Bola jab..)
Thanks to x-club aku, Chelsea yg berjaya menyamakan kedudukan di tangga teratas Premier League. Walaupun Arsenal dah takde harapan nak dapat Liga and Champions League, kaulah satu2nya harapan utk menghalang ManU dari terus menduduki takhta liga musim ini. Go Chelsea go!

And to Henry, pls bring Barca to da final CL. Jangan la kasi can kat "Shayateen Ahmar"! (kate komentor ART Sport). Mush mumkin ya habibi!

.............................

Kami berjaya menanam serai (susah woo nak tanam serai di negara padang pasir ni!) Memang tumbuh elok. Thanks to bibik yg bagi tips!

Exzam tak lama lagi, kuliah usulluddin dah dapat jadual xzam. Syariah tah bile nak kuar. Dewang start 18 May. Tak lama lagi la kan.

Jam Mesir dah tukar ke satu jam ke depan pada Jumaat lepas (Kelmarin). And jam akan bertukar pulak pada 7 September yg menandakan permulaan musim sejuk. Sekarang dah start panas. Rumah kami alhamdulillah tak la panas seperti kat luar. Sebab rumah ardiyah. Tanta pon hari ni ok. Takde la panas sangat. 24 siang 17 malam. Di Aswan dah sampai 38!

(Sape2 ade english sub fr kung fu dunk?!)

.......................................

Sorry sangatla kepada Hawa and Shah yg tengah buat persiapan utk kejinjang pelamin sebab kami takde nak bantu-bantu korang. Dulu masa kenduri kami korang la yg banyak membantu. Nanti jangan lupe send gambar kat kami no!

Ok.Doa utk kami!
Chow!

No comments: