06 August 2006

Assalamualaikum

Salam sejahtera semua buat member2. Kepada kawan yang najah, tahniah ana ucapkan. Kepada yg tak mampu, teruskan perjuangan. "Semangat Perjuangan Harmoni" kata XPDC.ehehehe....

Disini aku nak umumkan kepada kawan-kawan semua yang aku akan bertunang dengan bakal tunang aku (semestinyela kan) yg aku kenal hampir 5 tahun dulu. Majlis yg teristimewa itu akan diadakan di Putrajaya tanpa aku pada hari Sabtu, 16 September 2006. Kalau tak silap 16hb tu aku atas kapal dalam perjalanan utk menunaikan Umrah.ehehe...

Terima kasih yg tak terhingga kepada Cik Nadiah Azharuddin kerana sudi mengikat tali pertunangan dengan Encik Master Muhamad Elyas Harun. ehehe...dan terima kasih jugak kepada semua keluarga yg sudi menerima kami berdua sebagai bakal pasangan hidup.Doakan kami.( Love and Doa )ehehe...

Dewang sekarang tengah sibuk utk buat persiapan majlis. Kate hijau kan? ehehe..sape tah kate dulu nak jadi "badak ijau" ehehe...

Mama pun nampak hepi sangat. Mesti bising habis satu Kangar lepas ni. Aku pun turut hepi sangat. Harap ebriting ok. Taktau la sempat ke tak nak belikan hadiah utk pertunangan nanti. Harap ada org yg sanggup bawak balik barang aku nanti.

Aku mungkin takde buat kenduri ape-ape kat mesir. Maybe cume belanja kawan-kawan atas kapal je nanti. ehehe...cume mintak korang doa-doakan la utk aku ek. Aku niat nak habiskan Tahun 4 ni tahun depan. Lepas tu boleh balik kerja dan kahwin. Kalau ada rezeki 2008 nak sambung M.A. Umur pun dah meningkat kan. Member-member lain pon banyak yg dah kahwin macam ali, man indon, solah, nawi, Ibrahim dan ramai lagi. Bukanya apa, sekurang-kurangnye setengah agama dah dapat, dan setengah masaalah dah selesai. ehehe...ulama yg kate tu..ehehe...jadi kawan-kawan yg mane dah masuk waktu tu, cepat-cepatkan lah ek...ehehe...

Ok, cik nadiah dah masuk. nanti aku tulis lain.

Salammm!!!

No comments: