30 November 2007

Jumaat.



Lagu khas utk Nadiah YTS..
..........................

Hari ni ada jemaah masturat datang, jadi duduk di rumah sebelah, xrumah nizamuddin dulu. Now fairul duduk sekejab. Kenduri nanti safiyah and family nak duduk di rumah ni.

Baru ni keluar 3 hari dengan student Unimap ( dulu dikenali sebagai KUKUM ). Seronok jugak la. Bayan subuh asar and maghrib semua aku buat. Pak jat pun ikut jugak. Seronok la dia. Dia yg baru kehilangan org tersayang (isteri dia) 3 bulan lepas, now dah nampak hepi sangat. Katenye nak kawen lagi. Ramai yg "kosong". Katenye nak yg solehah, pandai dan boleh duduk di rumah dia di beseri. Amboi Pak Jat, kalah org bujang nih!. ehehehe....

Pengapit dah jumpa, Mat Eri. Dia kata nak jadi pengapit. Alhamdulillah la. Esok lusa dia nak dtg chek baju kot2 muat. Ade la baju cream satu utk dia. Kalau tak muat memang kena buat satu la utk dia. Pastu nak bincang dengan dia cane nak pegi KL. Maybe sleep di sri petaling ataupun dia rumah azizi. Hope ebriting going ok.!

Ok, Chow solat jumaat dulu!

28 November 2007

Rumah oh rumah!

Sampai hari ni penin memikirkan pasal rumah yg nak disewa di Tanta. Dah sampai ke Alex aku suruh budak-budak carikan. Kesian jugak kat dewang sebab sekarang kan musim xzam, tapi takpe, penat lelah korang akan diabayar insyaAllah...

Tadi try call azril di Tanta, alhamdulillah, setakat sekarang ada 2 rumah yg kosong. Katenye mahal sket la, dalam Le 4++ camtu. Ok la tu! Lagi 2/3 hari dia nak bagitau lain cane. Thanks for Azril. Sori sebab kacau. Hope Allah will give u ebriting what u pray for. Ameen!

Susah jugak la bile kite takde di sana nak cari rumah, so org lain kena tolong carikan. Nasib baik ada kawan. Lepas ni kena buat kenduri la utk dewang. Cayala korang!

Ni la antara penangan pertama yg menyusul bagi bakal-bakal pengantin macam aku. Ada banyak lagu dugaan, tapi alhamdulillah ebriting dapat ditangangi. Berkat doa dari semua..thx!
...................................

Tak larat..nak sleep jab. Esok sambung balik!

23 November 2007

One more month to go.

Hari ni 22hb, bulan depan 22hb dah nak kena pakai baju biru kat sini. ehehe...
Tadi Sam dari OzHome call suruh datang fitting baju. Tak dapat nak bayangkan la betapa teruknya baju tu nanti. huhu!

Rase sepatutnye buat je baju melayu. Tapi kalau dah rase now dah tak boleh buat ape dah. Ikut saje la kate Makteh. Lagipun kejab je kot...

Tadi sms azril tanya pasal rumah, dia kata rumah atas dah ade arab ambik, dia nak try tanya rumah bawah. Rumah bawah tu taktau la cane tapi ok la sket sebab tak tinggi sangat. Harap2 la azril dapat. Kalau tak kena pindah duduk Alex la jawapnye. Jauhnye...

Semalam mama pegi penang, bawak balik lagi bunga telur dan lain2. Mama beli pintu gerbang. Ingatkan nak sewa je atau buat sendiri je, tapi best la. Lagipon kalau sewa mahal jugak. Cume now nak kena beli bunga la nak letak atas pintu gerbang tu. Harap2 la tak ujan time kenduri nanti...

ok, nak mandi jab. Nanti sambung lain.
Lagu-lagu awak best la cik nadiah!

Misyu!

17 November 2007



charge ipod gune bawang?

Hari ni pegi memanggil. Pegi rumah untie dahlia, then ke rumah tokyam. Lepas jumaat pegi rumah makcik ani then ke rumah kakna izaly. Pastu pegi rumah paktam nak hantar kad yg tak cukup ( utk family belah penang). Ei tgk dah hitam sikit sebab buat kerja pasang lampu isyarat dekat sekolah sains. Ptg tadi dia repair speker Masjid Alwi yg buat hal time khutbah jumaat. Sape2 pon tak dapat dengar khutbah sebab mic rosak.

Pagi tadi pegi bawak hantar jemaah terengganu 40 hari dari Masjid Batu Bertangkup ke Masjid Felda Chuping. Ramai dewang, dekat 15 org.

Lepas maghrib tadi, Dr Firdaus yg kena bayan malam markaz takde, balik kampung. Syura pulak semua takde, jadi dewang putuskan aku yg separuh nyawa letih ni. Sibbaik ada wan yusof tolong. tengkyu! Bukanye apa, imam maghrib isyak and hayatus sahabah semua aku control. Jadi bagi la kat org lain pulak kan. :P

Now tengah pk bisnes ape yg baik nak wat kat mesir dalam masa setahun disana. Paling pertama dalam kepala, bisnes evoiz yg aku buat sebelum ni. Tak banyak sgt la untungnya, tapi bole la. Student hari2 guna evoiz. Kat Tanta pun dah berkurangan org guna evoiz. Jadi ingat lepas balik sana boleh la start balik bisnes evoiz. Sekurang2nye ade jugak la pendapatan sampingan buat sementara waktu kan.

Nak buat bisnes lain boleh, nak kena servey dulu. Ingat nak wat bisnes jual tiket penerbangan, tapi nak wat betul2 kena tanya org lebih pengalaman. Sebab tiket pun tak banyak org beli, time cuti je la org beli. Tapi nanti nak try tanya paktam atau lain2. Cume susahnye nak kena ulang alik cairo-tanta. Paham2 la kat sana call pun mahal. Ade ke seminit 1.50 Le hingga 0.30 le seminit.

Masa aku balik dari Mesir baru2 ni, aku timbang kat rumah maktih. 48kg berat aku. Biase je. Sejak duduk Pakistan badan aku ni memang 45 - 49 je. Ade sekali la naik sket time sakit dulu. tu je. Then time pegi kl lagi sekali dengan mama, try timbang sekali lagi kat umah makteh. 55kg. First time dalam hidup aku naik sampai 55 kg. ehehe. Then, tadi pegi rumah maktam, lepas solat asar, tgk ade penimbang berat. Try la timbang. 57kg. Tu pun tak makan nasi dari pagi, cume kuih2 saje. Kalau makan nasi tatau la. eheh...

Mengikut berat dan tinggi aku, 50 - 60 kire sihat dan ideal la. Tak gemok tak kurus. So ok la kan. Cume masaalah perut la kedepan sket. lepas ni pandai2 la. harap2 muat la baju bile nak fitting nanti. :P

Sebelum ni aku tgk tv and movies online di sopcast. takyah download and senang. nak tgk bola live, hbo, series drama macam prison break semua nya ada. Tapi tadi ada jumpa satu site lagi yg ada movies online terbaru. Macam yg aku tgh tgk sekarang SAW 4. ni link dia http://www.onlinecinema.org/watch/429/Saw-IV/1

Gambar dia wayang la sebab baru lagi kuar. Maybe after dvd dia kuar elok la. Tapi kalau nak elok kena tunggu axxo kuarkan. Baru cun!

Thanks to arsenal sebab still on top of liga. Lepas ni teruk sket la sebab Captain aku, Febregas tak dapat turun padang. then si cech pulak injurt. leceh la. Tapi takpe, buat sekadar yg mampu. nanti kat mesir sempat lagi kot nak naik liga. ehehe...

Penin jugak la nak masuk ke alam baru ni. banyak bende kena pk 2,3,4 10 kali. Setakat sekarang alhamdulillah semua berjalan lancar. Now nak tanya cik yusop kot2 dia teringin nak jadi pengapit, kalau tak nak kena mintak cik nadiah carikan sorang. Khemah maybe 4 atau 5. Then maktih nak meja bulat utk tetamu VIP. Pakdan pun tak jemput lagi. Wallpaper tak siap lagi. katil tak ambik lagi. mama kate takpe, lambat lagi. Ok. No problem.

Terberenti sebab baje blog nad yg lame2. Nak cari cerita pasal kiteorg dulu mase mude2 di alam percintaan. ehehe...

Chow!

13 November 2007

31 Days Left.

BZ

Letih beno sekarang. Banyak bende kena buat. Ada lagi 31 hari sebelum Majlis Akad. Tapi ape pun tak siap lagi.

Tetibe mama kate abah suruh kuar dulu 10 hari. Kat Kelantan plak, ayya!. Tolak dengan duduk di KL 3 hari sebelum Majlis, jadi ade lagi 18 hari.

18 hari, nak siapkan wallpaper, siapkan beg utk ke Mesir, beli barang utk ke Mesir, fit pakaian, kenduri, siapkan beg utk gi langkawi, dan byk lagi...

Taktau la ape aku nak buat time kuar nanti. Nak bayan pon tatau la ape nak kuar dari mulut aku nanti. Memang sah la aku kena bayan Maghrib, Subuh and Asar. Tu tak campor imam lagi. Hayya..

