19 June 2007

Leaderboard
Create your own Friend Test here


Huyyo! ehehe...
Nak try? ---> http://www.truefriendtest.com/friendtest/587308
ehehe..good luck!

16 June 2007

Xzam x habis lagi, tinggal syafawi hari kamis ni.hope everythig will b fine..

Kamis baru ni, kita semua tau mengenai pemergian kawan kita Muhammad Ishak, pelajar Malaysia yg ditikam lebih 10 kali dirumah sewanya di Mansurah, Mesir.

Macam2 berita dan andaian yg aku dengar, tapi yg paling banyak aku dengar mengenai suspek...

Suspek tu sewa rumah sendiri, pendiam dan penah diblacklist disini (Mesir) sebelum ni sebab dikatakan penah bergaduh termasuk arab dan lain2..

Dan kemudian, kemungkinan suspek mempunyai dendam terhadap 2 kwn serumah Allahyarham, ditambah pulak dengan tensyen imtihan...

Dalam beberapa akhbar ada cakap yg keluarga suspek kata ditempat tinggal suspek ada benda "keras" dan diakui oleh beberapa pelajar lain...wallahualam..

Then, ada jugak aku dengar yg sebelum mangsa meninggal dia ada bagitau setelah ditanya mengapa suspek menyerang bahawa suspek gila (kurang siuman)...

Apabila ditanya pada suspek, dia kata dia taktahu kenapa jadi macam tu...

Sendirian, Pendiam, Imtihan, Dendam, Hilang "pendirian", Hilang ingatan, "diganggu", emosi....
Apabila semuanya dilepaskan....

Macam-macam org kata, tapi semua ini hanya pandangan sahaja...siasatan masih dijalankan..tetapi bila kita cuba untuk memahami pendirian suspek...bagaimana beliau sanggup berbuat demikian pada kawannya yg "bukan sasaran sebenar"...lebih 10 tikaman pada tengkuk, mata, kepala dan lain2..kalau kurang normal atau "diganggu" mungkin jugak, tapi kalau beliau sebenarnya dalam keadaan sedar dan normal, tidak "diganggu" dan dengan niat yg sebenar utk membunuh...how could?

Bagi Allahyarham, beliau telah meninggal di Jalan Allah semasa belajar. Ada beberapa org ustaz beritahu saya yang org yang pergi belajar ilmu agama kerana Allah adalah seumpama orang yang berjihad dijalanNya...

Matinya semasa belajar seumpama Matinya semasa berjihad dijalanNya...
Semoga beliau diletakkan ditempatkan di Maqam Tertinggi disisiNya...
Amin..

Al Fatehah..

Wallahualam...

01 June 2007

Baru balik solat Jumaat.

Letih semalaman membaca kitab. Hari sabtu ni paper Fiqh Syafie. Takde la susah tapi banyak. Maudhuei saje dah 2 bab. Nassi lagi satu kitab. Tak terhafal dibuatnye..harap-harap la pas..amin!

Ada 3 lagi subject yg kena habiskan. Fikh Maqarin, Quran Tahriri and Syafawi. Last subject maybe pada 23 jun. Letih woo...

Bercakap pasal lepas xzam. Plan pertama ingat nak ke UK jab tapi tak jadi sebab Kak Opin nak pindah ke Newcastle jadi susah sket. 2nd plan nak cari member utk keluar 40 hari, maybe ke jordan. And kalau takde, ingat nak ikut pmram yg buat projek ke jordan syiria turkey. Kalau ade laa..eheh..

Harap2 la pas xzam kali ni sebab ingat nak balik seawal boleh ke msia. Tapi tgk xzam kali ni susah sket dari xzam lepas. Harap la result keluar cepat. Cepat sket nak buat plan.

Oppss..lupe. Happy Birthday utk Nadiah YTS. ehehe...sori sebab hadiah tak seberapa. Next year kite sambut birthday same-same k?

Tadi tgk link Sekolah syg kat Kuala Selangor. Teringat pulak kat sekolah-sekolah abg.eheh.. abg cume sempat study di 3 sekolah saje dan sampai darjah 3 saja. Pelik x?
ehehe...

Ok. Doakan saye pas ek!
Over n Out!

09 May 2007

Alkisah...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.

Wassalam