06 July 2007



Baru 2 minggu xzam habis. Dengar2 kata result pon dah nak keluar.

Lepas balik dari Alex dengan azril, aku kemas rumah yg dah hampir 2 bulan tak kemas sbb xzam. ehehe..biase la, org bujang. Ada bdk rumah ambik keputusan yg terlalu singkat utk pindah rumah dan tak sempat nak cari budak lain dan tak kasi duit bulanan backup walaupun dia dah kate nak kasi. Last2 dia blk msia gitu je..ade ke patut wat camtu kat kwn..teruk2.. Aku pulak ddk sorang rumah, memang aku kena settelkan semua la...nak kena cari bdk baru nak ddk, nak cari duit utk cover sewa utk bdk tu, byr sewa, internet dll...memang menakutkan..biase la yeh, ikhlaskan niat, tunaikan hak tanpa menuntut hak, cewah!

( hepi-hepi geram..ehehe)

Minggu ni kemas rumah, basuh baju, basuh bilik air/mandi, dapur, ruang tamu and bilik. Hadri and Zul dah ambik keputusan nak duduk balik rumah ni. Sibbaik la jumpe dewang, kalau tak susah la nak cari budak baru time2 ni.

Sekarang summer, siang memang panas la. nak jalan pun pk 2 3 kali. mau pitam tengah2 panas jalan. malam2 best la kuar tambah2 malam minggu. so buat masa sekarang ingat nak lepak Tanta dulu settelkan apa yg patut sementara tunggu result sebab dengar kate result tak lama lagi. Cepat2 la kuar, x sabar nak blah dah ni. eheh...

Teringat dulu masa di Pakistan, memang seronok duduk sana. Walaupun keadaan sana tak se "baik" Mesir. Tapi org2 sana lebih menghormati org kita dari org Arab Mesir. Di Pakistan org luar dianggap tetamu. Dilayan dengan baik. Mudah berkawan walaupun kadang2 kena tipu. ( Mesir pun banyak jugak kaki kelentong ni) eheh..

Lain dengan di Mesir. Tak banyak org melayu berkawan dengan Arab. Kalau kate org melayu nak buat summer camp dengan arab lagi2 la susah walaupun ade. Arab sini lebih menghormati org lain dari Melayu. Mcm kate budak2 : " kita ni mcm bangla kat Msia la.." eheh..

Di Pakistan, kami boleh buat summer camp dengan org paki, pegi merata2. My bestfriend Ibrahim Sayani contohnya, memang seorang yg baik walaupun org memon ( org memon bagi org Hindustan dewang ni sgt2 kedekut, diakui oleh org memon sendiri). Ibrahim lebih kepada org melayu. Hameed jugak (gudjrati wala) dll...

Aku jugak terkesan dengan keadaan disini. tak byk arab yg aku kawan baik. Dewang macam tak kisah dengan org melayu. Maybe sebab terlalu ramai melayu. Tambah2 bila dewang cakap "H**** B***" ehehe...teruk la arab ni. Dewang ingat org melayu ni duduk kat dalam hutan mcm yg dewang tgk kat iklan Visit Malaysia di tv. aparaa...

Penah ada ustaz arab tanya " kamu xde kwn arab ke? kenape? " eheh...sepatutnye dia kena tanya org dia sendiri kenapa org melayu taknak kawan dengan org arab sangat...

Ada org arab yg baik, yg perangai ala2 melayu sikit, maksud aku baik dan sopan. Macam hassan dan waad. dewang ok je.

Ape aku nak cite sebenarnye ni?eheh...

Aku seronok duduk Pakistan walaupun dah 7 tahun kat sana. Keadaan sana lebih teruk dari Mesir. Kalau summer dan winter lebih teruk dari Mesir. Yg seronoknya tu sebab kawan. Kawan2 yg duduk di Pakistan jauh berbeza dengan kawan2 di Mesir. Di Pakistan, kawan lebih penting. Susah la kalau jumpa melayu tengah jalan tak tegur. bukan setakat melayu, thailand dan indon pon dah macam adik beradik sendiri.

Lain disini, semua sendiri2. dlm bahasa urdu kate " apna-apna" eheh..same2 ddk rumah, tapi yg tolong bayar duit rumah aku. sama2 makan tapi yg basuh pinggan/ dapur aku. sama2 guna toilet tapi yg basuh aku. pastu bile time pindah rumah tak kasitau sape2 pun..kuar senyap2 duit tak bayar lari balik msia..ehehe...

Patut la sampai ada kes kena tetak sampai 16 kali dengan 3 bilah pisau di sini, kena bakar sampai mati dll..hayya!

Penah aku jalan2 kat Cairo dengan abg jamal. Kami tegur ustaz yg jalan2, kami bagi salam tapi semua buat derk je...penah jugak abg jamal nak sembang dengan driver melayu, tapi dia buat derk je..

Byk jgk ustaz2 yg baik. "Byk" nya tu sebab mesir ade lebih dari 3000 student Malaysia.

Tapi alhamdulillah, dpt jugak dtg Mesir menambah ilmu di Universiti terawal dan tertua di dunia.
Then, dapat berjalan2 di tempat2 sejarah disini. dapat belajar banyak. jugak dapat buat Umrah dengan family.
Rasanya, walaupun duduk di Mesir setahun lebih, tapi lebih banyak pengalaman dan memori yg rasanya lebih dari setahun. Tunang, pas xzam, umrah, sinai, matruh siwa dll..thanks to all...

Now dah final year, and tunggu masa saja. byk lagi kerja lain nak dtg. Sama2 la doa no!

Thanks to Nadiah for ebriting!

Love and Doa.

yehMaster @ alFarlisy





Posted by Picasa

1 comment:

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada. If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).