02 December 2007

Welcome Disember, goodbye bujang times...



Walking Disaster by Sum 41.
...........................................

Hari ini, 1 disember, antara hari-hari terakhir hidup aku di zaman bujang. Selepas lebih dari 25 tahun hidup sebagai lelaki bujang yang tau nak happy je. Bile teringat balik ape yg aku dah buat dalam 25 tahun ni,nak tegelak pon ade.ehehe. Tambah2 bile cerita di sekolah dulu, di madrasah, di negara org, di tempat org dll. Banyak cerita hitam putih ade. Colourfull pon ade. Dan macam-macam cerita bagi seorang yg belum berkahwin. Lepas ni dah tak boleh dah nak happy macam zaman dulu. Happy lepas kawen happy lain. Happy bersama. 4ever insyaAllah...:P

Aku rasa, dah byk aku buat utk sampai ke hari ni. Start dari aku belajar di Tadika TDG, Seri indra Kangar, SSAT jitra, SRAZ pulau nyor, Yala, MTALA jitra, Ihya Ulumudin langgar and pendang, Darul Quran Faisalabad Pakistan, Jamiatul uloom islamiah Karachi pakistan, MINDA sungai petani sampai la sekarang di Azhar Tanta, Egypt. Aku pon taktau ape yg aku belajar. Rasenye bende yg same je. Yg banyak aku dapat cume pengalaman je.huhu...

Masa di Pakistan dulu, susang senang sorang2. Nak bagitau kawan-kawan pon susah. Takut jadi gunting dalam lipatan. Thanks kepada kawan-kawan yg membantu masa susah senang dulu. Masa masuk hospital dulu (tah berapa kali). Masa kesempitan hidup dan lain2. Maklum la, keluarga jauh. Dulu nak sms pon bukanye senang. Nak call lagi2 la. Kate ustat, dia lah bapa kite. ape2 masaalah bagitau kat dia... Senang la dia cakap kan, hari2 dia pukul kite, takkan nak bagitau masaalah kat dia pulak kan, lagi la kena pukul :p.

Tu la antara resam hidup belajar hafiz di Pakistan. Dah la kite cakap pon kadang2 dia tak faham. Sakit patah tangan pun kena masuk belajar. Demam lagi2 la. Aku pun tak ingat, dalam 3 tahun kat faisalabad, hari ape yg aku tak kena rotan. ehehe...

Tak penah la aku cerita kat org bab ni, sebab taknak org sangka buruk kepada ustaz yg mengajar hafiz. Tapi bende ni terjadi di beberapa negara saje. Macam di tempat kite tak byk yg macam tu, alhamdulillah. Bukanya perlu sangat rotan org hari2 disebabkan hafal quran..

Aku teringat lagi, aku tak penah pun pakai kasut selipar kat Faizalabad. Sebab dah biasa ikut org sana. Sampaikan mufti pon marah sebab tak pakai selipar. Bila ingat2 balik, memang teruk keadaan aku time tu. Bahasa melayu dah jadi bahasa ke2 aku time tu (now pon aku tak berapa fasih, abah selalu suruh baca buku melayu sebab nak elokkan balik bacaan aku, heh!)

Dalam 8 org yg pegi sekali dengan aku time tu, aku sorang je yg tamat hafiz disitu. yg lain semuanya lari, sebab tak tahan. Aku pon tak tahan. Hanya Tuhan je yg tahu derita aku time tu, tapi alhamdulillah, last2 aku fariq (tamat dalam bahasa urdu) jugak...

Hidup di negara org, makan makanan diaorg, kena buli dengan diaorg, kena pukul, denda, cuci pinggan dengan air dan tanah, berdiri tengah malam musim sejuk sambil baca 2 juz dalam 4 rakaat, bangun seawal 2 jam sebelum subuh sambil menghafal dan kena rotan, belajar lebih dari 18 jam sehari dll semuanya dah jadi asam garam. dah berapa tahun hidup dalam keadaan macam tu.

Alhamdulillah, lepas tamat di Faisalabad, Aku terbukak minda nak belajar di Karachi. Belajar Alim (theology). Dalam 5 tahun di karachi, minda aku mula terbuka pada dunia luar. Banyak yg aku belajar. Banyak tempat yg aku pegi. Banyak kenangan yg aku dapat. dan di situ jugak la aku mula berkenalan dengan bakal isteri aku, heh! lamenyee!

............................

Mule berkenalan dalam mirc pada 2001 kalau tak silap, lepas raya puasa. Maklum la, keje budak2 time2 boring kat sana berchatting la. Internet Cafe tu dah macam rumah ke 2 utk semua student melepaskan tensyen. Dan termasuk dalam org2 yg nak lepas tensyen tu, aku la. :P

Masuk cc, full. Biase la, hujung minggu. Ade sorang kawan dia baru nak kuar, dia suruh masuk tempat dia. Tetibe, ade sorang awek msg dia, tanye "ingat saye lagi tak?"
(aku tak pasti perkataan sebenar yg girl tu tanye :p). Kwn aku yg baru nak kuar tu pulak, disebab kan beribu awek chatting yg dia ade, dia tak ingat ni awek dia yg keberape ke atau kawan biase je, so dia suruh aku sambung chat sebab dia kena balik cepat. Aku pon duduk la..

Aku yg baru duduk, menyamar sebagai kawan aku tadi. Chat punye la lame, bergelak ketawa, bersenda gurau dan lain2. ehehe...jangan mawah ye! :p

Last2, aku pun nak kuar, aku bagitau kat dia perkara sebenar. Memang teruk la aku kena marah. termasuk yg marah tu, budak2 chat yg lain. tah sebab ape. Aku seronok je. Dah memang kacau org keje aku time tu. :P

Aku tak ingat what happen lepas tu, tapi lepas tu aku dan girl tu selalu chat.:p

16 september 06, kiteorg bertunang. and now, tinggal lagi 2 weeks sebelum hari perkahwinan kami. Are you ready? ehehe...

Ops, dah azan asar. Nanti sambung balik. Chow!

No comments: