Alhamdulillah, lastly, dapat jugak pasang internet dirumah. Tarik dari rumah Azril dengan kelajuan 1mbps. Susah jugak la nak tarik cable dari rumah Azril. Cable mau 130 meter. Bermacam-macam karenah time nak pasang. Tapi alhamdulillah lastly dapat jugak pasang. Baba sedikit tension sebab kami taknak bagi dia ishtirak (syer) sekali. Bukan apa, dengan arab ni faham-faham la, susah. Banyak karenahnya.
Tasfiah start 6 september dengan madah Lughah Arabiah (Bahasa Arab). Mengenai bab "bayan" dan jugak Adab dan sejarah bahasa arab dari zaman jahiliyah (sebelum islam), diawal kedatangan islam dan seterusnya hinggalah ke zaman kedatangan Islam ke Mesir. Ada 2 kitab. Banyak jugak la kena bacanya. Harap dapat habis sebelum xzam and najah dengan cemerlang. Amin!
Madah ke-2 pada 9hb september. 2 hari selepas lughah. Madah Fiqh Mazhab (Syafie). Berkenaan hukum hudud termasuk bab berzina, minum arak, jihad dan lain-lain. Semoga Allah swt memberi taufiq, kekuatan dan kejayaan kepada kita semua. Amin..
..................................................................................................................
Saufa tara, izan kashafal ghubar..
Wassalam!
27 August 2008
16 August 2008
...................................................................
Hari ni datang cc lagi. Internet di rumah belum settel. Baba (tuan rumah) travel baru balik tadi. Petang nanti baru boleh bincang pasal internet.
Kedutaan Malaysia Kaherah baru buat pengumuman tentang konvo. Dengar kata hujung bulan ni. Last-last minit baru dewang cakap. Dah dewang sibuk-sibuk dengan program Merdeka sempat lagi buat konvo kat tengah-tengah tu. Kami budak-budak tasfiah pon kena join walaupon xzam belum habis lagi. Nampaknya nak kena pulang ke Kaherah lagi. Taktau lagi dewang buat kat mana. Petang ni baru kawan nak inform.
Tahun ni rasanya summer tak sepanas tahun lepas. Maybe sebab rumah kami yg tak berapa panas sebab "ardiyah". Bulan depan dah tukar jam. Tanda yg summer pon nak habis. Buah mempelam pun dah kurang dari 7.50 Le ke 6.50 Le (di Tanta). Lepas ni boleh turun sampai 3/4 Le. Boleh la buat jus mempelam banyak-banyak!.
Buah anggur, tin, delima, tembikai dan banyak lagi buah-buahan musim panas yg sedikit-sedikit dah turun harga. Tambahan sekolah pon nak start, Ramadhan dan Eid. Kain-kain rentang pon banyak yg dah pasang bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Lampu-lampu Ramadhan pon dah ada yg pasang. Ingat nak beli satu yg kat hussain tu. Cantik!
Ok. That all for today. Nanti post lagi.
Wassalam!
09 August 2008
Masjid Syekh Abu Al Abbas Badawi di Tanta, Mesir. Dikenali sebagai Masjid Syekh Badawi, nama seorang waliullah yg terkenal. Di dalamnya ada bekas tapak kaki Baginda Rasullullah saw dan maqam Syekh Badawi.
Hari ni datang cc, ingat nak upload sikit pic dalam myfamily.com, tapi tak dapat. Maklumla, komputer kat cc ni masih lagi 20 tahun kebelakang. Penin jugak nak guna internet.
Hari ni jumaat (080808), hari cuti untuk Mesir. Bas ke bandar semuanya penuh. Tramco (perkhidmatan van taxi) pun penuh. Teksi lagi penuh. Jadi kami jalan kaki saja ke Kubri Khahafah. Internet kat rumah seperti biasa, tak dapat nak connet. Nak pikir pasal internet di rumah pun dah sakit kepala. Memang susah la nak berurusan dengan arab. Lebih baik datang cc saja, senang :)
Natijah dah keluar. Memang sama dengan apa yg Maktab Tansik tunjuk. 2 madah tasfiah. Tasfiah insyaAllah awal bulan depan. Memang otak pusing 90 degree la kali ni!
Tahniah untuk epol dan kawan-kawan yg lain yg najah. Kepada yg sama-sama tasfiah, jom pulun sama-sama. Mana la tau berkat bulan posa ustat bagi "syafaat" kat kita. Amin!
Tahniah jugak untuk Safiyah yg dah pregnent 3 month! Tak sabaq ni nak dapat anak menakan sorang lagi!
Bandar Tanta pada waktu malam.
Ok. Dampai disini dulu.
Selamat Menyambut Ramadhan!
05 August 2008
Back to Tanta
Baru je balikTanta 2-3 hari yang lepas. Alhamdulillah, ikan masih hidup walaupun ditinggalkan lebih dari 2 minggu! :P
Tahniah kepada semua Ahli Bait Muslim Tanta yg baru mendapat cahaya mata. InsyaAllah sikit masa lagi kami akan pergi ziarah.
Buat masa sekarang, kami masih menunggu result imtihan yg lepas keluar di kuliah. Setakat sekarang Syariah dan Usuluddin tahun 4 yang belum keluar lagi. Maybe dalam 2-3 hari lagi kot.
Tahniah sekali lagi kepada kawan-kawan yang pas imtihan. Kepada Ustat EG and Syekh Zulimran : "takkan takdak kenduri apa-apa kot??" ehehe...lawak ja no!
Kepada yg masih menanti natijah, teruskan berdoa dan bersolat hajat moga-moga diperkenan doa kita dan dinajahkan kita dengan Mumtaznya. Ameen!
InsyaAllah nanti update lagi. Now nak upload picture kat myfamily.com
Subscribe to:
Posts (Atom)