Banyak nye la dugaan lepas ni. Harap semuanya dapat di tempuhi dengan tenang dan sabar.

chow!

12 November 2007

Everything

Pagi tadi dah start pegi hantar kad ke rumah2 saudara mara di sanglang. Esok nak kena hantar ke belah mama pulak. Pastu dah kena start gamkan wall paper utk bilik pengantin.

Tadi nadiah call, katenye Masjid putrajaya dah benarkan akad nikah disitu. Cume awal sikit la, pukul 9 dah kena ada kat sana. Takpe je, janji cepat habis. Tapi pukul 9 mesti ngantok2 lagi. ehehe...

Pastu kawan abah kate ade seat 28 disember 2007 utk 2 org. Jam 2 pagi bertolak dari KLIA ke Dubai, then ke Cairo. Kalau tak silap sampai Cairo jam 11 pagi. Ok la kot. Abah dah suruh dia confirm. Nanti dah issue kite bagitau lain. Boleh la sape2 nak hantar ke airport nanti!

Ok. Chow dulu. nantok daa...
Nite!

06 November 2007

The Sweetest Girl : Wyclef - Akon - Niia



Hari ni bangun awal sebab abah ajak pegi mengunjung org meninggal tapi tak jadi sebab mama tak larat sangat. Abah pegi dengan makteh and paktam.

Penin selepas pk pasal baju ape yg nak buat time kenduri nanti. Teringin nak pakai Jodhpuri Pakistani Stail, tapi nak xplain dewang tak faham. Theme biru tapi nampaknye makteh minat hijau. Dah terbeli hijau. Songket pun dah beli. Tatau la cane. Nak buat kasi org penin kepala pun susah jugak kan?

Masa pegi KL baru ni dapat beli barang hantaran dengan Nadiah. Alhamdulillah, banyak dah settel. Kad pun dah banyak yg dah edar. Tu pun nampaknye macam tak cukup lagi. Nak kena print out lagi. Sebelum ni dah bagitau mama kata buat je kat kedai banyak2. Murah je, 40 sen sekad. Kire simple dan elok la. Tapi mama kate nak buat sendiri. Lebih murah dan senang katenye. Yg nak buatnye saye la. Now bile dah buat, nampaknye kosnye lebih mahal dan perlukan tenaga yg banyak. Jadi kepada sape2 yg nak try print out sendiri nak wat kad, pk la 2/3 kali ye!

Sepatutnye tak sempat nak kuar 10 hari sebab masa terlalu singkat. Banyak persiapan yg perlu dibuat. Tapi sebab abah nak suruh keluar jugak 10 hari, kena la akur. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Dah lama tak kuar ni, memang patut la kuar kejab. Last sekali kuar 10 hari pun kat pakistan dulu, kat Attac. Tempat yg best sangat. Bukit bukau yg hijau, air sungai salji yg sejuk, tempat buat jet pejuang dan lain2. Bestnye rase...

Baru ni ade satu family ni, pakcik and makcik tu kate mereka org "ahli sunnah wal jamaah". Dewang kate dewang semayang cara sunnah. pakcik tu tanye la aku, " yeh semayang cara ape? cara sunnah ke?"....

Itu la soalan paling jahil penah aku dengar....
Malas nak sembang bab tu, sampai bile pon tak habis. ehehe...

Luse mama ajak kuar tiga hari masturat. Nampaknya aku kena ikut. Takpe je, aku ikut je la.
And tadi aku baru dapat tau berita yg tak berapa sedap hati aku. Harap semuanya ok. Ni nak kena doa banyak2 ni.

Ok, chow dulu. Nanti borak lain.
bye

Over You - Daughtry

05 November 2007

Big Girl Dont Cry Remix : Fergie Ft Sean



Hari ni baru je balik dari KL. Letih teramat. Tapi seronok sebab dapat jumpe Nadiah. Lepas ni maybe susah sangat dah nak jumpa. Nak pegi pun maybe Disember lepas kakopin balik. Time tu pun sebenarnye dah tak boleh jumpe Nadiah dah sebab dah dekat dengan tarikh akad. Hope ebriting ok.

Dalam 2/3 hari ni nak settelkan bab baju and bilik. Lepas tu nak Keluar 10 hari. Haaarap sangat-sangat ebriting ok. Lame dah tak kuar ni. Nak bayan pun kelam kabut dah.

Banyak cerita masa gi Kl baru2 ni, tapi tak larat nak xplain dah. Kalau tak tertulis disini, maka disimpan je la. Lepas2 ni la cerita ek? ehehe..

Ok chow. nak sleep. Tengah ujan ni. Best ni!

BYe!