21 August 2006

Assalamualaikum..

Letih dan hitam dah jadi aku..ehehe...rase macam budak kampung changloon..;-P

XPDC aku bersama geng-geng KPP dalam EMAS 06 ke Matruh dan Siwa memang best. Walaupun ade banyak bende yg kurang tapi bagi aku, semuanya best-best. Thanks kepada Mat Lan dan adhoc2.

Gambar-gambar masih tak sempat lagi aku nak upload. Insya-Allah nanti sempat aku upload.

XPDC Matruh Siwa 2006 :

First Day :
Naik Bas di Rumah Perlis Cairo pukul 1 pagi dan sampai di Matruh lebih kurang 8am. Lebih kurang 8 jam + dengan solat subuh dan rest di perhentian. Memang mula2 masuk Matruh memang terkejut la dengan pantai dia yg cantik sangat-sangat.Lepas letak bag dalam hotel, terus blah pegi mandi. Memang best. Sempat lagi kami naik kapal kayuh ramai2. 17LE je sejam. syer 6 org. kire ok la tuh kan?

Lepas makan and solat zohor semua, start bertolak ke Cleopatra Beach. Memang best. Pantai dia cantik sangat. elok sangat utk berPosing. ehehe..disitu ada Hamam Cleopatra atau tempat mandi dia.hayya..pelik2 laa Firaun zaman dulu ni.

Assalamualaikum..

14 August 2006

Assalamualaikum

Well..

Hari ni kat Cairo, Malam ni nak bertolak ke Matruh Siwa, Sempadan dengan Libya. Kalau korang nak tau kat mane boleh chek dalam Google Earth. Pegi merehatkan minda dan fikiran sambil beseronok-seronok! ewah!.

Teringat aku waktu aku dengan geng2 kelas aku dan budak2 rumah kedah dan newtown buat xpdc ke Qadani, Swat dan Minora ( Pakistan ). Best gile! ni rase macam nak pegi balik Qadani. ehehe...ramain kawan2, best sikit. Harap lepas ni takde tensyen2 dah. Lepas ni bertunang dan pegi umrah, then sediakan diri utk kelas dan study. Kena bagi dapat Mumtaz utk Final Xzam ni. What matter hepen. ehehe..Semangat!!

Tadi baru lepas cakap dengan safiyah (adik aku). Lama tak borak dengan dia, banyak cerita dia. Mama dengan abah pegi Hattyai honeymoon. Safiyah kata mama seronok sangat sebab aku nak bertunang, ehehe. its ok. aku memang seronok jugak. sekurang-kurangnye dah ada ikatan. takyah pikir dah bab tu kan? ehehe...

Kata safiyah hantaran semua makteh yg buatkan. Makteh memang terer bab-bab tu. Kak Norjismah (Hakim Negeri Perlis) dah tukar duduk Putrajaya. Elok sangat la mama bawak dia. Nanti Uncle Azharuddin mesti suke. eheh..

Kata safiyah lagi, Uncle Nazri (Bendahari Negeri Perlis dulu, sekarang jadi bendahari bagi Negeri Pulau Pinang) akan ikut sekali. Uncle Nazri akan bercakap bagi pihak aku. Bestnye! Haji Nazri memang terer bab-bab ni. ehehe...Thanks Haji Nazri!!

Aku ok saje bab-bab kenduri ke ape ke. Sebab semua org rumah buatkan. Janji, lepas ni dah ada ikatan dengan Cik Nadiah. Alhamdulillah. Doakan semoga kami bahagia!

Seronok la dewang buat majlis pertunangan aku di Putrajaya 16hb nanti. Aku sendiri maybe atas kapal ke Mekah time tu.ehehe..ape2 pon. Thansk for ebrione!!

Ok, nanti aku tulis lain la kot. Nanti lepas balik dari Matruh Siwa aku akan add pic di yehmaster.fotopages.com. Jumpe lagi!!

C-Ya!!!

10 August 2006

assalamualaikum

Hari ni ada di Tanta. Esok nak mulakan perjalanan ke Kaherah utk bayar duit Matruh Siwa dan selesaikan masaalah Umrah. Harap kakopin masukkan cepat2 duit utk ke Umrah tu.

Banyak kerje lagi tak selesai. 14hb ni nak pegi Matruh Siwa lepas tensyen. Summer ni memang panas utk jalan2. Tapi kalau dah seronok panas pun takpe ek. kate ade pantai. ehehe..nanti korang boleh la tgk pic aku di yehmaster.fotopages.com atau klik kat sebelah tu.ok!

Ape2 doakan aku ek. Dah nak betunang ni.ehehe...

Ok , Chow dulu.
Love n Doa.

06 August 2006

Assalamualaikum

Salam sejahtera semua buat member2. Kepada kawan yang najah, tahniah ana ucapkan. Kepada yg tak mampu, teruskan perjuangan. "Semangat Perjuangan Harmoni" kata XPDC.ehehehe....

