17 November 2007



charge ipod gune bawang?

Hari ni pegi memanggil. Pegi rumah untie dahlia, then ke rumah tokyam. Lepas jumaat pegi rumah makcik ani then ke rumah kakna izaly. Pastu pegi rumah paktam nak hantar kad yg tak cukup ( utk family belah penang). Ei tgk dah hitam sikit sebab buat kerja pasang lampu isyarat dekat sekolah sains. Ptg tadi dia repair speker Masjid Alwi yg buat hal time khutbah jumaat. Sape2 pon tak dapat dengar khutbah sebab mic rosak.

Pagi tadi pegi bawak hantar jemaah terengganu 40 hari dari Masjid Batu Bertangkup ke Masjid Felda Chuping. Ramai dewang, dekat 15 org.

Lepas maghrib tadi, Dr Firdaus yg kena bayan malam markaz takde, balik kampung. Syura pulak semua takde, jadi dewang putuskan aku yg separuh nyawa letih ni. Sibbaik ada wan yusof tolong. tengkyu! Bukanye apa, imam maghrib isyak and hayatus sahabah semua aku control. Jadi bagi la kat org lain pulak kan. :P

Now tengah pk bisnes ape yg baik nak wat kat mesir dalam masa setahun disana. Paling pertama dalam kepala, bisnes evoiz yg aku buat sebelum ni. Tak banyak sgt la untungnya, tapi bole la. Student hari2 guna evoiz. Kat Tanta pun dah berkurangan org guna evoiz. Jadi ingat lepas balik sana boleh la start balik bisnes evoiz. Sekurang2nye ade jugak la pendapatan sampingan buat sementara waktu kan.

Nak buat bisnes lain boleh, nak kena servey dulu. Ingat nak wat bisnes jual tiket penerbangan, tapi nak wat betul2 kena tanya org lebih pengalaman. Sebab tiket pun tak banyak org beli, time cuti je la org beli. Tapi nanti nak try tanya paktam atau lain2. Cume susahnye nak kena ulang alik cairo-tanta. Paham2 la kat sana call pun mahal. Ade ke seminit 1.50 Le hingga 0.30 le seminit.

Masa aku balik dari Mesir baru2 ni, aku timbang kat rumah maktih. 48kg berat aku. Biase je. Sejak duduk Pakistan badan aku ni memang 45 - 49 je. Ade sekali la naik sket time sakit dulu. tu je. Then time pegi kl lagi sekali dengan mama, try timbang sekali lagi kat umah makteh. 55kg. First time dalam hidup aku naik sampai 55 kg. ehehe. Then, tadi pegi rumah maktam, lepas solat asar, tgk ade penimbang berat. Try la timbang. 57kg. Tu pun tak makan nasi dari pagi, cume kuih2 saje. Kalau makan nasi tatau la. eheh...

Mengikut berat dan tinggi aku, 50 - 60 kire sihat dan ideal la. Tak gemok tak kurus. So ok la kan. Cume masaalah perut la kedepan sket. lepas ni pandai2 la. harap2 muat la baju bile nak fitting nanti. :P

Sebelum ni aku tgk tv and movies online di sopcast. takyah download and senang. nak tgk bola live, hbo, series drama macam prison break semua nya ada. Tapi tadi ada jumpa satu site lagi yg ada movies online terbaru. Macam yg aku tgh tgk sekarang SAW 4. ni link dia http://www.onlinecinema.org/watch/429/Saw-IV/1

Gambar dia wayang la sebab baru lagi kuar. Maybe after dvd dia kuar elok la. Tapi kalau nak elok kena tunggu axxo kuarkan. Baru cun!

Thanks to arsenal sebab still on top of liga. Lepas ni teruk sket la sebab Captain aku, Febregas tak dapat turun padang. then si cech pulak injurt. leceh la. Tapi takpe, buat sekadar yg mampu. nanti kat mesir sempat lagi kot nak naik liga. ehehe...

Penin jugak la nak masuk ke alam baru ni. banyak bende kena pk 2,3,4 10 kali. Setakat sekarang alhamdulillah semua berjalan lancar. Now nak tanya cik yusop kot2 dia teringin nak jadi pengapit, kalau tak nak kena mintak cik nadiah carikan sorang. Khemah maybe 4 atau 5. Then maktih nak meja bulat utk tetamu VIP. Pakdan pun tak jemput lagi. Wallpaper tak siap lagi. katil tak ambik lagi. mama kate takpe, lambat lagi. Ok. No problem.

Terberenti sebab baje blog nad yg lame2. Nak cari cerita pasal kiteorg dulu mase mude2 di alam percintaan. ehehe...

Chow!

1 comment:

Anonymous said...

huiyoh..layout baruu..
prnin dulu peninn