20 September 2008

New Look!
















Ehehe..macam hampeh!

Well, new skins. Cube nak get a new look. Resfresh la kot. :D

Skin yg lama cantik, tapi agak gelap. Lalu membuatkan browser agak lembab nak upload. Yg ni kasi fresh sikit. Light colour. Dark bagi je kat Batman ;)

( i still love The Dark Knight! )

Tadi baru lepas tengok "10 things i hate about you ". Yea, memang Heath Ledger sangat sesuai dengan watak The Joker. And another thing, script dia pon power. Pandai la dia bawak kan!
..................................................................................................................

Cameron: She never wanted me. She wanted Joey the whole time.
Patrick: Cameron, do you like the girl?
Cameron: Yeah.
Patrick: Yeah, and is she worth all this trouble?
Cameron: Well, I thought she was, but you know, I...
Patrick: Well, she is or she isn't. See first of all, Joey is not half the man you are. Secondly, don't let anyone ever make you feel like you don't deserve what you want. Go for it!

(Ni ayat sebelum jadi The Joker. Macam joker kan?-me)

*********************************************



Gotham National Bank Manager: The criminals in this town used to believe in things. Honor. Respect. Look at you! What do you believe in? What do you believe in!
The Joker: I believe whatever doesn't kill you simply makes you... stranger.

(Bukan bank manager tu baru lari dari souna jail ke? oh, tu prison break ek?)

The Joker: You just couldn't let me go could you? This is what happens when an unstoppable force meets an immovable object. You truly are incorruptible aren't you? You won't kill me out of some misplaced sense of self-righteousness, and I won't kill you, because you're just too much fun. I think you and I are destined to do this forever.
Batman: You'll be in a padded cell forever.
The Joker: Maybe we can share one. They'll be doubling up, the rate this city's inhabitants are losing their minds.

Batman: Where is Dent?
The Joker: You have all these rules and you think they'll save you.
Lt. James Gordon: [Batman slams the Joker against a wall] He's in control.
Batman: I have one rule.
The Joker: Then that's the rule you'll have to break to know the truth.
Batman: Which is?
The Joker: The only sensible way to live in this world is without rules. And tonight you're gonna break your one rule.
Batman: I'm considering it.
The Joker: No, there's only minutes left, so you're gonna have to play my little game if you want to save one of them.

CuT! - pengarah filem.
..........................................................................................................................................

My wife agak demam hari ni. Dah masuk hari ke-2. Tapi alhamdulillah dah nampak semakin sihat. Semoga cepat sembuh dan sihat, amin!

Bulan-bulan puasa ni agak malas nak keluar rumah pegi pekan atau berjalan-jalan di siang hari. Summer pun belum habis lagi. Jadi duduk dirumah menjaga isteri adalah option yg paling selsesa. Disamping tu boleh tolong menolong membuat kerja rumah. And, boleh buat terjemahan 2/3 buku. Alhamdulillah.

Now masa yg semua student tasfiah penin menunggu. Result utk imtihan tasfiah baru ni, taktau la bila nak keluar. Nampak gayanya macam lepas raya. Harap-harap la pas semua. Amin!

Ok, that all. Nak makan sahur pulak. Sebelum tu, jom baca cerita...

.....................................................................................................................................

"Lawak pagi-pagi"

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Huh!... . .penat aku nak tulih lagi nie....:D

15 September 2008

Lord Of Ramadhan.



Lord Of Ramadhan from Cotu. A song which has english, turkish, german and arabic lyrics. I really like this song. Thanks!

Ramadhan di Tanta Egypt, seperti hari-hari ramadhan yang lepas. Kebanyakkan masjid ketika solat subuh agak ramai dari hari biasa. Macam di masjid kami, budak-budak pun datang ke masjid time subuh. Oleh kerana malam yg tak berapa panjang (disebabkan musim panas) ditambah pulak dengan cuti sekolah (tak lama lagi nak bukak dah) jadi kebanyakkanya tak tido malam sampai ke sahur. Jadi selepas sahur semua boleh datang solat berjamaah di masjid. Best kan?

Baru-baru ni kami keluar ke bandar Tanta utk mencari Fanoos (lampu ramadhan bagi orang arab mesir, gambarnya ada di post yg lepas). Memang teringin sangatnak beli bawak balik ke Malaysia. Tak kisah la walaupun kecik, tapi kenangan kan. Nak bawak balik yg besar memang tak muat la. Kalau di hotel-hotel atau kedai-kedai selalunya dewang letak lampu yg lebih besar dari kami berdua!

(Gambar tak dapat nak diupload disebabkan masaalah internet yg "taktau-kenapa-jadi-begitu". ) ehehe.

Satu kedai ke satu kedai kami pegi cari lampu fanoos di sekitar Tanta sampai la ke mane tah yg kami sampai. Tapi, rupe-rupenye fanoos ni hanya dijual sebelum ramadhan sahaja. Dan paling last dewang jual pun sampai 10 ramadhan sahaja. Now, tak ada walau satu kedai pun yang jual fanoss di Tanta ni. Tensyen jugak la kan. :(

Ade la yg jual pelita yg kecik dan cantik. Di perbuat dari besi tembaga. Yg original la katakan. Tak boleh letak lampu, cuma lilin je (kata pelita kan). Harganya? satu tu LE50. Memang mahal melampau la kan. Tu pun kecik je, besar tapak tangan je. Hiks!
Kat hussain pun jual LE 25 tau!

