Akhirnya, im 99.99% pass! yea, 99.99% sebab tak secara rasmi lagi. Nanti result secara rasmi keluar, baru 100%. Tapi boleh pakai la. ehehe. Ceritanya :
First day kuliah syariah Universty Al-Azhar bukak, aku berjanji dengan daus utk jumpa di kuliah jam 10 sebab nak tgk "control". Control ialah : segala keputusan peperiksaan kuliah, sebelum dihantar ke ibu pejabat Azhar di Kaherah akan di proses di pejabat "control" (di kuliah Tanta) dan akan di "control" jugak oleh beberapa org bawab atau polis (kalau ada la). Oleh kerana result lambat sangat nak keluar, kite boleh mintak ustaz tgkkan kita punya result. And kalau ada satu atau dua subject yg fail tu boleh la mintak ustaz rafa'kan (naikkan) sikit. Kalau ikut betul tak boleh nak tgk control tu sebelum result secara rasmi keluar. Tapi ustaz tu baik la sikit. Kesian kat budak-budak Melayu yg tak sabar-sabar nak balik ke tanar air masing-masing. Dah la lame kat sini kan. Lagi pun final year. So, ustaz bagi la can.
Tunggu punya tunggu ustaz tak datang-datang. First day pun dah lambat ek? last-last kami turun breakfirst sikit sementara nak tunggu ustaz datang. Ramai student baru. Yg student arab baru (tahun 1) terkelip-kelip mata tgk kami. "fuyyo, ada budak-budak melayu la kat kuliah kiteee!" lebih kurang macam tu la dewang kate. Betapa popularnya pelajar kita kat University Al-Azhar ni bagi pelajar-pelajar tahun 1 itu. heh! Ada yg kate kami cina, ada yg kata kami korea/jepun. Dan macam-macam lagi. Macam hampeh!
Then jumpa shidin/zul and gang dtg kuliah nak ambik jadual. Daus pun dah blah dengan ustaz yie sebab nak report polis pasal passport yg hilang. So aku ambik keputusan teman zul/shidin/budak tooba/cain utk melihat jadual baru kuliah.
Lepas chek jadual, ingat nak naik jab tingkat 4 usha kot-kot ustaz dah dtg. Pintu pejabat terbukak sikit. Nak pegi dekat sgt pun, bawab ada kat situ. Hayya. Then tgk ada sorang budak keluar dari pejabat. Terus tanya dia "boleh tgk natijah?" "boleh!, bagi raqam julus".
Then dia mintak tolong tgkkan utk En Jadid. Aku call firdaus, dia kata dia ondaway. Jadi aku masuk dulu.
"Kau jawap elok-elok tak imtihan baru ni?" kate ustaz. "elok ustaz, siap buat corak-corak batik lagi kat kertas jawapan!" kate aku (ayat ke-2 hanya rekaan semata-mata, eheh). Then dia mintak raqam julus.
"Muhamad Elyas Harun?"
"Aiwah!"
"Enta maqbul" (pas!)
Hanya tuhan je yg tahu perasaan time tu. Pergh!
Then terus aku mintak ustaz tgkkan utk jadid. Dia jugak maqbul. Tahniah En Jadid!
Aku terus turun jumpa Zul and gang. Tak sedar pulak ada habuk kat mata. eheh. Dewang semua ucap tahniah kat aku. Takpe, tahun ni tahun aku, tahun depan tahun korang pulak yek! Cepat-cepat habiskan ye!
Then daus turun. Dia kata dia jugak maqbul. Alhamdulillah, Tahniah!
Oleh kerana aku seronok sangat, terus ajak geng-geng tu lunch. Sori la aku dapat belanja sikit saja. Nanti aku buat something spesial utk korang ok!
..........................................................................................................................
Firstly, syukria mehrebani karam buat isteri tercinta yg sudi menemani suaminya belajar sampai tamat pengajian sepanjang tahun ini. Tq and ILOVE YOU!
Shukran khairul Jaza dan terima kasih yg tidak terhingga kepada Ayahnda bonda serta keluarga, mertua dan keluarga dan semua yg telah membantu dan mendoakan kejayan kami disini. Tidak kami lupakan doa utk semua.
Kepada kawan-kawan yg banyak membantu dan belajar bersama, shukran!
Alhamdulillah, i've finish my degree. Tanggungjawap lebih besar selepas ini. Doakan utk kami!
.........................................................................................................................
Ps : tak sabar nak bakar udang galah kat UK nih! :D