06 November 2007
The Sweetest Girl : Wyclef - Akon - Niia
Hari ni bangun awal sebab abah ajak pegi mengunjung org meninggal tapi tak jadi sebab mama tak larat sangat. Abah pegi dengan makteh and paktam.
Penin selepas pk pasal baju ape yg nak buat time kenduri nanti. Teringin nak pakai Jodhpuri Pakistani Stail, tapi nak xplain dewang tak faham. Theme biru tapi nampaknye makteh minat hijau. Dah terbeli hijau. Songket pun dah beli. Tatau la cane. Nak buat kasi org penin kepala pun susah jugak kan?
Masa pegi KL baru ni dapat beli barang hantaran dengan Nadiah. Alhamdulillah, banyak dah settel. Kad pun dah banyak yg dah edar. Tu pun nampaknye macam tak cukup lagi. Nak kena print out lagi. Sebelum ni dah bagitau mama kata buat je kat kedai banyak2. Murah je, 40 sen sekad. Kire simple dan elok la. Tapi mama kate nak buat sendiri. Lebih murah dan senang katenye. Yg nak buatnye saye la. Now bile dah buat, nampaknye kosnye lebih mahal dan perlukan tenaga yg banyak. Jadi kepada sape2 yg nak try print out sendiri nak wat kad, pk la 2/3 kali ye!
Sepatutnye tak sempat nak kuar 10 hari sebab masa terlalu singkat. Banyak persiapan yg perlu dibuat. Tapi sebab abah nak suruh keluar jugak 10 hari, kena la akur. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Dah lama tak kuar ni, memang patut la kuar kejab. Last sekali kuar 10 hari pun kat pakistan dulu, kat Attac. Tempat yg best sangat. Bukit bukau yg hijau, air sungai salji yg sejuk, tempat buat jet pejuang dan lain2. Bestnye rase...
Baru ni ade satu family ni, pakcik and makcik tu kate mereka org "ahli sunnah wal jamaah". Dewang kate dewang semayang cara sunnah. pakcik tu tanye la aku, " yeh semayang cara ape? cara sunnah ke?"....
Itu la soalan paling jahil penah aku dengar....
Malas nak sembang bab tu, sampai bile pon tak habis. ehehe...
Luse mama ajak kuar tiga hari masturat. Nampaknya aku kena ikut. Takpe je, aku ikut je la.
And tadi aku baru dapat tau berita yg tak berapa sedap hati aku. Harap semuanya ok. Ni nak kena doa banyak2 ni.
Ok, chow dulu. Nanti borak lain.
bye
05 November 2007
Big Girl Dont Cry Remix : Fergie Ft Sean
Hari ni baru je balik dari KL. Letih teramat. Tapi seronok sebab dapat jumpe Nadiah. Lepas ni maybe susah sangat dah nak jumpa. Nak pegi pun maybe Disember lepas kakopin balik. Time tu pun sebenarnye dah tak boleh jumpe Nadiah dah sebab dah dekat dengan tarikh akad. Hope ebriting ok.
Dalam 2/3 hari ni nak settelkan bab baju and bilik. Lepas tu nak Keluar 10 hari. Haaarap sangat-sangat ebriting ok. Lame dah tak kuar ni. Nak bayan pun kelam kabut dah.
Banyak cerita masa gi Kl baru2 ni, tapi tak larat nak xplain dah. Kalau tak tertulis disini, maka disimpan je la. Lepas2 ni la cerita ek? ehehe..
Ok chow. nak sleep. Tengah ujan ni. Best ni!
BYe!
30 October 2007
Al - Fatihah...
Kawan Kak Opin (my sister) meninggal semalam di coventry disebabkan penyakit cancer. Beliau seorang yg sangat baik dan sangat tabah. Meninggalkan 4 org anak dan seorang isteri.
Dari ape yg aku dengar, kebetulan hari kematian beliau bersamaan dengan harijadi beliau, dan jugak ayah dan abg ipar beliau nak dtg pada hari atau selepas hari tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan beliau di tempat tertinggi.
Blog isteri beliau...
http://pausetoreflect.blogspot.com/
Dari ape yg aku dengar, kebetulan hari kematian beliau bersamaan dengan harijadi beliau, dan jugak ayah dan abg ipar beliau nak dtg pada hari atau selepas hari tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan beliau di tempat tertinggi.
Blog isteri beliau...
http://pausetoreflect.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)