Last-last balik dengan tangan kosong. Rasanya di Hussain (Cairo) ada lagi kot fanoos lebih-lebih. Tempat tu tempat pelancong, selalunya ada lampu-lampu macam tu. Memang la mahal sikit, tapi situ je yg ade. Bile tanya arab kat Tanta ni mana boleh dapat? dia kata : " sanah gai insyaAllah ". ( Tahun depan dengan izin Allah! ). huh!

........................................................................

Hari ni tak berapa sihat sikit. Demam dan selsema. Maybe sebab pertukaran musim. Sekarang pun takde la panas sangat. Kami pun keluar rumah petang atau lepas tarawikh saja.

Bazar-bazar di Tanta pun semakin rancak bulan ramadhan ni. Kedai-kedai di sekeliling Masjid Badawi yg menjadi tumpuan penduduk Tanta ni memang penuh sesak. Baju-baju utk sambut Aidil fitri, kasut-kasut utk anak-anak, coklate-coklate yg berkilo-kilo (kalau kat tempat kita, kita buat kuih raya. Kat sini coklate, manisan dan gula-gula ni la kuih raya dewang) dan macam-macam lagi makanan dijual ditepi-tepi dan tengah-tengah jalan. Memang betul-betul tengah-tengah sampaikan orangnak berjalan kena berjalan di tepi jalan. :P

Bila time nak berbuka, ramai la yg jual air tamarhind dan sobia. 2 kaler air ni je yg selalunya dijual di bulan puasa ni dengan berleluasa. kale lain tu, ada tapi tak banyak. Macam kat tempat kami ni (syariah) memang penuh la orang membeli kat pakcik jual air tu. Kaya la pakcik tu.

Mama atas rumah kami ni pun baik. dibaginye ayam, kurma, beras, gula, kuih manisan dan lain-lain. Best sungguh berjiran dengan mama ni. yumyum.

Kami, macam biasa. Selalu pk nak masak apa hari ni utk berbuka. Kalau kat Malaysia, ada 30 hari ramadhan, ada 300 jenis lauk pauk boleh pilih nak makan. Kat sini takde choice. Kena mencuba resepi baru baru ada kelainan. Kat kedai luar ada makanan tuuuu je. eheh.

Bagi pelajar Malaysia Indonesia Thailand, kat sini ada Maidah Rahman utk mereka. Maidah Rahman adalah tempat orang-orang arab yg budiman menjamu mereka yg ingin berbuka puasa. Pendek kata makan free la. Baik sungguh arab ni ye. Yg di Tanta ni selalu dia bagi zakat kat pelajar-pelajar asia ni. Berapa banyak la pahala dia dapat. Bestnye..

Setakat sekarang kami tak pegi lagi. Dengar kata ada ayam panggang. Kadang-kadang ikan dan daging. Siap boleh tambah. InsyaAllah nanti free kami pegi.

...............................................................

Lastly, thanks to bro cotu dengan lagunya yg best. Jom kite tgk konsert dewang kat Frankfurt.

10 September 2008


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, imtihan tasfiah telah pun tamat hari ni. Fikh Mazhab cuma ada 4 orang saja yg bawak. 2 ghaib dan tinggal aku sorang yg ambik Syafie dan sorang lagi budak arab yg ambik Hanafi. Kire macam ustaz buat soalan utk aku sorang je. ok x? :D

Kami terpaksa join bebudak arab yg ambik Usul Fikh. Seperti biasa, ada budak kena halau keluar sebab meniru. Arab kan..

Budak melayu ada 3/4 orang lagi. Dewang ambik usul. Sebenarnya, tak pasti pulak dewang melayu ke atau Thailand. ehehe..

Masa keluar kuliah, nampak ustaz tengah melepak kat depan pintu masuk Syariah. Tu pun aku dah jauh ke depan baru nampak dia. Nampak relax je dia ha. Tak jadi nak pegi salam dengan dia takut nanti dia tanya lagi soalan yg takde dalam kertas soalan. :P
...............................................................................................................

Hari ni rasa sedikit kurang sihat. Maybe disebabkan perubahan cuaca yg semakin nak masuk winter. Pagi and malam pun dah terasa sejuk-sejuk sedap. Lepas ni kena sedia Flurest la bebanyak.

Sebenarnya baru lepas tengok The Dark Knight. Memang best! Ade-ade je idea sijoker tu. Lagu and bunyi dia pulak buat suspen je banyak. Patut la dewang takut nak bawak anak-anak tgk Dark Knight ek? Tabik joker!

.............................................................................................................

Terima Kasih buat isteri tersayang yang bersusah payah menyediakan sajian berbuka dan bersahur utk suaminye yg tengah sibuk menghafal dan memahami isi kandungan kitab sepanjang minggu berimtihan ini. Pahalanya hanya Tuhan yg tahu. Sedapnye dia masak (terutama sekali kuih keria) memang tiada tandingan. Macam nak suruh hari-hari dia buat kuih keria. ehehe.

.............................................................................................................

Ok, Thats all for today. InsyaAllah selepas ni banyak cerita menarik menanti.
Make doa for my xzam!