Disini aku nak umumkan kepada kawan-kawan semua yang aku akan bertunang dengan bakal tunang aku (semestinyela kan) yg aku kenal hampir 5 tahun dulu. Majlis yg teristimewa itu akan diadakan di Putrajaya tanpa aku pada hari Sabtu, 16 September 2006. Kalau tak silap 16hb tu aku atas kapal dalam perjalanan utk menunaikan Umrah.ehehe...

Terima kasih yg tak terhingga kepada Cik Nadiah Azharuddin kerana sudi mengikat tali pertunangan dengan Encik Master Muhamad Elyas Harun. ehehe...dan terima kasih jugak kepada semua keluarga yg sudi menerima kami berdua sebagai bakal pasangan hidup.Doakan kami.( Love and Doa )ehehe...

Dewang sekarang tengah sibuk utk buat persiapan majlis. Kate hijau kan? ehehe..sape tah kate dulu nak jadi "badak ijau" ehehe...

Mama pun nampak hepi sangat. Mesti bising habis satu Kangar lepas ni. Aku pun turut hepi sangat. Harap ebriting ok. Taktau la sempat ke tak nak belikan hadiah utk pertunangan nanti. Harap ada org yg sanggup bawak balik barang aku nanti.

Aku mungkin takde buat kenduri ape-ape kat mesir. Maybe cume belanja kawan-kawan atas kapal je nanti. ehehe...cume mintak korang doa-doakan la utk aku ek. Aku niat nak habiskan Tahun 4 ni tahun depan. Lepas tu boleh balik kerja dan kahwin. Kalau ada rezeki 2008 nak sambung M.A. Umur pun dah meningkat kan. Member-member lain pon banyak yg dah kahwin macam ali, man indon, solah, nawi, Ibrahim dan ramai lagi. Bukanya apa, sekurang-kurangnye setengah agama dah dapat, dan setengah masaalah dah selesai. ehehe...ulama yg kate tu..ehehe...jadi kawan-kawan yg mane dah masuk waktu tu, cepat-cepatkan lah ek...ehehe...

Ok, cik nadiah dah masuk. nanti aku tulis lain.

Salammm!!!

01 August 2006

Assalamualaikum!!

Hari ni hari paling best sejak aku sampai ke Egypt. Teringat yg Nadiah suruh tuliskan dalam blog. Thanks!

Kemarin (30 Julai 2006) Result untuk xzam Tahun 3 aku dah keluar. Alhamdulillah aku najah!!(Pas!!). Bukan senang woo, sebab mase tengok result tu di kuliah, tgk ramai yg rasib(fail). Nasib baik celah-celah tu aku pas jugak. Budak bawah dan atas aku pun fail. Ada member yg sampai bawak 10 madah (subject)!!. Berkat doa dari semua, Alahmdulillah.

Yang paling bestnye aku dapat Mumtaz (Perfect) dalam subject B.I aku!! ehehe..Pastu dapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) dalam Quran. 2 subject lagi (Hadith and Fikh) aku dapat jayyid (Baik).5 subject lagi maqbul dan 2 lagi (usul and lughah) aku rasib. But its ok sebab aku dapat masuk tahun akhir jugak. ehehee....

Malam sebelum aku tengok result memang takut sangat sebab dengar kate ade budak sampai 8 madah (subject) sangkut. Ada kawan aku sampai 10. Ramai pulak tu. Pastu aku teringat yg Syujaq penah buat nazar kambeng seko masa di newtown dulu kalau dia dapat jayyid jiddan. Dan dia dapat!. So, aku pun nazar jugak la. ehehe...

Shidin kena jalan kaki dari kuliah samnpai rumah ditengahari musim panas sebab dia nazar macam tu kalau pas. ehehe...cayala kau shidin!! Kan aku dah kate, kau kene jalan balik rumah jugak shidin!!eheheh...dia pun fail subject usul dan lughah jugak macam aku. kate study sekali. ehehe...

Ada 3 nazar yg aku buat...

1- Belanja housemate KFC.
2- Puase isnin and kamis (minggu ni je).ehehe...
3- Botak.

Ehehe..alhamdulillah, aku dapat ape yg aku nak ;-). Cume kena usaha next year betul2 supaya dapat habis tahun akhir ni (jayyid Jiddan @ Mumtaz) Amin!!

Hepi gileee!!!

14 hb ni dengar kata KPP nak buat pegi siwa. Kalau ada duit aku nak pegi jugak. Umrah maybe 15 sept ni. Maybe dapat merasa Tarawikh di Masjidil Haram!! yes!! Pasal bisnes aku nak berenti kejab. Maybe lepas Umrah aku nak buat lain. Mama dah call Auntie Naimah. Mama kata nak call lagi Jumaat ni. Tak lama lagi la Cik Puteri yee...eheheh...

Aku rase setakat ni dulu. Yg penting aku hepi. Korang hepi la skali! ehehe...

C-Ya!!