24 February 2010

Some picture of Wow Putrajaya!

 
 Antara kereta yang ditayangkan di Wow Putrajaya



Transformers ke? 



Berjalan-jalan menikmati gerai-gerai. 



Mainan baru Adam! 



Antara pertunjukkan Hot Air Baloon pada waktu malam! 



Mari bermain dadu! 



Persembahan Aizat 



Pentas 



Persembahan Ella

Antara artis lain yang hadir. 



Sifu pun datang! 


Abg Jamal pun datang. Tarik habis! 


Bunga api semasa lagu last "Standing in the eyes of the world". lame gak bunga api ni. 

Misha & Ella

17 February 2010

A.D.A.M.

Adam, dah semakin beso sekarang. Baru je 10 bulan. Tapi dah macam budak setahun.

Gambar yang first tu masa kiteorg bawak dia jalan-jalan kat Masjid Putrajaya. Boring jugak dia dok rumah je. Kat dataran depan masjid tu memang tiap-tiap malam ramai orang. Memang seronok la dia ramai kawan. Tapi, dia takut nak pijak rumput. Kaki mesti angkat dan menjerit-jerit tak nak pijak rumput. Itu lah Adam.

Dia memang suke minum susu dengan berbagai-bagai posisi. Antara posisi yang disukai-nye ialah dalam keadaan merangkak, meniarap dan tertungging. Ishk..iskh..iskh.

Masa kat Tesco Setia Alam, Adam memang tak suke berbaring atas "bende biru yang untuk budak-budak kat atas troli" tu (seperti dalam gambar). Dia macam gayat. So, kiteorg letak je bagi dia duduk kat sebelah tu. Punye la dia hepi. Siap bagi Red Card kat mak dia lagi sebab tengah dok memilih hadiah utk kenduri kawen kawan lame sangat. Pastu dia makan kad tu. Itula Adam. :D

Dia suke main "tangan untuk mengurut" kepunyaan Tokbi dia. Rase begetar best kot.

Lalila lagi active, tu ha terkantoi gambar dia sedang cube panjat keluar dari Walker ala-ala "prison break". Boleh jadi awek Michel Scofield nih!

Last sekali, Adam memang suke naik kuda ni sejak di Tadika Seksyen 7 (bukan nama sebenar). Bile dapat je kat rumah Atam dia, ape lagi, seronok la dia!

Tahniah untuk Amy-riah dia atas perkahwinan-mu itu. Semoga bahagia kekal ke anak cucu..dan menjadi isteri solehah..dan ibu mithali..dan..dan...:P
Hadiah tu takkan nak guna sekali je kot? :D

......................................................................................................

Cuti raya cina baru ni kiteorg pegi Ipoh untuk ke kenduri Amy (opis-mate). Ramai yang pergi termasuk our vp (Pn. Mariam), Haji saiful and others. Lauk sodap!

Lepas kenyang, kami teruskan perjalanan ke Setiawan (kampung-koh) untuk lepak kat rumah my-sister. Keesokkanya, pegi telok batik. Tapi punya la ramai org, mak aih!. Then tukar plan ke teluk rubiah. Tak best and panas. Last punye plan kiteorg pegi ke Ulu Licin, Beruas Perak. About 45 minit from setiawan. Best gile! Gambar (seperti biasa) akan diupload kemudian :D

Hari ni opis kosong (ramai yang masih bercuti). Jalan pun kosong (tak jem langsung). Sungguh damai :D

ok.chow!

11 February 2010

Google Buzz!!

Aku suke jugak dengan Google ni. Kadang-kadang nak browse melalui henphone lebih senang menggunakan google dari yahoo. And lagi best, ada blogger.

Lepas facebook kena block kat opis, memang agak boring kat opis terutama di waktu tensyen atau letih tahap cipan. Memang taktau nak buat apa untuk release tensyen. Hari-hari pegi OU pun tak best jugak.

Twitter, tah macamana nak guna? ehehe.

Tapi hari ni, lepas bukak Gmail, ade sesuatu yang baru, atau mungkin aku baru je tahu. Google Buzz! Dia ala-ala facebook, tetapi di dalam email Gmail. Boleh chat, upload gambar and video, tunjuk album kat picasa, bukak dekat hp dan sebagainya yang same macam Facebook dan Twitter. And yang paling best, boleh bukak kat opis! hahahah!

So kawan-kawan, jom la join. Kepada sape-sape yang takde gmail, boleh mohon kat saye sekarang :P



10 February 2010

All kind of roses - Yusof Islam

All kinds of roses (x2)
All kinds of roses, grow in my garden,
All kinds of creatures (x2)
All kinds of creatures, run on my land,
All kinds of children (x2)
All kinds of children, play in my yard,
So many feelings, so many feelings, flow through my blood

All kinds of people (x2)
All kinds of people, make up my life,
All kinds of faces (x2)
All kinds of faces, show me their love,
All kinds of lanterns (x2)
All kinds of lanterns, light up the dark,
But there's only one God, only one God, has a place in my heart

All kinds of roses (x2)
All kinds of roses, grow in my garden


02 February 2010

Macam-macam: Pengadil tersilap ambil seluar dalam merah


RIO DE JANEIRO: Seorang pengadil menghadapi tuntutan cerai isterinya selepas mengambil seluar dalam wanita berwarna merah daripada poket seluarnya, bukan kad merah ketika satu perlawanan berlangsung.

Carlos Jose Figueira Ferro mahu membuang padang seorang pemain, Paulo Coise, dalam satu perlawanan amatur di bandar Anama, lapor agensi berita Terra. Ferro sungguh malu hingga menamatkan perlawanan 20 minit lebih awal.

Dia berkata tidak tahu bagaimana seluar dalam itu boleh ada dalam poketnya. - Agensi

01 February 2010

Cerita hari ini - la pulak!

Ha cuti?
Dia pun cuti?
Bos pun cuti?
Semua cuti?
............

Tensyen. Silap datang opis. Ambik EL pun takpe.
Cewah!
ehehe.

Hari ni sampai opis dari putrajaya cume mengambil masa 35 minit sahaja (sekali dengan jalan kaki dari paking sampai ke opis.) Cayalah! Selalunye, mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai dari putrajaya ke opis. Inilah penangan Wilayah cuti.

Weekend baru ni, buat kenduri baca Yasin kat rumah baru (sewa) kat setia alam. Pastu sambut birthday sape-sape yang sambut birthday hujung January and Febuari. Best!

Hari Ahad pulak, pegi jenguk Shai yang semakin femes (lupe mintak tandatangan). Belilah "Aku kan Novelis". Kini di pasaran. Pastu posing maut untuk majalah Pa & Ma. Adam heran sebab semua org yang nak buat bagi dia senyum tu macam org tak betul. (gambar rujuk fesbuk Nadiah).

And hari ni semua cuti. Aku pulak datang opis. Pekerja mithali la katekan. Tapi Avatar tak tengok lagi ni. Dewang tayang lagi ke Avatar ek? :D

Kepada yang bekerja di hari ni, selamat bekerja. Kepada yang dok kat rumah lepak dengan Adam tu, jangan ngade-ngade.

Bye.